Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Hulu Terengganu di Padang Majlis Daerah Hulu Terengganu, semalam.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan menaiktaraf jalan menuju ke Tasik Kenyir bagi memendekkan masa perjalanan dari bandar Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
"Pada akhir tahun ini kita akan membina 'factory outlet' di kawasan Tasik Kenyir bagi menempatkan pelbagai produk berjenama sebagai tarikan pelancong," katanya.
Katanya, banyak lagi kerja-kerja binaan akan dilaksanakan di kawasan tasik berkenaan dalam tempoh terdekat ini bagi memastikan segala prasarana disediakan bagi membolehkanya menjadi antara destinasi pelancongan terbaik di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan