Khamis, 21 Februari 2013

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


SK <b>Ketengah Jaya</b>: Jawatankuasa Pembangunan Sukan <b>di</b> Sekolah <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2010 06:08 AM PST

Kementerian Pelajaran menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah bagi merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, dalam kenyataan media hari ini, berkata, jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan dianggotai wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu selaras dengan dasar kementerian yang ingin mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai 2011.
"Semua pengetua, pejabat pelajaran daerah (PPD) dan jabatan pelajaran negeri telah diarah mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah," katanya.Beliau berkata, dasar ini akan dapat meningkatkan penyertaan menyeluruh di kalangan pelajar sekolah yang berjumlah 5.4 juta di 10,000 sekolah di negara ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan untuk mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan bagi mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.Di bawah dasar itu, pelajar akan diberi kredit atau markah bagi membuka peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads