Sabtu, 26 Januari 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Lembaga Muzium <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 19 Nov 2012 05:22 AM PST

Jawatan kosong 2012 di Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Jawatan kosong 2012: Muzium Terengganu telah dirasmikan pada 20 April 1996 bersamaan 2 Zulhijjah 1416 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu. Meliputi kawasan seluas 27 hektar, kompleks ini mempunyai keluasan lantai keseluruhan berjumlah 75,075 meter persegi. Terdiri dari 4 blok bangunan Muzium Utama, kompleks ini juga mempunyai Muzium Maritim, 5 buah rumah tradisional serta kawasan lanskap. Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum, Galeri Ilmu Kejadian. Di Muzium Maritim pula terdapat 2 galeri iaitu Galeri Perikanan & Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut :-

A. JAWATAN-JAWATAN KOSONG :

JAWATAN 1 : PEMBANTU MUZIUM
( 2 kekosongan )

Jabatan : Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Klasifikasi : Perkhidmatan Sosial

JAWATAN 2 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
( 1 kekosongan )

Jabatan : Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan

JAWATAN 3 : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
( 1 kekosongan )

Jabatan : Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan

JAWATAN 4 : PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR
( 1 kekosongan ) – LELAKI SAHAJA

Jabatan : Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Klasifikasi : PerkhidmatanMahir/SeparuhMahir/Tidak Mahir

PERMOHONAN :

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang LMN.TR.1 dengan percuma yang boleh didapati di Lembaga Muzium Negeri Terengganu ( Bahagian Pentadbiran Dan Perkhidmatan), Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu.
2. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

PENGARAH
LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU
BUKIT LOSONG
20566 KUALA TERENGGANU
U.P. : PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN

B. Tarikh Tutup Permohonan : 21 NOVEMBER 2012

C. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
i) Gambar berukuran pasport (warna)
ii) Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang disahkan
iii) Salinan sijil kelulusan pelajaran yang berkaitan dan disahkan
iv) Salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Terengganu yang disahkan.

CATATAN :-

1. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak;

2. Pemohon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga

3. Bagi calon-calon Pegawai Sedang Berkhidmat, kegagalan mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan menyebabkan calon tidak dipanggil temuduga.

4. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan di atas ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

5. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif dalam kegiatan masyarakat dan sukan.

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap TIDAK BERJAYA.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads