Selasa, 1 Januari 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Banjir <b>di Terengganu</b> semakin parah | The <b>Kuala</b> Lumpur Post <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2012 05:55 PM PST


KUALA TERENGGANU  -  Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila seramai 975 orang dipindahkan ke 21 pusat pemindahan sehingga jam 6 petang semalam berbanding 144 mangsa di lima pusat pemindahan kelmarin.

Mendahului senarai, Dungun mencatatkan jumlah tertinggi dengan 317 penduduk dipindahkan diikuti Setiu (269), Marang (171), Besut (101), Kuala Terengganu (91) dan Hulu Terengganu (26) manakala Kemaman tiada pemindahan.

Mangsa banjir, Azmi Md Ali, 45, dari Taman Desa Darul Iman 6, di sini, berkata, hujan yang tidak berhenti sejak pagi kelmarin membuatkan dia dan keluarga tidak sedap hati serta membuat persediaan awal untuk berpindah.

"Sudah tiga tahun kami sekeluarga menjadi mangsa banjir, jadi kami membuat persiapan awal dengan menyimpan semua dokumen penting di tempat selamat.

"Banjir di kawasan ini bukanlah berpunca daripada paras air sungai atau air laut yang meningkat, tetapi ia berpunca daripada saiz longkang yang kecil sehingga mengakibatkan air tidak dapat mengalir dengan cepat," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri, berkata Mat Husin Ghani berkata, sebagai langkah segera mengatasi bencana banjir yang melanda di semua daerah di negeri ini kecuali Kemaman, pihaknya akan membaiki serta membesarkan parit utama untuk mengalirkan air tersumbat.  -  HM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads