13 di pulau kapas - Google Blog Search |
tempat terbaik honeymoon 2013 , part 1 | Belog Cik Tiqa Posted: 23 Jan 2013 06:46 AM PST Salam readers , oleh kerana insyaAllah Tiqa akan ber HONEYMOON pada tahun 2013 ini , Tiqa dah banyak habiskan masa membuat research tempat-tempat yang sesuai untuk honeymoon di Malaysia ni ! Rajin tak ? Rajin tak ? Memang banyak pulau cantik dan tanah tinggi sejuk kat Malaysia ni untuk honeymoon , korang hanya perlu sediakan duit sahaja . No money No Honeymoon . But then , ada je tempat-tempat yang best tapi murah untuk honeymoon . Nanti kita story okay. Actually pasangan yang baru berkahwin , terutama perempuan lebih prefer pergi PULAU . Well sebab kami perempuan mesti nak cari tempat yang sunyi dan romantik untuk berdua-duan dengan suami ! *malu-malu* Korang pernah dengar tak nama pulau ni . Tiqa sebelum ni tak pernah dengar langsung . Lepas buat research baru tahu wujudnya pulau cantik ni . Pulau Gemia ini terletak bersebelahan dengan Pulau Kapas . Bagi Tiqa pulau ni sangat sesuai untuk bulan madu sebab pulau ni sangat private ! Hanya ada SATU sahaja resort yang beroperasi kat pulau ni . I wish I can go there for my honeymoon !
Kalau korang bernasib baik , korang boleh tengok dorang lepaskan baby penyu yang comel-comel ke dalam laut ! Serius tak tahu pulak ada Dolphin kat Malaysia ni . T___T Gambar-gambar kat resort ni semua Tiqa ambil kat laman web Gem Island Resort and Spa . Korang boleh tekan untuk survey-survey dan booking ! Highly recommended oleh saya ! Kalau korang book Water Villa sekarang (pada tarikh entri ini ditulis) , korang akan dapat harga "early bird special" iaitu RM740 untuk 3H 2M (2 orang) termasuk breakfast , bot pergi balik dan cukai . Okay what ! Berbaloi weh . Tiqa nak sangat booking sekarang tapi Encik Fiance suruh tunggu dulu . Kitorang nak tunggu Matta Fair bulan Mac nanti . Mana tau ada yang lagi murah . Tapi Tiqa takut kalau resort ni tak join Matta Fair . Kalau nak booking lepas tu mesti dah mahal kan . Sebenarnya Tiqa cadang tak nak bagi tau orang pasal pulau ni . HAHA . Biar sikit orang tahu so nanti lebih private ! JAHAT KAN TIQA . Sila debik saya sekali . Tapi lepas fikir balik , tak baik la kan . Semua makhluk Allah berhak tahu tempat cantik ni . So , first come first serve la kan . Tape , Kalau ada rezeki , insyaAllah sampai jugak . Amin . Next~ Pulau Lang Tengah ni pon Tiqa tak penah dengar sebelum ni . Adakah Tiqa sorang je tak sedar kawujudan pulau cantik ni ? T__T Pulau ni pon PERFECT untuk bulan madu / honeymoon . Kecil dan private . Hanya orang yang duduk kat resort kat pulau ni je ada . Hanya ada 4 sahaja resort kat Pulau ni . Resort pon jauh-jauh , mesti best kan berdua-duan *pasangan yg sudah berkahwin* kat sini . Wah , Tiqa dapat bayangkan ! Seronoknya !! Tip: Pilih resort yang menyediakan bilik yang sangat selesa dan lengkap untuk honeymoon . Sebab bila korang honeymoon , kebanyakan masa korang akan spent kat bilik buat ehem-ehem . *malu* Ini adalah nasihat yang Tiqa baca dari mereka yang sudah honeymoon . Kalau setakat nak layan pantai dan air laut membiru , amik resort murah dan biasa-biasa pon dah memadai sebab korang akan spent masa lebih kat luar . TIDAK untuk honeymoon ye ! Untuk Garden Villa kalau korang booking sekarang (time entri ini di post) Total price untuk 3H 2M untuk 2 orang , termasuk bot pergi-balik dan breakfast lunch dinner untuk 3 hari ialah : RM 956 Nexttt~~ Mula-mula Tiqa buat research , Tiqa cari tentang Pulau Redang dulu . Redang ni terletak dekat Negeri Terengganu , dekat dengan Pulau Perhentian , dan Pulau Lang Tengah . Terengganu untung sebab banyak pulau cantik ! Jom tengok peta . Ini peta Pulau Redang , tengok , dia dekat dengan banyak pulau lain . Kalau korang ada duit lebih , boleh buat aktiviti Island hopping . Lompat dari 1 pulau ke pulau yang lain ! Attention ! Nak pergi Redang naik bot dari Jeti Merang BUKAN Marang ye ! Jeti Marang adalah jeti untuk pergi Pulau Kapas dan Pulau Gemia . Kelik untuk tumbersaran gambar ! Peta senarai resort yang ada kat Redang . Pilihan Pertama (a lot of money) Ada 2 iaitu Berjaya Redang Beach Resort (BRBR) dan Berjaya Redang Spa Beach Resort (BRSR) , dulu lah , sekarang tukar nama Taaras . This is the best and luxury resort kat Redang ni . Luas sangat-sangat . Korang boleh jalan kaki dari BRSR ke BRBR . Ada disediakan laluan . Dan boleh dikatakan tempat tu sunyi sebab resort dorang saja yang beroperasi kat kawasan tu . So hanya pelancong yang menginap kat resort tu sahaja yang ada kat tempat tu . Total Price untuk 3H 2M : RM 1809.60 including taxes , breakfast and lunch *harga terkini pada Jan 2013* Total Price untuk 3H 2M : RM 4083.20 including taxes , breakfast and lunch *harga terkini pada Jan 2013* Banyak lagi jenis-jenis bilik yang Taaras ada tapi ini je yang menarik hati Tiqa . Garden Deluxe tu bilik paling murah . Ocean Front Studio ni bilik yang dekat dengan laut . Baru lah romantik ! Tak gitu~ Pilihan kedua (Medium budget) Redang Beach Resort Ramai orang cakap lokasi resort ni best . Pantai yang cantik dan bersih . Bilik pon boleh tahan . Sila lah tekan gambar untuk melihat harga pakej !
UPDATED Boleh tengok part 2 kat SINI . . |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan