Ahad, 20 Januari 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Pakej <b>Pulau Redang</b>

Posted: 09 Dec 2012 02:36 AM PST

As salam semuo...

Jika hari tuh PM ada kongsikan berkenaan pakej Pulau Perhentian...dalam entry ini pula, PM hendak kongsikan pakej Pulau Redang yang PM pernah ambik semasa pergi bercuti ke Pulau Redang pada bulan Julai 2011..

Percutian ke Pulau Redang ketika itu ialah sempena menyambut harijadi wife PM...dah plan sebuah kejutan untuk wife PM di sana...tapi kejutan tak menjadi akhirnya...huhu...tapi percutian ke Pulau Redang masih meninggalkan banyak kenangan indah...kenangan seperti pemandangan yang indah dari tingkap bilik, aktiviti snorkeling yang ohsem, penantian matahari terbit dan suasana malam yang damai masih kekal aktif di minda...:)

Ketika di Pulau Redang, PM menginap di Laguna Redang Island Resort...sebuah resort yang cantik...sudah 2 kali PM menginap di sana...pertama kali dulu ketika zaman belajar bersama-sama kawan sekuliah...

Jika ke Pulau Perhentian PM memilih pakej percutian yang disediakan oleh pihak agen, sebaliknya ketika ke Pulau Redang PM memilih pakej yang disediakan oleh Laguna Redang Island Resort...


Harga pakej di atas ialah untuk penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang, ianya termasuk makan dan minum, pengangkutan  bot pergi dan balik, pengangkutan bas pergi dan balik dari airport Kuala Terengganu, kek harijadi untuk wife , kelengkapan untuk bersnorkeling dan tiket untuk memasuki taman laut...

Pada PM ianya sebuah pakej yang berbaloi...servis serta layanan yang baik dari pekerja-pekerja, makanan yang di sediakan juga sangat sedap dan terdapat banyak pilihan...suasana dan keadaan bilik juga sangat selesa...

Insyallah jika berpeluang ke Pulau Redang lagi suatu hari nanti, Laguna Redang Island Resort pasti menjadi pilihan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads