13 di pulau kapas - Google Blog Search |
5 Percutian <b>Pulau</b> Paling Popular Di Malaysia Posted: 10 Jan 2013 06:41 AM PST Top 5 Pulau yang paling popular sebagai destinasi percutiaan bagi admin sangat-sangat lah memukau mata admin dikala melancong ke sana. Di bawah ini adalah antara pulau-pulau yang wajib anda kunjungi di Malaysia. Antaranya ialah : Pulau Kapas, TerengganuPulau Kapas, Terengganu tidak jauh sebenarnya dari Jeti Marang iaitu hanya sejauh 6km sahaja. Di sini cukup popular dengan aktiviti snorkeling sambil dikelilingi pantai berpasirnya yang diibaratkan umpama "kapas" yang bersih. Daripada aktiviti menyelam sambil melihat pemandangan terumbu karang di dasar laut yang cukup indah itu, anda boleh rehatkan minda dan badan anda dengan cara bersantai dan berjemur di permukaan pasirnya yang lembut dan halus itu. Pulau Sapi, Kota Kinabalu, SabahYang ini boleh kami katakan agak unik. mahu merasai pengalaman berjalan dalam air dengan memakai sut pakaian angkasawa. Anda boleh dapatkannya di sini. Hanya 15 minit dari Kota Kinabalu dengan menggunakan perkhidmatan bot. Jikalau anda mahu menghabiskan masa sehari dengan aktiviti dan pengalaman yang mengujakan, nah….inilah destinasi yang boleh anda pertimbangkan untuk dilawati. Yuran penyertaan: RM3 untuk rakyat Malaysia, RM10 untuk warga asing Pulau Perhentian TerengganuPulau perhentian, apa lagi yang boleh kami katakan. Sangat "awesome" apabila anda sendiri berada di sana. Ini umpama syurga dunia. Terletak sejauh 21 km dari Jeti Kuala Besut Pulau Langkawi, KedahPulau langkawi terletak sejauh 45 minit perjalanan dari Kuala Kedah. Pulau Langkawi cukup dikenali sebagai syurga bebas cukai dan juga merupakan destinasi mistik yang perlu banyak anda terokai sepanjang berada di sana. Pulau Tinggi, JohorSebagai salah satu pulau yang jarang sekali menjadi sebutan diklaangan pelancongan tempatan mahupun pelancong asing. Malah pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan pulau ini. Kedudukan Pulau Tinggi kelihatan agak tersembunyi di hujung selatan negeri Johor. Terletak sekitar satu jam perjalanan menaiki bot dari Jeti Tanjong Leman. Di sana, anda boleh singgah salah satu daripada 3 perkampungan nelayan di sana untuk merasai sendiri kehidupan bersama penduduk tempatan di sana sambil melihat pemandangan di sekitar pulau tersebut. Related Posts |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan