Isnin, 28 Januari 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


SIAPA ADUN PAS <b>DI KUALA TERENGGANU</b> SAPU BINI ORANG <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 09:30 PM PST

PEMIMPIN PAS selalu dianggap sebagai pemimpin yang maksum dengan berimejkan jubah, serban & kopiah. Mereka dipatuh, dipuja bagaikan tidak ada pemimpin dari parti lain yang boleh dipercayai melainkan dari Parti PAS.

Tetapi malang bagi seorang penyokong tegar PAS apabila dia telah dikhianati oleh seorang YB dari parti yang dianuti sekian lama di Kuala Terengganu. Beliau mendakwa berasa teramat sedih & menderita apabila ISTERINYA DIRAMPAS OLEH SEORANG YANG BERHORMAT ADUN YANG BEGITU DISANJUNG SELAMA INI.

Kisah bermula apabila isterinya ditawarkan untuk menjaga isteri YB PAS Adun ini yang ketika itu sedang sakit kerana komplikasi penyakit darah tinggi.

Selama 6 bulan isterinya berulang alik dari rumahnya di Kg Bukit Kecil ke rumah YB PAS Adun tersebut bagi menjaga isterinya. Kadang-kadang isterinya akan ke rumah YB tersebut pada waktu malam .Dia sebagai suami tidak pernah mencurigai isterinya kerana dia percayakan isterinya. Lagipun seorang YB dari parti yang memperjuangkan Islam tidak akan mengkhianatinya.

Dia mula syak sesuatu yang tidak kena apabila isterinya masih juga ke rumah YB tersebut walaupun isteri YB berkenaan telah meninggal dunia.Apabila ragu,curiga dan syak wasangka menguasai fikiran, dia mula bertanya kenapa isterinya masih ke rumah YB. Isterinya pula memberikan berbagai alasan. Mereka bergaduh kerana hal ini. Kejadian tersebut berlarutan sehingga beberapa bulan.

Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila dia diberitahu orang kampung, YB tersebut pernah dilihat berada di rumah mereka di Bukit Kecil bersama isterinya ketika dia tiada di rumah.

Keadaan rumahtangga mereka meruncing apabila isterinya meminta cerai tetapi dia tetap bertahan dan bersabar kerana dia masih sayangkan isterinya ketika itu.

Namun sebagai jalan terakhir, isterinya menuntut fasakh di mahkamah. Kerana tidak mahu menanggung dosa, dia telah menceraikan isterinya.

Akhirnya terbukti apabila selepas setengah tahun kemudian isterinya telah berkahwin dengan YB tersebut, sehingga kini dia merasa amat terhina dengan perbuatan itu serta merasa teramat aib dengan masyarakat.

Dia sungguh tidak sangka seorang YB yang disanjungnya selama ini telah mengkhianati kepercayaanya & seoarang penipu yang sanggup merampas isterinya secara kotor & hina.

Demikianlah secebis kisah seorang penyokong tegar Parti PAS yang akhirnya terpaksa menceraikan isterinya yang mahu berkahwin dengan seorang Yang Berhormat ADUN.

Seperti yang semua tahu semua DUN di Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan PAS semasa PRU2008 kecuali DUN Bandar yang diwakili oleh MCA. Parlimen Kuala Terengganu pula di menangi PAS dalam pilihanraya kecil 2009. Maknanya kisah yang diceritakan diatas adalah kejadian YB PAS di Kuala Terengganu.

Jadi selagi kita dijadikan sebagai manusia, jangan kita mengganggap insan berjubah, berkopiah atau berserban itu adalah manusia maksum yang tidak melakukan kesilapan seolah tidak bernafsu.

1,235 mangsa banjir <b>di Kuala Terengganu</b> terima bantuan RM500 <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 05:21 PM PST

Kesemua 1,235 mangsa banjir daripada 276 keluarga di Kuala Terengganu telah menerima bantuan sebanyak RM500 melalui Tabung Bantuan Bencana Negara yang dikendalikan Majlis Keselamatan Negara bagi meringankan beban kewangan mangsa.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Ramli Nuh berkata kesemua mangsa yang ditempatkan di enam pusat pemindahan banjir di DUN tersebut menerima bantuan wang tunai itu, minggu lepas.

"Alhamdulillah, semua bantuan dari kerajaan pusat telah kita agihkan, cuma sekarang hanya menunggu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat penilaian kerosakan peralatan di rumah mangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis suai kenal pelatih di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu di sini hari ini.

Menurut Ramli penilaian itu akan mengambil masa yang agak lama, justeru mangsa diharap dapat bersabar menunggu bantuan selepas penilaian selesai dijalankan JKM.

"Banyak faktor yang akan dinilai JKM, antaranya jenis kemusnahan, tahap kerosakan peralatan di rumah serta jumlah isi rumah yang terbabit banjir," katanya.

Katanya dengan bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak bagi membantu mangsa banjir di Terengganu baru-baru ini, ia sedikit sebanyak telah memberikan motivasi kepada mangsa banjir untuk menghadapi ujian bencana itu.

Menurut beliau rakyat Terengganu sangat bertuah kerana selain bantuan daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri Barisan Nasional Terengganu juga banyak menghulurkan sumbangan demi menceriakan kehidupan harian mangsa.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak RM300,000 peruntukan kerajaan negeri juga telah diagihkan kepada 2,807 pelajar daripada 1,856 keluarga miskin di DUN Tepoh untuk membeli pelbagai keperluan sekolah seperti pakaian, beg, kasut dan alat tulis.

"Selasa ini, bantuan persekolahan dari kerajaan pusat sebanyak RM100 kepada setiap pelajar akan mula diagihkan dan diikuti Bantuan Rakyat 1Malaysia yang memperuntukkan RM500 kepada ketua keluarga dan RM250 kepada individu bujang," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads