Ahad, 6 Januari 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Polis Buru 3 Suspek Tetak Mekanik <b>Di Besut</b> | MyNewsHub

Posted: 05 Jan 2013 11:35 PM PST


KUALA TERENGGANU — Polis kini melancarkan gerakan memburu baki tiga dari empat suspek yang disyaki terlibat menetak seorang mekanik di Kampung Darau, Hulu Besut Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP, K. Manoharan berkata, ketiga-tiga lelaki berusia sekitar 20-an itu telah dikenalpasti hasil penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun pada pukul 1.30 petang semalam.

Beliau berkata, lelaki yang merupakan suspek utama itu ditahan di rumahnya di Kampung Padang Bual, Besut dan polis turut merampas sebilah pedang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

"Ekoran tangkapan itu, kami memperoleh maklumat berhubung tiga lagi suspek dengan seorang daripadanya adalah adik kepada suspek utama manakala dua lagi suspek merupakan anak saudara suspek utama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lepas, seorang lelaki berusia 29 tahun cedera parah di bahagian lengan, rusuk dan ibu jari tangan kanan serta belakang badan setelah ditetak empat lelaki yang bersenjatakan parang dan pedang di hadapan rumahnya berhampiran Sekolah Kebangsaan Darau kira-kira pukul 6.30 petang.

Manahoran berkata, siasatan awal mendapati serangan itu bermotifkan balas dendam apabila mangsa dikatakan gagal membayar hasil jualan kayu yang ditebang setelah beberapa kali perbincangan dilakukan.

Mekanik itu kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan dan keadaannya dilapor stabil.

Beliau meminta tiga lagi suspek yang diburu itu tampil menyerah diri ke balai polis berhampiran. — BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads