Khamis, 17 Januari 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


120 mangsa banjir <b>di Besut</b> terima sumbangan | Terengganu Today

Posted: 13 Jan 2013 04:54 PM PST

Kesulitan 120 mangsa banjir di empat kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mendapat perhatian pemimpin kerajaan dan menerima sumbangan sempena Program Prihatin Mangsa Banjir hari ini.

Program yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad itu turut disertai lapan buah kereta Perodua Viva daripada Kelab Viva dan 20 ahli Gabungan Mahasiswa Besut (GMB).

Turut menyertai rombongan itu ialah ahli jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam DUN Hulu Besut, 30 pemuda bermotosikal, anggota Sukarelawan Bencana Alam UMNO Bahagian Besut serta kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Besut .

Nawi yang turut menunggang motosikal memanfaatkan peluang menziarahi setiap rumah mangsa banjir di Kampung Alor Keladi, Kampung Tanjung Alir, Kampung Mata Air dan dan Kampung Lubuk Kawah.

Beliau turut menziarahi seorang warga emas, Ismail Daud, 67, yang lumpuh akibat penyakit kencing manis di Kampung Tanjung Alir yang tinggal bersama isteri, Che Halimah Che Hassan, 63, sambil menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda kepada Ismail.

Penyelaras program, Zahari Mat berkata, program yang bermula petang semalam dan disambung hari ini bertujuan mendekati kediaman ahli masyarakat yang dilanda banjir selain melihat sendiri kesan akibat banjir di empat kampung tersebut.

"Dalam kunjungan ini, penduduk boleh meluahkan masalah yang mereka alami semasa dilanda banjir tempoh hari kepada wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Nawi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri berkata, empat kampung tersebut yang terletak berhampiran Sungai Besut memang sering dilanda banjir pada musim tengkujuh.

Bagaimanapun, katanya, segala bantuan yang diperlukan oleh penduduk dapat disalurkan oleh petugas banjir tanpa masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads