Sabtu, 5 Januari 2013

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


107 pelajar cemerlang DUN <b>Batu Rakit</b> dirai | Terengganu Today

Posted: 02 Jan 2013 11:13 PM PST

Sejumlah RM63,000 dibelanjakan sebagai insentif kepada pelajar cemerlang dan bantuan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri merangkap ADUN Batu Rakit, YB Haji Khazan Che Mat berkata, daripada jumlah itu RM11,000 diagihkan kepada pelajar cemerlang manakala RM52,000 lagi diberikan kepada sembilan sekolah rendah dan menengah yang ada di DUN untuk menjalankan aktiviti 2013.

Katanya, pelajar yang mendapat keputusan empat hingga 5A untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan enam hingga 9A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) menerima wang tunai dan peralatan sekolah bernilai RM100 seorang.

"Selain itu, setiap PIBG sekolah rendah menerima RM4,000 manakala RM8,000 untuk sekolah menengah," katanya di majlis penyampaian insentif Pelajar Cemerlang UPSR /PMR dan Bantuan PIBG DUN Batu Rakit di Dewan Serbaguna Maras, baru-baru ini.

Pada majlis itu seramai 107 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR dalam berkenaan menerima hadiah kecemerlangan yang disampaikan oleh YB haji Khazan..

Seorang bapa Encik Pauzi Abdullah, 42 bersyukur dan gembira dengan keprihatinan kerajaan negeri dalam menghargai pencapaian cemerlang pelajar yang diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar untuk memacu kejayaan.

"Saya berbangga dengan kejayaan yang diperoleh semua pelajar di negeri ini dan inisiatif diberikan kerajaan negeri ini dapat memotivasikan pelajar untuk belajar dengan lebih tekun sebagai penentu masa depan mereka," kata Pemandu Majlis Bandaraya Kuala Terenggnu (MBKT),

Seorang penerima hadiah kecemerlangan,adik Aimie Syahira Pauzi 15, dari SM Imtiaz yang memperoleh 9A dalam PMR bersyukur dengan pemberian berkenaan.

"Saya bersyukur dengan penghargaan yang diberikan oleh kerajaan kerana penganugerahan seperti ini memberi semangat kepada pelajar untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan yang mereka duduki.

"Selain itu, ia juga secara tidak langsung dapat memberi motivasi dan galakan kepada pelajar untuk berusaha mendapat keputusan cemerlang dan semua A dalam peperiksaan mereka pada masa akan datang," kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads