Rabu, 16 Januari 2013

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Mayat Terdampar <b>Di</b> Pantai <b>Batu Rakit</b> | MyNewsHub

Posted: 15 Jan 2013 04:26 AM PST


KUALA TERENGGANU – Mayat seorang lelaki, dipercayai rakyat asing ditemui terdampar di pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, mayat itu dijumpai penduduk kampung pada pukul 6.08 petang.

"Kami percaya mangsa warganegara asing kerana terdapat tatu pada bahagian badan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang membengkak dan hampir reput, polis percaya lelaki itu mati lemas beberapa hari lepas.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.

Zamri berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads