Selasa, 25 Disember 2012

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Dia buat dah: Letupan kecil <b>di</b> luar rumah

Posted: 23 Dec 2012 01:18 AM PST

Letupan kecil di luar rumahJusoh alami kerugian sekitar RM40,000 apabila rumah sewanya musnah dalam kebakaran, pagi semalam.
MARANG – Pemilik rumah rugi hampir RM40,000, sementara penyewanya pula terpaksa berputih mata selepas semua barangan dalam sebuah rumah kayu di Lubuk Perah, Wakaf Tapai, musnah dalam kebakaran, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana keluarga Ghazali Ismail, 39, dan isterinya, Suriati Mat Ali, 33, serta lima anak mereka yang menyewa rumah milik Jusoh Mamat, 62, tiada di rumah.

Jusoh berkata, kebakaran berlaku ketika keluarga terbabit berada di Machang, Kelantan, yang pulang melawat ibu sakit dan mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan pagi semalam.

"Saya pula tahu mengenai kejadian ini apabila mendengar bunyi letupan kecil dari arah luar rumah, sebelum membuat pemeriksaan dan mendapati rumah berkenaan terbakar," katanya yang tinggal berdekatan rumah terbabit.

Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut dia segera meminta pertolongan penduduk berhampiran untuk memadam kebakaran dan mengeluarkan barangan seperti peti sejuk, mesin basuh serta beberapa peralatan lain ke tempat selamat.

Namun katanya, disebabkan api marak, ia sukar dipadamkan menyebabkan rumah kayu setingkat itu musnah sama sekali.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada sesiapa di rumah pusaka arwah bapanya itu ketika kejadian berlaku," katanya.

Sementara itu, anggota penyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Jaafar Osman dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai berjaya mengawal kebakaran daripada merebak.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Tapai, Sulong Ismail, 68, yang turut berada di lokasi kejadian berjanji akan membantu mendapatkan bantuan segera bagi meringankan beban mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads