Selasa, 18 Disember 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


K-9 akan dirintis <b>di</b> SK <b>Pulau Redang</b> ~ UNIT SEKOLAH RENDAH

Posted: 16 Dec 2012 04:53 PM PST

KUALA TERENGGANU 16 Dis. - Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang akan menjadi sekolah perintis di negeri ini bagi pelaksanaan konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Zakaria Hussin berkata, melalui konsep itu, sekolah berkenaan akan menyediakan kemudahan pembelajaran selama sembilan tahun, dari tahun satu hingga tingkatan tiga.

''Bagaimanapun untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan seterusnya mereka terpaksa belajar di sekolah menengah di tanah besar.

''Dua sekolah menengah yang sering menjadi penempatan pelajar sekolah berkenaan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot dan SMK Bukit Besar Kuala Terengganu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads