Isnin, 17 Disember 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


teganuku: K-9 Kementerian Pelajaran Akan Diperkenal <b>Di Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 02:31 PM PST

Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang akan menjadi sekolah perintis di negeri ini bagi pelaksanaan konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Zakaria Hussin berkata, melalui konsep itu, sekolah berkenaan akan menyediakan kemudahan pembelajaran selama sembilan tahun, dari tahun satu hingga tingkatan tiga.

''Bagaimanapun untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan seterusnya mereka terpaksa belajar di sekolah menengah di tanah besar.


''Dua sekolah menengah yang sering menjadi penempatan pelajar sekolah berkenaan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot dan SMK Bukit Besar Kuala Terengganu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Terengganu kelmarin.

Konsep baru K-9 itu bertujuan menangani kes keciciran pelajar sewaktu transisi dari tahun enam ke tingkatan satu serta memastikan kemudahan sekolah kurang murid (SKM) digunakan secara optimum.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran pada dasarnya sudah meluluskan pelaksanaan model sekolah itu dan berharap proses itu dapat disegerakan dengan pembinaan bangunan tambahan, penyediaan kemudahan sokongan, penempatan guru serta kakitangan pentadbiran.

Menurut Zakaria, langkah itu pastinya dapat membantu memberi keselesaan kepada pelajar di Pulau Redang untuk mendapatkan pendidikan di kawasan mereka sehingga tamat tingkatan tiga.

''Ini kerana pelajar yang menyambung pelajaran ke tingkatan satu terpaksa meredah laut, tinggal berjauhan dengan keluarga, selain mengurangkan bebanan ibu bapa,'' tambah beliau.

Pada masa ini, SK Pulau Redang mempunyai 234 murid dengan 10 buah kelas yang menempatkan murid tahun satu hingga enam termasuk satu kelas prasekolah. Zakaria berkata, selain di Pulau Redang, JPNT akan berusaha untuk memperkenalkan konsep yang sama di Pulau Perhentian.

Sebelum ini, JPNT telah memperkenalkan sekolah model khas di SMK Chalok, Setiu dengan menempatkan murid sekolah rendah dan menengah di dalam kawasan sekolah yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads