13 di pulau perhentian - Google Blog Search |
Jom Skuba <b>Di Pulau Perhentian</b> Terengganu Posted: 10 Nov 2012 03:05 AM PST AKTIVITI selam skuba (skuba) memang asing bagi Zulkifli Mohd. Sharif, 50, sehinggalah dia bertemu jodoh dengan Nur Salinda Sabar, 34. Isterinya telah memperkenalkan aktiviti skuba kepadanya sehingga membuatkannya ?jatuh cinta? terhadap rekreasi tersebut Bukan sahaja Zulkifli, kini hampir semua ahli keluarganya termasuk adik-beradiknya turut ?terjebak? sehinggakan masing-masing kini mempunyai lesen menyelam. Minat mendalam terhadap skuba dan dunia lautan akhirnya mendorong Zulkifli membeli sebidang tanah di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu untuk dimajukan sebagai resort. Resort yang diberi nama Ombak itu bukan sahaja menjadi sumber pendapatan kepada Zulkifli, tetapi membolehkan mereka sekeluarga memenuhi hobi menyelam pada bila-bila masa yang disukai. Selaku Pengarah Operasi Ombak Travel & Tour Sdn. Bhd. (Ombak), Zulkifli berkata, resort tersebut diuruskan bersama isterinya yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Ombak Cafe, manakala ibu mertuanya yang dikenali sebagai Mama D pula berperanan sebagai Pengarah Ombak Cafe. Sementara seorang abangnya, Shaharudin Sharif yang lebih dikenali sebagai Pok Din pula menjadi Pengarah Ombak Divers. Ditanya apakah keistimewaan Ombak Resort, beliau berkata, bukan sahaja lokasinya di Pulau Perhentian Kecil yang terkenal mempunyai air jernih dan kaya dengan hidupan laut, malah resort itu berbeza dengan destinasi percutian lain kerana menawarkan perkhidmatan sehenti bagi peminat skuba. Menurutnya, operasi resort tersebut dibahagi kepada tiga bahagian iaitu Ombak Divers yang menguruskan aktiviti skuba dengan menawarkan pakej menarik termasuk jurulatih untuk mendapatkan lesen menyelam, kemudahan peralatan menyelam dan bot membawa pelancong menerokai dasar laut di sekitar perairan Pulau Perhentian. ?Istimewa perairan Pulau Perhentian adalah kepelbagaian spesies hidupan laut seperti ikan dan batu karangnya yang cantik. ?Di perairan ini juga terdapat tukun daripada kapal-kapal yang tenggelam termasuk kapal nelayan Vietnam, kapal milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta bot Polis Diraja Malaysia," katanya sambil memberitahu tukun-tukun tersebut menjadi tarikan penyelam kerana merupakan tempat ikan membiak. Bagi yang suka ?jalan-jalan cari makan? pula, Zulkifli berkata, Ombak Cafe menyediakan pelbagai hidangan barat dan tempatan yang enak. Menurutnya, suasana di kafe yang boleh memuatkan 150 pelanggan dalam satu masa itu bukan sahaja santai, malah menghadap laut dengan dihiasi dekorasi nusantara yang unik. Tinjauan S2 mendapati keunikan itu boleh dilihat pada tiang-tiang kayu ukiran masyarakat pribumi Sarawak, selain bakul dan tikar anyaman dari Kelantan yang menjadi perhiasan di dalam kafe tersebut. Bagi penginapan calet pula, pengunjung pasti berpuas hati dengan keadaan bilik yang kemas, bersih dan cantik. Zulkifli dan Nur Salinda sepakat menerapkan unsur-unsur nusantara termasuk pemilihan perkataan bahasa Melayu iaitu Ombak untuk resort mereka.Ini kerana mereka mahu memperkenalkan keunikan kebudayaan Malaysia kepada pengunjung, khususnya pelancong asing. Sebab itulah, pasangan suami isteri tersebut tidak kisah mengeluarkan belanja yang tinggi untuk pergi ke Kuching, Sarawak dan Kampung Warisan di Kelantan bagi membeli tiang ukiran kayu, bakul, tikar dan pelbagai jenis hiasan lain untuk digunakan sebagai dekorasi di kafe dan calet mereka. Beliau berkata, walaupun berada di pulau, pengunjung tetap boleh berhibur pada waktu malam kerana Ombak Cafe menyiarkan tayangan filem-filem terbaharu dan siaran langsung perlawanan bola sepak melalui skrin besar. ?Pada masa depan, kami merancang mahu mengadakan persembahan kebudayaan seperti dikir barat sebagai acara tahunan di resort ini bagi memperkenalkan kebudayaan tempatan kepada pelancong," katanya. Zulkifli juga berkata, memandangkan resort tersebut baru dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen pada 7 Jun lalu, mereka tidak sempat membuat laman web mengenainya lagi tetapi orang ramai boleh menghubungi talian 09-6911002 atau menghantar emel ke alamat [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej pelancongan yang ditawarkan. |
You are subscribed to email updates from di pulau perhentian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan