13 di pulau kapas - Google Blog Search |
PaPa MiFz: Pakej <b>Pulau Perhentian</b> Posted: 06 Dec 2012 11:47 PM PST As salam semuo... Pada mereka yang mengikuti blog PM nih pasti perasan yang PM dan wife sukakan percutian ke pulau kan...even tak dinafikan percutian ke pulau akan menyebabkan kulit PM menjadi lebih hitam, tapi itu bukanlah alasan untuk tidak pergi bercuti ke pulau lagi...kulit wife PM tak berubah pun, kulit dia tak makan dek hari...:) Setakat ini PM dah pernah pergi bercuti ke Pulau Redang 2 kali, Pulau Tioman sekali dan yang terbaru pertama kali ke Pulau Perhentian pada bulan September yang lepas...setiap pulau mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri tetapi masih menjanjikan percutian yang menarik lagi mendamaikan... Sebelum memilih pakej Pulau Perhentian tempoh hari, PM terlebih dahulu mencari serba sedikit maklumat tentang Pulau Perhentian melalui kawan-kawan dan melalui webpage berkaitan... Melalui webpage Perhentian Island di atas, banyak maklumat yang PM perolehi berkenaan Pulau Perhentian contohnya maklumat berkenaan resort-resort, aktiviti menarik yang boleh dilakukan dan banyak lagi tips-tips yang berguna... Selepas segala maklumat diperolehi barulah PM memilih pakej Pulau Perhentian yang sesuai dengan budget PM... PulauPulau.com Ping Anchorage Travel and Tour Antara webpage yang menjadi pilihan sebelum memilih pakej Pulau Perhentian yang sesuai ialah PulauPulau.com dan PingAnchorage...terdapat sedikit perbezaan harga antara kedua-dua agen nih, terpulang pada diri masing-masing untuk membuat pilihan...selepas duduk berbincang dengan wife, membuat sedikit kira-kira...barulah PM proceed booking pakej Pulau Perhentian yang diingini... Teringin juga nak pergi bercuti ke Pulau Mabul di Sabah...tapi harganya boleh tahan mahal...huhu Tahun depan insyallah nak pergi bercuti ke Pulau Redang lagi...kali nih harus bawa Mifz turut serta sekali, dah beberapa kali PM dan wife berhoneymoon ke pulau tanpa kehadiran Mifz di sisi...hehe |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan