Isnin, 24 Disember 2012

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Enam Temui Ajal <b>Di Kijal</b> | Kita Bertemu Kerana Ilmu

Posted: 10 Oct 2012 08:03 AM PDT


Awal pagi tadi, penulis menerima perkhabaran bahawa jiran sekampung penulis terlibat di dalam nahas jalan raya di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan sekitar Kampung Meraga Beris, Kijal, Kemaman. Enam daripada mereka telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua orang lagi dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


Menurut ahli keluarga mangsa, mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu (ada kata baru nak pergi) ketika nahas berlaku pada pukul 4.30 pagi. Antara mangsa yang terkorban ialah seorang ibu, Noran Ali, 39, (penumpang hadapan), dan tiga anaknya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, (penumpang hadapan), Nur Syardiena Afzan Narizan, 9, dan Nursyazleen Narizan, 12.

Dua lagi mangsa lain ialah Khairudi Omar, 31, iaitu pemandu kereta, dan Wan Aspisar Wan Abdul Kadir, 43. Kesemua mereka tinggal di Kampung Gong Pauh kecuali Wan Aspisar dari Kampung Bukit Mentok.


Dua lagi mangsa yang cedera parah, Nursakinah Narizan, 17, dan Nursyafura Narizan, 13, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Nahas berlaku apabila Perodua Viva (ada juga cakap Myvi) yang dnaiki oleh 8 orang terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas ekspres. Pemandu bas ekspres berkenaan bersama 23 penumpang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan tidak cedera.



KEMAMAN - Apabila Norizan Othman, 49, pulang ke rumah di Kampung Gong Pauh pukul 10 malam tadi selepas berniaga kuih di Kerteh, kira-kira 20 kilometer dari sini, isteri dan lima anak perempuannya tiada di rumah kerana telah berlepas ke Kuala Terengganu untuk mengunjungi anak perempuan sulung mereka.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 6 pagi tadi, Norizan menerima perkhabaran sedih bahawa isterinya, Noran Ali, 39, bersama tiga anak mereka -- Nursyazleen, 12, Nur Syardiena, 9, Nurkhairatul, 4, dan dua saudara angkat terkorban dalam nahas jalan raya apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 129 Jalan Kuantan-Terengganu dekat Meraga Beris pada 4.30 pagi.

Dua saudara angkat yang turut terkorban ialah Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, pemandu kereta.

Dua lagi anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang bas terbabit tidak cedera.

"Kali terakhir saya menelefon isteri saya pukul 7 malam semalam, masa itu isteri saya masih dalam rumah lagi dan meminta maaf atas apa-apa kesalahannya serta anak kerana hendak berjalan jauh ke Kuala Terengganu.

"Memang menjadi adat kami sebelum keluar ke mana-mana, isteri dan anak salam cium tangan saya minta maaf," katanya kepada pemberita di Hospital Kemaman hari ini.

Norizan juga berkata beliau tidak menyangka itulah ungkapan maaf terakhir daripada isteri dan anak-anaknya.

Beliau berkata isterinya memaklumkan bahawa mereka mahu ke rumah Nur Syamira, 21, di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu untuk berjumpa dua cucu yang berusia empat dan satu tahun.

Sementara itu, Nur Syamira berkata ibunya ada menghubungi beliau petang semalam, namun tidak pula memaklumkan akan ke rumahnya.

"Ibu memang biasa buat kejutan untuk kami sekeluarga. Kadang-kadang dia datang tanpa bagitahu, tapi sebelum kejadian, memang dia tidak maklumkan akan datang ke rumah," katanya. - Bernama

Petikan Sinar Harian


Penulis ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Norizan. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

©Eriyza : Pihak berkuasa membina divider baru di laluan Meraga Beris, Kijal yang menyebabkan jalan yang tidak elok menjadi semakin sempit. Apa wajarnya pembahagi jalan itu dibuat jika ia mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya??

Via : Sinar Harian | AntaraPos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads