13 di kemaman - Google Blog Search |
Terkini: 4 Rentung Kemalangan Bas-Kereta <b>Di Kemaman</b> Posted: 22 Dec 2012 04:52 PM PST Empat mangsa rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas di depan IKBN Kemasik di Kemaman kira-kira jam 1 pagi tadi. (3 GAMBAR) Empat Sekeluarga Rentung Dalam Kemalangan Di Kemaman Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya. Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah. Mohd Sabiren merupakan seorang guru. Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dipetik Bernama berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang. Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan. Beliau berkata, kereta itu bertembung dengan bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan menuju ke Melaka sebelum kereta itu diseret bas ekspres kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan. "Pertembungan itu mengakibatkan kereta yang dinaiki keluarga malang itu terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai pertandingan catur. Beliau berkata Mohd Sabirin merupakan seorang guru bahasa Jepun dan mengajar di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun dan keluarga itu tinggal di Jalan Tok Mudim, Batu 5 Dungun. "Ketika kejadian hujan renyai-renyai dan mungkin jalan licin menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan. Bagaimanapun siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. "Saya mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu di musim hujan ini berikutan jalan licin dan jalan berlopak. Ini kerana dalam tempoh dua minggu ini, dua hingga tiga kes maut dicatatkan disebabkan faktor itu," katanya. Mayat Mohd Sabiren yang pertama dibawa keluar disusuli Siti Aisyah yang rentung keseluruhan badan, diikuti Halina yang rentung sehingga ke paras pinggang dan yang terakhir Siti Khatijah yang rentung keseluruhan badannya. Sementara itu, pemandu serta lapan penumpang bas ekspres itu mengalami cedera ringan termasuk seorang yang patah kaki ketika cuba menyelamatkan diri sebelum bas tersebut terbakar. Seorang penumpang Wan Mohd Al-hakim Wan Yusoff, 27, berkata semasa kejadian dia baru sahaja hendak tidur selepas berbalas khidmat pesanan ringkas bersama rakannya. Namun tiba-tiba dia terasa bas terbabas ke kiri jalan dan terdengar dentuman kuat serta jeritan meminta tolong dari luar bas. "Saya terjaga dan nampak kereta telah melanggar bas yang saya naiki selain itu saya turut mendengar jeritan dari luar bas namun saya tidak berani nak tengok dan lihat api dari depan bas. "Masa itu hanya fikir nak selamatkan anak saya Wan Mohd Adam Al-Haqq dan saya mencari anak yang jatuh dari tempat duduk dan terlihat kepulan asap di dalam bas," katanya. Wan Mohd Al-hakim berkata kesemua penumpang cuba menyelamatkan diri namun gagal kerana pintu berkunci sebelum seorang daripada penumpang memecahkan pintu utama untuk membolehkan mereka keluar. Akibat kejadian itu dia mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan punggung manakala seorang lagi penumpang Mohd Faiz Sulihan, 23, patah kaki kiri dan menerima rawatan di Hospital Kemaman. |
You are subscribed to email updates from di kemaman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan