Sabtu, 29 Disember 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


ASAL USUL HANTU TENTERA JEPUN | Military of Malaysia

Posted: 29 Dec 2012 01:32 AM PST

SATU LAGI ARTIKEL DARI SAHABAT SAYA, FAISAL   9W2WBT
SALAM  SEJAHTERA….
Bertemu lagi kita di dalam membicarakan tentang sejarah bangsa Malaysia yang makin lama makin dirasakan pupus oleh saya kerana kejahilan anak muda kita  yang tidak mahu mempelajari sejarah negara dan gagalnya orang orang lama kita mengajar teladan yang baik yang diterima hasil daripada susah payah di "sabun"  dan di  "lempang" mukanya oleh "si katik" tentera Jepun.

Dalam mempersoalkan kisah yang berlaku hampir  70 tahun yang lampau, saya pada kali ini ingin mengimbas kembali beberapa kisah yang saya dapat dari arwah datuk saya dan juga beberapa kisah dari kawan kawan saya yang mengkaji tentang imperialis jepun ini.

Banyak persoalan timbul dari kisah kisah ini, tetapi apa yang saya ingin highlight pada kali ini ialah resort -resort terakhir para pelancong timur yang tidak diundang ini dan dimanakah lokasi lokasi sebenar resort terakhir mereka ini.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kisah kisah ini dengan tuan tuan pembaca setia blog Military of Malaysia agar sejarah bangsa tidak hilang dan beberapa perkara mistik yang patut dikaji kesahihannya.

Penulisan saya ini bercampur antara sejarah dan alam mistik. Saya pasti ada beberapa fakta disni yang tuan tuan pernah merasai, mendengar dan juga melalui pengalaman tersebut.

Di dalam pencarian saya mengenai emas emas di semenanjung, tidak dapat lari dari soalan " Bro.. hang tau tak pasal emas yamashita?'  Kat mana boleh jumpa? Betul ke ada emas ni? Kenapa tak pernah jumpa walau disebut sebut? Siapa yang jaga?

Saya merujuk kepada beberapa artikel Tn Hj. Shah Paskal berkenaan "penjaga penjaga setia"  yang disebut sebut  dan ada askar askar kita dan orang awam berjumpa secara tak sengaja dengan mereka ini.

1.       Semasa tentera jepun mendarat di pertama kali di Pantai Kuala Pak Amat jam 4.ooam 8 Disember 1941, berkekuatan 3 batalion tentera jepun menjejak kaki mereka di pantai tersebut yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Nakamura. Dianggarkan seramai 5600 askar jepun berjaya dalam misi tersebut walau ditentang hebat dari tentera British bangsa India  dari pasukan 3/17 th Dogras (Dogra Regiment).

2.       Pasukan kedua mendarat diketuai oleh Mejar Kausi dan pasukan ketiga diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi dan Kolonel Yashio Nasu agak lewat sikit kerana diserang oleh kapal terbang British Australia jenis Hudson dari pasukan No. 1 Squadron RAAF (Royal Australian Air Force) dari airport Kota Baharu Pengkalan Chepa dan jenis Vickers Vildebeeste yang tiba dari base Gong Kedak dan Base Lalangluas di Machang.

3.       Ok, sekarang ni persoalan saya ialah, betapa ramai askar jepun mendarat..dan terbunuh, pernah atau tidak tuan tuan pembaca blog MOM ini mengetahui di mana lokasi mereka di simpan atau di istirehatkan di resort-resort (bunker) yang mereka bina?  Silap silap ada yang kecut perut atau seram bila dah tahu di mana mereka 'berehat' setelah perang. He He He He…

hantu jepun Head of Dead Japanese Soldier Hanging from Tree
4.       Ok itu klue nya… persoalan seterusnya ialah.. pernah atau tidak rakan rakan blog ni yang terserempak dengan hantu Jepun?  Kenapa hantu hantu ini sering kali dikatkan dengan kawasan atau tapak tentera Jepun tinggal?  Mungkin ada yang kata saya ni mengarutlah,, bohong lah, tipu lah, mana ada hantu jepun…

5.       Tapi kalau saya bagitau bahawa orang jepun juga amat percaya akan kuasa roh / mistik ?  Tak faham? Boleh rujuk artikel sejenis batu yang di simpan di bawah reservoir di negara selatan oleh Tn. Hj Admin kita…

6.       Ok saya jelaskan. , tentera jepun sememangnya amat kuat pegangan kerohanian mereka. Mereka percaya bahawa mereka pasti akan hidup kembali dan akan berada semula di tempat mereka terbunuh. Sebab itu mereka sanggup hara kiri… (Agama Shinto)

Ada juga, mayat asker Jepun yang jadi makanan kawan sendiri

Ada juga, mayat asker Jepun yang jadi makanan kawan sendiri

7.       Oleh itu, mayat mayat askar mereka yang jumlah yang ramai itu sebenarnya tiada dikuburkan.  Sebenarnya mereka itu di bakar bersama dengan tanah tanah liat dan dijadikan batu bata untuk membina bangunan dan juga markas mereka. Campuran batu bata ini boleh di lihat hampir setiap monumen atau bangunan yang diduduki oleh Jepun.

8.       Kenapa?  Mereka percaya bahawa roh roh askar ini akan sentiasa bersama menjaga bangunan itu dan tidak keterlaluan jika saya bagitahu mereka juga penjaga emas yamashita.

WWII-in-the-Pacific-Dead-Japanese-Soldiers-on-a-Tarawa-Beach

9.       Itu sebab jika ada tapak tapak sekolah lama yang didirikan bangunan baru seperti asrama pelajar, sering kali diganggu oleh askar yang sedang kawad lah, ronda lah,, bawa rantai lah, takde kepala lah… sehinggakan orang kampung juga membicarakannya dengan mengatakan itu kawasan Jepun, kubur Jepun, kem Jepun dan sebagainya.

10.   Hospital tempat saya bertugas dahulu juga sentiasa diganggu oleh tentera yang tak balik kampung ni. Itu resort mereka.  Saya ada juga terbaca dari artikel MOM ni yang mengatakan batu satu bangunan yang mempunyai darah dan tulang. Saya lupa artikel yang mana. Tapi itu menjawap persoalan artikel tersebut bagaimana darah dan tulang di dalam batu bata bangunan tersebut.  Harap admin bagitau artikel yang mana.

11.   Apabila membicarakan tentang emas yamashita pula, semasa jepun menjajah kita, semua harta emas ini dilebur dan dibawa balik ke Jepun. Itu sebab jepun punya duit, nilainya amat kuat kuasa beli dia fasal stok emas yang dirampas. Tetapi bagaimana pula dengan emas yang gagal dibawa balik kerana perang tamat?

jepun-mampus jepun+bunker

12.   Mereka menggali tergesa gesa dan menanam semua emas tersebut di lokasi yang mereka duduk tetapi ia di "jaga" oleh penjaga penjaga setia ini.  Bagi orang biasa. Mengarutlah cerita ni… tapi bagi "goldhunter"  di negara kita ni, perkara biasa .

13.   Cuba tuan tuan fikir… soal nampak hantu Jepun, di mana mana di bicarakan orang. Ada yang pernah jumpa dan ada yang pernah dirasuk dan sebagainya. Di mana lokasi kejadian tu? Tentulah di kawasan mereka duduk dan kem-kem mereka. Tapi di mana?  Pecahkanlah batu bangunan tu.. ambil dan lihat kemungkinan ada tulang yang bercampur dengan batu bata itu.  Itulah penjaga setia mereka.

jepang

Artikel ini adalah artikel yang dicampur dari pengalaman saya, arwah datuk datuk saya, dan para pengkaji sejarah Jepun.

Terpulang untuk mempercayai atau tidak tetapi kalau sebut hantu Jepun semua orang tahu.

Mana kubur?  Itu bangunan Jepun laa… ada berani tidur dalam bangunan dia malam malam?
Siang hari pun berkawad di Memorial Perang Jepun di Batu Maung, Pulau Pinang, apa lagi pada waktu malam (pengalaman saya itu). Lintang pukang kami cabut lari gara gara mencari emas Yamashita.

Sekian dari Faisal 9W2WBT

Banjir: Jalan-jalan yang ditutup <b>di</b> Terengganu | Dungun Online <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 12:28 AM PST

KUALA TERENGGANU 26 Dis. – Laluan di 22 lokasi melibatkan enam jalan Persekutuan dan 16 jalan negeri di tujuh daerah di negeri ini dinaiki air dan sebahagian besar ditutup kepada semua kenderaan hari ini.

Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air antara 0.5 meter hingga 2 meter termasuklah Jalan Bukit Diman-Felda Tersat,

Jalan Utama Mengkawang-Tersat, Hulu terengganu.

Dua lagi jalan utama yang ditutup ialah Jalan Gong Kedak di Besut, Jalan Felda Neram 1 dan Jalan Cukai-Air Puteh di Kemaman.

Jalan-jalan negeri terlibat ialah Jalan Permaisuri-Hulu Seladang di Setiu,

Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong, Jalan Kg. Kejil-Kg. Bukit Perah, Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal, Jalan Kuala Berang-Ajil di Hulu Terengganu.

Juga Jalan Jerteh/Pasir Akar-Keruak, Jalan Jabi/Oh/Pasir Akar Besut,

Jalan Tepus-Kuala Jengai di Dungun; Jalan Teladas, Jalan Kemasik/Air Jernih/ Ibok/Paman di Kemaman.

Lain-lain ialah Jalan Kerteh-Batu Putih, Jalan Kijal/Chengal Besar/Pondok Limau dan Jalan Pelatoh (Kg. Pelatoh) di Kemaman. – UTUSAN

Update: Jalan Bukit Besi-Dungun

image

. – 1DUNGUN.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads