Rabu, 12 Disember 2012

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 06 Dec 2012 11:48 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Posted: 06 Dec 2012 12:09 AM PST

Posted on Tuesday, December 04 @ 23:25:19 MYT by paktam
Fokus IsuOleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD dan SAZALI MOHD NOORTAHUKAH anda, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said telah pun membelanjakan hampir RM10 bilion wang rakyat dalam tempoh satu penggal pemerintahannya.

Beliau yang dikenali dengan panggilan 'Mat Said' sebenarnya bukanlah MB pilihan rakyat mahu pun kehendak wakil-wakil rakyat BN.Ini kerana, pada awal pelantikannya sebagai MB Terengganu bagi menggantikan mantannya, Dato' Seri Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan Sultan Terengganu penuh dengan kontroversi.
Terengganu yang sememangnya kaya dengan hasil minyak (petroleum dan gas) boleh memperkayakan kroni-kroni pemimpin yang menerajui negeri dengan cepat dan mudah.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menempelak kerajaan Umno-BN Terengganu yang dipimpin oleh Ahmad 'menumpukan' pelbagai projek kepada sebuah syarikat yang bernama Teluk Kalong Construction Sdn Bhd.
"Sebuah syarikat yang bernama Teluk Kalong Construction Sdn Bhd kepunyaan 'Ah Gu' orang kanan Ahmad Said, macam-macam projek yang dia (Ahmad Said) beri, bukan satu bukan dua… banyak.
"Projek zoo di Bukit Takal RM100 juta dia beri, projek pagar elektrik nak tahan gajah (Santuari Gajah) di Tasik Kenyir RM25 juta siapa boleh? Dua orang saja yang dia beri (seorang) 'Ah Gu' seorang lagi 'Ah Yam',"jelasnya.
Ini kerana, setiap tahun wang royalti yang menjadi hak rakyat dianggarkan mencecah RM2 bilion itu dibelanjakan sesuka hati dengan pelbagai projek yang kurang bermanfaat serta membazir. Jika diukur dari segi kemampuan memimpin negeri mengikut cara Umno-BN sudah tentunya Idris Jusoh lebih layak berbanding Mat Said.
Namun kata pepatah Melayu, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah Mat Said nampak di Sultan", maka, beliau pun dipilih oleh Tuanku Sultan Terengganu menjadi ketua kerajaan negeri Darul Iman ini.
Mengikut rekod lalu, dalam tempoh tiga tahun terakhir Ahmad Said sebagai Menteri Besar telah meluluskan Belanjawan (Bajet) negeri melebihi RM6 bilion.
Bahkan, setiap tahun kerajaan negeri terpaksa memohon lagi peruntukan tambahan bagi menampung keperluan bajet tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi turut melahirkan rasa kebimbangan jika kerajaan negeri berterusan menanggung defisit.
"Dalam tempoh tiga tahun terakhir (2008-2011) di bawah pentadbiran Menteri Besar Ahmad Said dewan telah meluluskan lebih RM6 bilion ringgit.
"Saya bimbang sekiranya amalan (tambahan) ini diteruskan negeri ini akan terus menanggung bajet defisit dan bukan lagi bajet yang berimbang," tegasnya.
Persoalannya, kata Dr Syed Azman apakah ia menjadi keperluan apabila pengurusan dan pembangunan yang tidak mampan serta tidak cukup untuk 'bergelar' sebagai pengurus kewangan yang baik.
Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan negeri Terengganu pada tahun 2010. Laporan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) iaitu merangkumi penyata kewangan dan pengurusan kewangan jabatan serta aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan.
Seperti yang disarankan oleh ketua audit negara, kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemah selaras dengan dasar kerajaan negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.
Antara yang perlu diberikan perhatian adalah laporan penyata kewangan yang masih memberi gambaran bertapa tingginya 'perbelanjaan tahunan' kepimpinan Dato' Seri Ahmad Said, berbelanja dengan tanggunggan 'defisit' (lebihan perbelanjaan) yang masih berada di tahap yang amat tinggi.
Perbelanjaan mengurus kerajaan Terengganu pada tahun 2010 antara yang tertinggi di seluruh negara iaitu RM 1,690.22 juta. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2010 di bawah akaun hasil disatukan mencatitkan surplus sejumlah RM202.73 juta namun baki defisit terkumpul masih berada di tahap yang amat tinggi iaitu RM 496.28 juta.
Kerajaan negeri juga mengalami penurunan wang tunai sejumlah RM166.79 juta atau 69.4 peratus menjadi RM73.66 pada tahun 2010 berbanding RM240.45 juta pada tahun 2009. Penyumbang utama hasil kerajaan negeri bagi tahun 2010 masih lagi 'Terimaan Dana Khas' daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,600 juta. Ini hasil 'royalti minyak' yang disalurkan dalam bentuk bantuan dana khas.
Defisit (kurangan) Akaun hasil yang disatukan Kerajaan Negeri Terengganu meningkat sebanyak RM274,046,116.36 pada 31 Disember 2009 menjadikan jumlah defisit terkumpul pada akhir tahun tersebut berjumlah RM699,010,087.44.
Pada akhir tahun 2008, Akaun Hasil kerajaan telah mencatatkan defisit sebanyak RM146,548,465.66 menjadikan jumlahnya sebanyak RM424,963,971.08 pada 31 Disember 2008.
Fakta tersebut diumumkan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menjawab soalan yang dikemuka oleh Dr Syed Azman.
Antara projek-projek yang disifatkan tidak ada keperluan diutamakan tetapi mendapat perhatian wajar oleh kerajaan Ahmad Said iaitu pembangunan Zoo Bukit Takal, di Ibok, dalam Dun Kijal, Kemaman.
Menurut sumber yang boleh dipercayai sejumlah RM100 juta diperuntukan bagi membangunkan zoo tersebut 100 peratus daripada wang rakyat Terengganu.
Mengikut senarai perincian bagi pembelian binatang untuk menempatkan haiwan serta binatang berkenaan adalah seperti berikut;
Sebanyak RM10 juta untuk membeli beruk dan binatang, RM1 juta bagi membeli tiga ekor badak sumbu, enam ekor zirafah (RM1.6 juta), dua ekor harimau (RM128,000.00), empat ekor cheetah dengan harga (RM256,700.00), enam ekor chimpanzee (RM672,000.00), enam ekor baboon (RM153,600.00), enam ekor beruk tupai (RM128,000.00), 24 ekor flamingo pula berharga (RM230,000.00), 10 ekor burung kakak tua (RM160,000.00) serta membeli 20 ekor burung merpati dengan harga mencecah RM384,000.00.
Tinjauan Harakah sebelum ini mendapati satu set gelongsong air yang berharga RM2.69 juta juga rosak meski pun baru setahun dibinanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mendakwa kerajaan Umno-BN bukan sahaja zalim terhadap rakyat tetapi gagal menguruskan negeri ini dengan baik.
Katanya, kepincangan dalam mentadbir-urus negeri bukan sahaja baru berlaku di zaman pemerintahan kerajaan di bawah Mat Said tetapi kesinambungan dari legasi bekas MB Terengganu, Idris Jusoh lagi.
Menurutnya, siri 'rampasan' tanah rakyat bermula sejak tahun 2005 lagi sebaik sahaja Umno-BN mengambil-alih semula kerajaan negeri ini.
"Pada 23 Mac 2005, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Belimbing Api, Jabi Besut dirampas semula oleh kerajaan BN Terengganu. Selepas itu, pada 19 Mei 2005 RTB Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Setiu. 26 Mei 2005, RTB Bujal, di Kijal Kemaman dan 26 November 2007, RTB Padang Landak, Besut juga menjadi mangsa roboh ketika era Idris Jusoh.
"Pada 26 November 2008, RTB Padang Luas Bujal. Tanah Warisan Kampung Pak Bang, Kuala Terengganu dan Tanah Warisan Che Long, Kuala Terengganu 'dirampas' pada 11 Disember 2009. Tanah RTB Kubang Labi, Setiu pada 2 Ogos 2010, Tanah Kampung Paya Bunga Kuala Terengganu (2 Mac 2011), Tanah Warisan Kampung Gelugor Kuala Terengganu (1 Februari 2011) dan Tanah Warisan Kampung Banggol Donas Kuala Nerus (April 2012)," jelasnya.
Selain itu, kata beliau kos pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang kos asalnya RM200 juta meningkat naik kepada RM440 juta.
Menurutnya, kos pembelian 101 ekor angsa dan itik berjumlah RM223,750.00 kerana harga itik yang paling murah RM750.00 dan paling mahal RM5,600.00 seekor.
Justeru, kata Ustaz Wan Sukairi yang juga Setiausaha Lajnah Penerangan PAS negeri menyifatkan pemimpin Umno-BN lebih mengutamakan rakan kroninya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads