Jumaat, 16 November 2012

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Perdana Menteri Gembira Dan Senang Hati Melihat Sambutan <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 02:07 AM PDT


Perdana Menteri,  Datuk  Seri Najib Bin Tun  Razak, melahirkan perasaan gembira dan senang hatinya melihat sambutan rakyat pelbagai lapisan masyarakat terhadap kunjungan  mesranya ke pekan Kundasang.


Sambil berterima kasih di atas kehadiran lebih 3,000 penduduk  Kundasang itu, beliau menyifatkannya sebagai  suatu petanda, isyarat dan bukti bahawa rakyat di kawasan berkenaan tetap memberi sokongan dan kerjasama padu  terhadap kepimpinan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN).
"Saya  amat gembira dan  berterima kasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menyambut ketibaan saya dan rombongan, untuk menemui rakyat di sini dan mengharapkan agar terus bersama saya untuk menyokong serta memantapkan lagi perjuangan serta kepimpinan kerajaan sedia ada bagi membolehkan kita meneruskan komitmen memajukan rakyat khususnya membangunkan negeri Sabah termasuk kawasan Kundasang ini", jelas Najib dalam ucapan 'Sepatah Katanya' sebelum bertolak ke daerah Kudat pada pagi itu.
Hadir sama ialah, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri  Joseph Pairin Kitingan, Ali Parlimen Ranau, Datuk Siingan A.Gubat, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga ADUN Karanaan, Datuk Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar selaku ADUN Paginatan, Datuk Dr.Ewon Ebin, ADUN Kundasang, Datuk Dr.Joachim Gunsalam bersama Ratusan  Ketua dan Kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, para pemimpin akar umbi parti-parti komponen BN Kundasang dan Ranau.
Sempena Kunjungan Mesra itu, Najib berkesempatan  mengunjungi lebih 10 buah Gerai Tani Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung (KK) Mukim Kundasang, yang dipertandingkan sempena Pesta Kubis Sabah kali ke-13, berlangsung selama dua hari (13-14 Oktober) di perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang.
Seawal jam 7.00 pagi Najib telah menyempurnakan pelepasan para peserta Climbathon Antarabangsa Gunung KInabalu edisi ke-26, melibatkan lebih 660 peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads