13 di jabor - Google Blog Search |
victory: Lebuh Raya Macet Kerana Sikap Pengguna Posted: 28 Oct 2012 09:48 PM PDT Sambutan Hari Raya IdulAdha pada 26 Oktober,2012 baru-baru ini sungguh meriah. Hari kebesaran Islam menandakan sempurnanya jutaan umat manusia mengerjakan wukuf di Arafah yang jatuh pada Hari Khamis 25 Oktober. Semoga Allah SWT menerima amalan mereka sebagai HAJI MABRUR . Umat Islam di Malaysia merayakannya pada Hari Jumaat . Perbezaan waktu Malaysia- Arab Saudi 5 jam lebih awal . Menjadi tradisi bagi umat Islam Malaysia menyambut raya di kampung dan desa bersama kaum keluarga . Lebuh raya seluruh negara macet (sesak) dengan kenderaan yang berbondong-bondong menuju kampung halaman masing-masing seawal dini hari. Perjalanan pada waktu biasa mengambil masa hanya 6-7 jam ke Kelantan menjadi 12 atau 13 jam pada musim perayaan . Balik Kelantan seumpama pergi ke London . Demikian keluh isteri saya bersama anak . Sikap pengguna yang mementingkan diri menyebabkan kesesakan berpuluh kilometer terutama semasa hendak membayar tol. Sesetengah pengguna tanpa memikirkan bahaya orang lain terus memecut macam pelesit mengambil laluan kecemasan menyebabkan berlakunya kecelaruan dan simpang siur yang sungguh menggerunkan. Pengalaman mengalami kesesakan panjang saya lalui ketika di Chegar Perah pada 25 Oktober lalu sungguh menyeksakan. Sikap pengguna yang tidak berdisiplin menyebabkan kesesakan tidak terkawal. Kenderaan tidak dapat bergerak selama hampir sejam . Kedua-dua hala tidak boleh di lalui sehingga pihak Polis terpaksa mengeluarkan saman kepada kenderaan yang engkar laluan. Setelah campur tangan Polis , perjalanan agak lancar dan kami tiba di rumah jam 8.30 malam (genap 13 jam) . Sebenarnya perjalanan menjadi lebih selamat, teratur dan harmoni sekiranya pengguna mematuhi peraturan . Orang Malaysia sebenarnya baik dan bertolak ansur tetapi amalan ini tidak berlaku ketika memandu . Saya pernah terbaca dalam surat khabar Bahasa Inggeris beberapa tahun lalu bunyinya lebih kurang " Malaysian drivers never consider other motorist " . Memang ada benarnya dakwaan pelancung asing tersebut melihat sikap dan cara kita memandu . Perjalanan Balik ke Kuala Lumpur. Setelah selesai melaksanakan ibadah korban, pada hari Sabtu 27 Oktober saya memohon izin dengan ayah dan keluarga untuk ke Kuala Terengganu menghantar anak (Kak Ngah) ke UNISZA dan kami bermalam di Permai Inn. Esoknya sesudah sarapan dan menghantar Kak Ngah kami bertolak balik ke Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Perjalanan pada mulanya lancar . Banyak kenderaan mengguna laluan Bandar Mu'azzam Shah melalui Chenih Baharu untuk ke Tol Jabor . Sumber Gambar: Internet Setelah mengisi minyak di Chenih baru dan menunaikan solat Zohor dan Asar (jamak) kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur . Kenderaan cukup banyak memenuhi LPT menyebabkan sesetengah pengguna mula memotong mengikut laluan kecemasan . Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila sampai TOL menuju Karak . Masing-masing berebut membayar tol . Kita yang sedang beratur untuk sentuh kad (Touch N Go) dihalang kenderaan lain sehingga terpaksa bersabar. Hingar bingar dan simpang siur tidak terurus sehingga kesesakan berpuluh kilometer. Puluhan kenderaan tersadai di tepi jalan kerana enjin terlalu panas . Saya tidak dapat bayangkan keluarga yang membawa anak-anak kecil menghadapi situasi seperti ini . Setelah menempuh perjalanan yang perit menguji kesabaran iman, akhirnya kami sampai di rumah pada jam 930 malam . Alhamdulillah . |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan