Selasa, 27 November 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


19 Nov 12 : Pangkalan Udara <b>Gong Kedak</b> Merasmikan Program <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 02:40 AM PST

GONG KEDAK, 19 Nov 12 – Majlis pembukaan perasmian Program Body Mass Index (BMI) Siri 2/12 telah diadakan bertempat di Galeri Sejarah PU Gong Kedak pada 19 Nov 12.  Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Azhar bin Mohamad TUDM dan disertai oleh barisan pegawai kanan pangkalan.

Seramai 13 peserta yang telah dibuat pemeriksaan dan layak untuk mengikuti program secara intensif selama tiga minggu yang dilaksanakan di pangkalan ini di bawah pengendalian Latih Pangkalan.  Manakala jurulatih adalah seramai empat orang akan ditugas bagi menguruskan program ini berjalan lancar.

Program BMI ini sememangnya telah dilaksanakan bermula awal tahun 2010.  Ianya dilaksanakan  dua kali setahun secara separuh masa di sebelah pagi sahaja.  Namun, didapati tidak memberi kesan yang memuaskan kerana penurunan berat badan amatlah minima.

Justeru, Komander Pangkalan, YBhg Kol Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, menyarankan kajian semua ke atas Program BMI dikaji semula, maka hasilnya pendekatan yang baru telah dilaksanakan seperti program yang seumpamanya dilaksanakan di Institut Latihan Tentera Udara (ILTU), Ipoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads