13 di gong kedak - Google Blog Search |
WARGA AS : SENARIO PERANG MALAYSIA-SINGAPURA | Military <b>...</b> Posted: 16 Nov 2012 06:48 PM PST 1. Hai…dan Assalammualaikum, saya mempunyai komen yang menarik dari seorang warganegara Amerika Syarikat (AS) yang melontarkan komen beliau kepada saya. 2. Saya paparkan di sini kerana ini merupakan kali pertama saya mendapat komen dari seorang warganegara AS yang juga pemilik blog bersifat keagamaan di sini http://thegrandverbalizer19.blogspot.com. 3. Komen yang didasarkan daripada analisis beliau saya kira mungkin kurang tepat kerana terlalu memandang tinggi kepada keupayaan pasukan komando AS tetapi saya yakin boleh dikupas secara lebih terperinci oleh pembaca saya yang sangat-sangat dimulia dan dihormati oleh saya. 4. Oleh kerana ia ditulis oleh orang luar yang tidak mempunyai kepentingan di sini, saya kira elok saya kongsi bersama anda semua. TERJEMAHAN BAHASA MELAYU 5. Saya datang dari Amerika Syarikat. Saya akan beritahu perkara ini sama ada kamu suka atau tidak. 6. Pasukan khas Singapura dilatih oleh Israel. Pasukan elit Malaysia dilatih oleh US Navy Seal. 7. Jika askar Marin AS, komando Navy Seals dan Green Beret berhadapan dengan pasukan tentera Israel (IDF), IDF akan tewas. 8. Ini disebabkan komando Israel tidak pernah berhadapan dengan ancaman nyata, kecuali dari kalangan mereka yang radikal termasuk sel-sel militan. 9. Ini lah senarionya. 10.Beberapa jam pertama, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) akan menghadapi kekalahan yang teruk kepada pesawat pejuang dan tentera laut Republik Singapura. 11.Moral Malaysia hancur dan tentera Singapura bergerak untuk melancarkan ofensif. 12.Singapura kemudian mengumpulkan kereta kebalnya di Johor tetapi akhirnya berjaya "dineutralkan" oleh tentera darat Malaysia. 13.Dalam itu, pasukan komando Malaysia dihantar masuk secara senyap ke Singapura untuk membuat kacau. 14.Mungkin ada berlaku korban dikalangan komando Malaysia ini akibat bertempur dengan pasukan elit Singapura tetapi ada sebilangan yang berjaya masuk sehingga ke dalam dan meneruskan misi. 15.Malaysia melalui serangan balas yang agak besar kemudian secara berperingkat berjaya merosak atau memusnahkan pengkalan tentera udara Singapura dan beberapa aset statik yang lain. 16.Dalam pertempuran yang penuh dengan sifat kebencian dan dendam, tempat simpanan minyak Shell di Pulau Bukom dan beberapa kawasan sensitif menjadi sasaran serangan dan sabotaj tentera Malaysia. 17.Singapura kemudian meneruskan serangan ke atas aset-aset ekonomi di Malaysia. 18.Ketika tentera Malaysia diambang kejayaan, Singapura yang mula panik kemudian mengarahkan "curfew" (errr dalam bahasa Melayu apa ya?). 19.Industri pelancongan dan perdagangan serta perniagaan Singapura mula terjejas. 20.Pasaran saham jatuh teruk. 21.Pemimpin Singapura dari kalangan pihak tentera akan tinggal dalam pulau untuk meneruskan perang gerila. 22.Manakala pemimpin politik negara itu akan melarikan diri ke Australia, New Zealand dan membiarkan rakyatnya yang tidak memiliki kemampuan ekonomi mempertahankan diri mereka sendiri. 23.Singapura kemudian mengerakkan tentera paksaan dan remaja seawal usia 20an dipanggil untuk meneruskan perjuangan. 24.Bagaimanapun, ini bukan pilihan terakhir republik itu kerana sejumlah besar kekayaan Singapura sebenarnya sudah pun disalur untuk menyewa askar-askar upahan seperti tentera Gurkha, Nepal dan ditempat lain untuk mempertahankan kawasan-kawasan sensitif. 25.Saki baki tentera laut Singapura dan tentera udaranya masih meneruskan serangan. 26.Askar Singapura kemudian mengali kubu dan bersedia secara defensif untuk mempertahankan pulau itu apabila kesemua divisyen Singapura di Johor tewas oleh tentera Malaysia. 27.Melalui saluran diplomatik, Singapura memohon bantuan dari negara luar. 28.Amerika Syarikat (AS) dan beberapa buah negara lain yang sejak dari awal menganalisis corak peperangan itu mula melihat tanda-tanda Malaysia akan menang. 29.Malaysia kemudian memperbaharui beberapa perjanjian dengan AS termasuk bersetuju untuk membeli peralatan ketenteraan yang baru dari negara-negara yang berkepentingan ini. 30.Singapura akhirnya tewas dalam permainan politiknya untuk mendapatkan sokongan dari negara sekutunya selama ini. 31.Tentera darat Malaysia kemudian menyeberangi Tambak Johor untuk masuk ke Singapura. 32.Pertempuran di Singapura dimulakan dengan hebat, korban sangat besar di kalangan askar sukarela dan paksa republik tersebut. 33.Askar Malaysia kemudian mula mara masuk ke dalam Singapura melalui peperangan dari blok ke blok HDB (Fibua). 34.Pengkalan bawah tanah Singapura ditawan. 35.Pusat pemerintahan tinggi Singapura ditawan. 36.Arahan dikeluarkan oleh sisa-sisa pusat pemerintahan tinggi Singapura kepada pesawat pejuang dan tentera laut republiknya untuk menghentikan pertempuran. 37.Malaysia akhirnya menakluk Singapura. 38.Tentera Malaysia mengalami kehilangan besar dari kalangan aset tentera udara dan lautnya. 39.Tamat senario, suka atau tidak, itulah senario yang akan berlaku. BACA KOMEN YANG ORI DI SINI |
You are subscribed to email updates from di gong kedak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan