13 di pulau wan man - Google Blog Search |
CATATAN SI MERAH SILU: Explorasi bermotosikal besar Pantai <b>...</b> Posted: 22 Oct 2012 03:42 AM PDT Subuh hari Sabtu, 29 September 2012, saya bersiap untuk bersolat jemaah. Kelihatan dalam gambar sahabat saya Zaidi berbaju merah sudah masuk dalam saf. Saya pula baru selesai mengatur barangan. Kami telah bermalam di sebuah masjid di Kuala Terengganu. Tadi tu adalah pemandangan dari atas masjid. Inilah masjidnya, sebuah masjid terkenal yang kini sedang ditambah bangunan batu. Tentu ramai tahu masjid siapakah ini... Dari masjid kami mengambil jambatan kayu menyeberangi Sungai Terengganu. Seriau juga naik motosikal besar menyeberangi jambatan kayu yang sudah dikopakkan di kebanyakan bahagian kiri dan kanan, mungkin sebagai persediaan untuk digantikan kayu baru. Tetapi itulah laluan yang ada jika mahu masuk berjalan di Pulau Sekati. Selepas itu kami makan pagi kemudian menziarahi makam wali besar Terengganu, Tokku Paloh. Dari makam kami ke Pulau Wan Man untuk berposing di hadapan Masjid Kristal. Tak cukup itu semasa keluar pun posing motosikal lagi semata-mata untuk mendapatkan latar belakang replika Masjidil Aqsa di Taman Tamadun Islam. Keluar dari Pulau Wan kami singgah di Masjid Losong untuk melihat sebuah mimbar lama. Masjid tersebut terletak di tepian sungai. Posing lagi motosikal. Selesai itu kami pun meninggalkan Kuala Terengganu lalu mengambil jalan pantai. Posing lagi di sekitar pantai Batu Rakit. Sampai di Penarik, Setiu jalan pantai membelok ke kiri untuk mengelakkan satu kawasan tanjung yang memanjang ke kuala Sungai Setiu. Tetapi kami berjalan terus masuk ke jalan kampung sehingga ke penghujung, sampai jalan mati lalu terlihat pantai yang cantik ini. Lihat The beach near Kampung Mangkuk, Setiu. Hampir ke Kampung Raja, Besut baru kami makan tengah hari. Kami posing lagi di pekan Kuala Besut. Oh. Kami menghabiskan masa agak lama di Kuala Besut kerana saya kehilangan kunci motosikal. Sebenarnya untuk perjalanan Pantai Timur ini saya tergerak untuk membawa 3 pasang kunci. Entah kenapa, sudah hilang sepasang di Tasik Kenyir, boleh hilang lagi dalam perjalanan ke sini. Dengan kunci tinggal sepasang saya tidak boleh mengambil risiko lagi. Sekurang-kurangnya satu pasang kunci harus dibuat lagi (saya menggunakan 2 kunci, satu untuk hidupkan motosikal, satu lagi untuk membuka tangki dan sebagainya). Nasib baik ada sebuah kedai kunci di Kuala Besut. Itupun ada masalah membuat kunci sehingga kami terpaksa menunggu agak lama lalu kami membuat keputusan untuk bersolat di Kuala Besut. Selepas itu baru kami masuk ke negeri Kelantan lalu singgah di Tok Bali. Sampai sini rasa tak sah kalau tak berjalan ke hujung benteng batu. Kata Zaidi ini adalah kali pertama beliau sampai ke Kelantan. Persinggahan seterusnya adalah di Pantai Irama, Bachok. Kemudian kami mengambil jalan ke Kedai Lalat lalu ternampak patung Buddha gergasi ini... Dari Kedai Lalat sudah dekat untuk ke Pulau Melaka di mana terdapat rumah dan madrasah Tok Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Apabila saya memberitahu ini kepada Zaidi dia terus menyatakan teringin untuk berjumpa dengan Tok Guru kalau dapat. Asalnya kami bercadang mahu bersolat Maghrib di Masjid Tok Kenali tetapi dah sampai Pulau Melaka kami pun terus ke rumah Tok Guru. Kebetulan kami sampai ketika azan Maghrib berkemundang daripada masjid di sebelahnya. Tidak lama kemudian Tok Guru keluar dari rumah... Tok Guru terus menegur dari mana kami datang. Zaidi mengambil peluang untuk bergambar. Suka betul dia, kali pertama sampai ke Kelantan terus terjumpa Menteri Besar. Sebelum itu kami ada berbual dengan anak dan menantu Tok Guru. Selepas Maghrib terjumpa dan berbual lagi. Gambar ini diambil dari blogspot Zaidi. Lihat sini. Dari Pulau Melaka kami ke Kubang Kerian untuk menziarahi makam wali Allah terkenal di Kelantan iaitu Tok Kenali. Zaidi suka lagi kerana dia juga sudah lama menyimpan hasrat untuk ke sini. Saya sudah sampai entah berapa kali malah pernah bermalam di makam. Selepas itu kami ke Masjid Tok Kenali, terjumpa pula dengan Ayah Man iaitu Haji Lokman yang mengemudikan madrasah di sebelah selain menjadi salah seorang imam. Ayah Man yang merupakan ayahanda kepada bekas pelakon dan pelawak, Bob Lokman cam saya kerana sudah beberapa kali datang bersolat juga bermalam di masjid termasuk bersama anak-anak dan isteri. Dia bertanya jika kami ingin bermalam di masjid. Jawab saya tidak kerana sudah diajak kawan bermalam di Pantai Cahaya Bulan ataupun PCB. Tetapi kami ingin mandi dan bersolat Isyak... |
You are subscribed to email updates from di pulau wan man - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan