Isnin, 22 Oktober 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


teganuku: LKIM Cadang APMM Buka Stesen <b>Di Pulau</b> Redang

Posted: 15 Oct 2012 10:41 AM PDT

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mencadangkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) supaya mewujudkan sebuah stesen penguatkuasaan di Pulau Redang bagi menjaga keselamatan nelayan.

Pengerusi LKIM Datuk Mohd Jidin Shafee berkata stesen itu juga bagi membolehkan nelayan membuat aduan terutama berhubung pencerobohan nelayan asing.

"Nelayan dan penduduk memang mahukan sebuah stesen APMM bagi menjaga keselamatan mereka daripada ancaman lanun dan juga pencerobohan nelayan asing.

"Pencerobohan nelayan asing antaranya dari Thailand, Vietnam, Burma dan Indonesia memang tertumpu di Pulau Redang dan Pulau Bidong terutama pada musim tengkujuh.

Keadaan ini menjadi halangan kepada nelayan tempatan untuk keluar mencari ikan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan elaun sara hidup RM200 kepada 325 nelayan kawasan Setiu di Kompleks LKIM, Penarek, di Setiu.

Turut hadir Pengarah LKIM Terengganu Mohd Safee Mohd. APMM Terengganu ketika ini mempunyai sebuah pangkalan di Chukai, Kemaman.

 Mohd Jidin berkata APMM Terengganu juga perlu mempunyai unit udara bagi memastikan keberkesanan operasi penguatkuasaan.

"Unit helikopter APMM kini bertempat di Kuala Lumpur. Unit helikopter itu perlu ditempatkan di sini bagi membolehkan bantuan cepat diberi jika timbul sebarang masalah nelayan ketika menangkap ikan di laut," katanya.

Sementara itu beliau menasihatkan nelayan terutama nelayan pantai di Terengganu supaya jangan keluar menangkap ikan berseorangan terutama pada musim tengkujuh sekarang.

"Kalau nak menangkap ikan di laut, keluar dengan dua orang dan pastikan bot mereka berada dalam keadaan baik dan yang paling penting telefon mesti berfungsi dengan sempurna untuk senang berhubung jika berlaku sebarang kesulitan," katanya.

 Seorang nelayan, Che Sulaiman Che Ahmad, 62, bersyukur di atas bantuan sara hidup yang disediakan kerajaan.

 "Pemberian ini boleh menampung keperluan hidup saya sekeluarga," katanya yang mempunyai lima orang anak," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads