Rabu, 10 Oktober 2012

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


teganuku: LPT Tidak Akan "Mematikan&#39; <b>Kuala Berang</b> - Zawawi

Posted: 06 Oct 2012 10:20 AM PDT


Kuala Berang tidak akan menjadi bandar 'mati' dan urus niaga di sini tidak akan terjejas walaupun ramai pengguna memilih Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) daripada laluan Bukit Besi-Sungai Tong seperti sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail berkata, Kerajaan Negeri turut melaksanakan pelbagai kemudahan di kawasan itu bagi keselesaan masyarakat di Kuala Berang dan ia dilihat berjaya mengatasi kesesakan dalam Bandar Kuala Berang ketika musim perayaan baru-baru ini.

"Tidak dapat dinafikan, majoriti pengguna jalan raya terutama dari Kelantan akan melalui bandar Kuala Berang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing selain laluan Bukit Besi-Sungai Tong.

"Perkara ini jelas dapat dilihat ketika musim perayaan baru-baru ini dan ia sedikit pun tidak menjejaskan aktiviti jual beli di sini," katanya.

Mohd Zawawi berkata, perniagaan di sini tetap berjalan seperti biasa dan penduduk serta orang luar juga masih mengunjungi Hari Giliran atau pasar pagi untuk mendapatkan barangan keperluan masing-masing.

"Sekiranya ada peniaga yang merasakan aktiviti perniagaan kurang rancak ketika musim perayaan baru-baru ini, ia hanyalah sementara.

 "Tambahan pula, projek kawasan bebas cukai Tasik Kenyir akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi dan ia akan menjadi tempias kepada pembangunan Bandar Kuala Berang yang merupakan pusat bandar bagi daerah Hulu Terengganu," katanya.

Mohd Zawawi berkata, bagi menambahkan lagi aktiviti sosio ekonomi di Bandar Kuala Berang, pembinaan institusi pengajian tinggi (IPT) juga dapat membantu kerana ia secara tidak langsung menarik kedatangan orang ramai berkunjung ke Kuala Berang.

Mohd Zawawi berkata, projek penyusunan semula Bandar Kuala Berang dan Pekan Ajil akan memperlihatkan Kuala Berang serta Ajil akan menjadi bandar berkembang pesat selain merancakkan lagi aktiviti ekonomi

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads