13 di kerteh - Google Blog Search |
Salahuddin Ayub Tak Setuju Cadangan PKR Pindah Projek RAPID <b>...</b> Posted: 08 Oct 2012 02:09 AM PDT
KUALA LUMPUR 8 Okt - Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub tidak berhasrat untuk memindahkan Projek Penapisan dan Intergrasi Petrokimia (RAPID) ke Kertih, Terengganu. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberi jaminan projek RAPID Petronas itu boleh meneruskan operasinya untuk pembangunan Pengerang atau mana-mana tempat di negeri Johor. "Tidak timbul isu nak memindahkan RAPID ini ke tempat yang lain ataupun kita menolak projek ini. Kita tidak pernah menolak pembangunan di pengerang dan saya memberi jaminan bahawa RAPID Petronans boleh meneruskan pembangunannya." Salauddin Ayub menegaskan, negeri Johor adalah negeri yang luas dan bukan negeri kecil seperti Melaka, Perlis dan Kuala Lumpur yang tiada ruang untuk menyediakan tanah. "Saya sekali lagi ingin menyatakan secara rasminya akan menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Johor supaya adakan satu sesi perbincangan terbuka." "Jika tidak mahu berdebat, kalau fobia sangat berdebat itu tidak mengapa. saya bersedia untuk datang (berdialog)...mungkin dengan beberapa orang yang memiliki kepakaran dalam bidang pembangunan hartanah dan industry minyak dan gas." Tegas Salahuddin lagi, pembangunan di Pengerang itu dapat mencapai objektif pembangunan yang lestari, bijak dan tidak memangsakan penduduk tempatan. "Saya tetap dengan prinsip saya, Projek RAPID Petronas boleh menjadikan Pengerang sebagai hub industri minyak dan gas di rantau ini. "Tetapi dengan satu syarat iaitu 10 kampung itu jangan di hapuskan dan tidak sesekali mengambil perkampungan tradisi rakyat di Pengerang itu." Tambah beliau, di kalangan pemimpin pakatn bersetuju pembangunan itu di adakan di Johor bukan di Kerteh, Terengganu. Kenyataan Salahuddin itu susulan daripada cadangan Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR Wong Cheng yang mahu memindahkan dan memperkecilkan skala perlaksanaan daripada cadangan asal yang diluluskan pihak Kerajaan Pusat.
|
You are subscribed to email updates from di kerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan