13 di jabor - Google Blog Search |
[Kemalangan Motosikal] Sport Rim Melambung <b>di</b> Jalanan <b>...</b> Posted: 04 Oct 2012 03:44 AM PDT Semalam selepas habis waktu kerja defarhano singgah ke Bank Islam di Anjung, Parcel E, Putrajaya kalau tak silap. Memang takda orang lah kan selepas waktu kerja, orang yang tengah gune cash deposit machine (CDM) kat depan plak, lambat...mungkin banyak masukkan bayaran ke akaun Bank Islam orang lain kot...Lama jugalah menunggu dapat turn. Selepas selesai dari Bank Islam, hajat di hati nak menuju ke Maxis Services Centre Alamanda, nak ambil semula nombor hp abang yang hilang... sekali tengah otw ke sana, masuk bulatan Putrajaya yang besar tu... nampak pulak sport rim motor melambung tinggi kat tengah jalan... pelik juga kan... rupanya ada kemalangan di didepan tu... Penunggang motor tu keadaan dia agak kritikal, kerana terbaring di tengah jalan tidak sedarkan diri dengan kesan darah mengalir di kepala...helmet terpelanting ntah kemana... defarhano tak tahu macam mana kemalangan tu boleh berlaku, sebab sewaktu kejadian, defarhano masih dibelakang... (",) Kat situ pulak, ada perempuan yang bawa Saga BLM berhenti beberapa meter dari motor dan mangsa yang terbaring... Ada bro tu cepat call minta bantuan, nasib ada yang tahu nombor kecemasan mana yang nak didail... lepas setiap lima minit RELA, POLIS dan Ambulan pon sampai untuk bantuan... (",) Perempuan Saga BLM tu, beritahu yang dia kata dia tak langgar, tiba-tiba LC terbabas depan kereta dia... pastu defarhano cakap...rileks ceritakan yang benar dalam laporan nanti...jangan risau... sebab kawan defarhano ada juga yang langgar orang dan mangsa mati...tapi yang benar tetap benar...(",) Keadaan Motor : Rim Belakang bengkok, dan set depan motor pecah dan bla..bla..bla.. Siapa yang bersalah, atau siapa yang betul... Tuhan sahaja yang tahu... macam² kita boleh klafikasikan... - bergesel dengan Saga BLM? - Saga BLM yang Langgar motor LC tersebut? - Hilang Imbangan? Sebab LC tu bawa 2 biji Sport Rim dalam kotak. Biarlah polis siasat perkara tersebut, sebab Putrajaya dikelilingi dengan Kamera Litar Tertutup CCTV...cuma sama-samalah kita pandu dan bawa motor dengan cermat dan berhati di jalanan....
Share kepada yang berkenaan. |
Laju..Berbaloikah...? - Yok Rempitan Posted: 04 Oct 2012 04:04 PM PDT Semasa berada di Majlis Pohon Restu MRSM Besut baru-baru ini, aku bersembang dengan salah seorang bapa murid . Beliau bertolak dari Bandar Baru Bangi ke Besut menaiki kereta seawal jam 4 pagi Ahad dan tiba di sana sebelum jam 12 tghhari. bermakna tempoh perjalanan tidak melebihi 8jam. Beliau melalui laluan Karak-Bentong-K.Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Jertih.. Menurut beliau lagi cara pemanduan penuh berhemah dengan mengikuti kelajuan dibenarkan kerana tidak mahu dikenakan dengan pelbagai saman disamping berhenti rehat beberapa kali. Aku pula bertolak pada hari Sabtu dari Rawang yang berkedudukan lebih dekat berbanding BBBangi dan memilih laluan Karak-LPT- Jabor-Ajil-K.Trg-Permaisuri-Jertih . Bila dicongak-congak tempoh perjalanan aku dan dia, tidaklah pula terlalu jauh berbeza...seolah-olah tidak setimpal dengan cara tonggangan aku yang macam ribut itu. Biasalah naik motor mana peduli dengan garisan berkembar atau hadlaju..terus saja memotong bila terdapat peluang berbuat demikian.. Aku bergerak dari rumah jam 12.30ptg dan tiba di Besut jam 6.0ptg iaitu tempoh perjalanan selama 5jam30minit bermakna hanya berbeza 2jam30minit. Walaupun aku turut berhenti rehat, tapi disepanjang lebuhraya aku bawak laju. jarum meter motor aku macam seronok berada diangka 180km/jam, . jalan lurus lah yea.. Bila fikir-fikir, berbaloikah terburu-buru mengejar masa supaya cepat sampai kedestinasi jika hasilnya tak seberapa. Perbandingan ini antara motorsikal dan kereta yang pastinya memberi kelebihan kepada penonggang motorikal..Bayangkan jika kereta dengan kereta, aku garenti perbezaan masa tidak akan begitu ketara... langsung tidak berbaloi dengan pelbagai risiko yang dihadapi. Bayangkan kerana ingin mengejar masa, pemandu terpaksa menyalakan lampu tinggi untuk meminta laluan atau melulu memotong walaupun digarisan berkembar atau memotong sebelah kiri kenderaan dsb..Pastinya pemanduan sebegitu akan kelihatan gelojoh dan kelamkabut serta akan mengundang sumpah seranah pengguna jalanraya yang lain... Berdasarkan pengamatan aku itu, adalah lebih baik bawak kenderan secara rileks. Tak payahlah kelam kabut. Jika ingin cepat sampai ke destinasi bertolaklah lebih awal.. Rancanglah perjalanan anda. Tak akan lari gunung dikejar...Kita khuatir dalam sibuk mencipta rekod memendekkan tempoh perjalanan, menyusul pula pelbagai risiko yang membahayakan diri dan orang ramai disamping terpaksa memperuntukkan duit yang banyak untuk membayar saman...Peringatan ini untuk diri aku juga... Ingat...! Jangan pandu/tonggang melulu..! Kita mampu mengubahnya.. . |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan