13 di jabor - Google Blog Search |
BICARA PERJUANGAN: 6 TERMASUK IBU DAN 3 ANAK MAUT <b>...</b> Posted: 11 Oct 2012 01:10 AM PDT KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam. CHUKAI: "Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi." Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam. Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan. Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta. ***Al-Fatihah kepada semua mangsa, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua roh mangsa dan ditempat bersama-sama roh orang-orang yang soleh dan beriman. Salam takziah buat keluarga mangsa. |
BILA ALLAH BERI UJIAN...MAKA REHDA LAH....CUKUPLAH KITA ... Posted: 11 Oct 2012 02:59 AM PDT CHUKAI: "Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi." Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam. Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan. Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta. CHUKAI: Hajat Khairudi Omar, 31, untuk membaiki bumbung rumah ibunya yang dipukul ribut tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan yang meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, semalam. Adik bongsunya, Nor Amylieya 20, berkata abangnya itu berjanji dengan ibunya, Atikah Ali, 60, kelmarin untuk membaiki bumbung rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, yang dipukul ribut dalam kejadian pada Jumaat lalu. "Ketika itu kira-kira jam 3 petang, arwah sedang menggosok bajunya dan ibu ada bertanya hendak ke mana, tetapi abang hanya menjawab 'adalah' kerana sudah menjadi kebiasaan dia tidak memaklumkan kepada kami jika hendak ke mana-mana pun. "Cuma arwah abang ada janji dengan ibu yang dia hendak tolong baiki bumbung rumah petang ini (semalam). Malah, ibu pun ada beri wang RM10 kepada arwah untuk beli paku. "Tetapi apakan daya, hajat arwah untuk membantu kami tidak kesampaian apabila dia terbabit dalam kemalangan itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, semalam. Jenazah Khairudi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, di sini, selepas solat Zuhur, semalam. Khatombi yang tinggal di Kampung Tengah, di sini, berkata, dia menjaga Nurkhairatul Najiha sejak kecil selepas hak jagaan kanak-kanak terbabit diberikan ibunya, Noran Ali, 39, kerana kehidupan wanita terbabit yang mempunyai lapan anak itu agak susah. "Sejak dia lahir, saya dan anak (Nur Khazimah Ramli) menjaganya manakala Noran jarang berjumpa dengannya, namun Isnin lalu dia datang menjemput anak bongsunya itu untuk dibawa bersiar-siar. Khatombi berkata, dia tambah tidak tergamak mengambil cucu angkatnya itu apabila kanak-kanak terbabit dilihatnya gembira bermain air bersama adik-beradiknya. Khalid yang juga pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, Kijal, dekat sini, adalah saksi pertama yang tiba di lokasi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, jam 4.30 pagi semalam. Menurutnya, kemalangan itu berlaku di hadapan sekolah tempat dia bertugas dan ketika kejadian, dia bersama rakan, Mohd Zulkarnain Mohamad, 23, melakukan rondaan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat. Khalid berkata, dia dan Mohd Zulkarnain berlari ke tempat kejadian kira-kira 10 meter di hadapan sekolah berkenaan dan ketika itu terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong dan penumpang depan kenderaan itu mengadu sakit dalam keadaan suara yang lemah. "Kami berjaya mengeluarkan wanita yang meraung itu dan meletakkannya di tepi jalan sebelum saya bergegas ke sekolah untuk mengambil lampu suluh kerana tidak tahu jumlah sebenar mangsa. Kawasan itu gelap kerana lampu jalan agak jauh," katanya. Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my Suspek berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di Perhentian Bas Ekspres, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Kayu Hitam oleh sepasukan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Unit Narkotik Alor Setar sebaik wanita itu melepasi kompleks berkenaan. Difahamkan, wanita itu turut menggunakan perkhidmatan kereta sewa di Danok, Thailand bagi mengurangkan risiko diberkas pihak berkuasa walaupun dadah berkenaan sudah dibungkus dengan kertas karbon, namun usaha suspek tetap gagal. "Pemeriksaan awal Unit Narkotik KDRM terhadap beg pakaian wanita itu menemui dua bungkusan kertas karbon mengandungi hablur putih dipercayai dadah jenis syabu. "Kami percaya kertas karbon digunakan memang bertujuan mengelak dikesan mesin pengimbas kerana jika menggunakan kertas itu, paparan pada skrin imbasan akan menjadi gelap tetapi taktik berkenaan sudah diketahui pihak berkuasa," katanya di sini, semalam. Beliau berkata, suspek ketika itu menaiki bas dari Hatyai, Thailand dikatakan mahu menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama beg pakaiannya dipercayai untuk pasaran Lembah Klang. Katanya, wanita itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pada masa sama, kejayaan itu yang ketujuh tahun ini membabitkan cubaan penyeludupan dadah jenis syabu bernilai lebih RM3 juta dari Januari hingga Oktober. Oleh Salman Hamat salman@hmetro.com.my Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, mayat lelaki di dalam beg itu ditemui orang awam kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu. Menurutnya, orang ramai yang melalui kawasan itu terlihat objek mencurigakan di dalam sebuah beg berikutan zipnya terbuka lalu memeriksanya sebelum terkejut apabila mendapati ia mayat manusia. "Mayat mangsa dibalut dengan tuala sebelum disumbat ke dalam beg berkenaan. Pemeriksaan terhadap mayat itu menemui kesan kelaran pada lehernya dan mayat itu juga sudah kembung apabila ditemui. "Bedah siasat dijalankan pakar patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengesahkan mangsa mati akibat dibunuh dengan kesan kelaran pada leher selain penemuan kesan parut lama pada tapak tangan kanannya," katanya, di sini, semalam. Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor am@hmetro.com.my Sambungan haram itu dikesan menerusi serbuan Syabas dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) semalam selepas menerima aduan orang awam yang tinggal berdekatan kawasan terbabit. Penolong Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, sambungan sepanjang 50 meter itu dipercayai dilakukan selepas akaun pemaju perumahan di situ ditutup sebaik kerja pembinaan rumah selesai. "Sambungan paip bersaiz 50 milimeter (mm) itu diletakkan mengikut saluran longkang sedalam 1.2 meter di bawah tanah menyebabkan anggaran kerugian yang ditanggung berjumlah RM99,627.30. "Pada hari ini (semalam), kami memotong sambungan berkenaan bagi mengelakkan lebih banyak kerugian, malah ia sudah menjejaskan tekanan air kepada penduduk sekitar yang mendakwa air semakin perlahan pada 3 Oktober lalu," katanya pada sidang media di lokasi serbuan, semalam. "Anggaran keseluruhan kerugian yang ditanggung pada tahun ini bernilai RM5,852,070.87 dan sebanyak 154 kes juga sudah dirujuk kepada pihak Span untuk tujuan pendakwaan. Jumlah ini meningkat daripada tuntutan tahun lalu iaitu sebanyak RM2,824, 039.20," katanya. JASIN: Lima lelaki dipercayai baru selesai melakukan upacara sembahyang di Pulau Besar dengan menaiki bot penambang tersentak dan gagal meloloskan diri apabila dicekup polis di Jeti Anjung Batu, Umbai di sini, kelmarin, bagi membantu siasatan kes samun di sebuah pusat pameran Honda di Kajang, Selangor, bulan lalu. Difahamkan, semua suspek berusia antara 20 dan 40 tahun yang datang dari sekitar Lembah Klang itu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta di kawasan itu, kira-kira jam 10 pagi. Sejurus pulang bersembahyang di pulau itu, beberapa suspek terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa cuba meloloskan diri namun mereka ditahan bagi membantu siasatan. Pemeriksaan lanjut mendapati dua kereta Honda Accord dikatakan dinaiki mereka mempunyai kaitan dengan kes samun berkenaan. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhd Nur Hisamuddin Hashim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Asisten Superintendan Jasmani Othman pergi ke jeti itu dan menemui dua kereta mencurigakan, kira-kira jam 4.20 petang kelmarin "Sejurus tiba, polis menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua kereta Honda Accord berwarna putih dan hitam di tempat letak kereta itu yang didapati tidak mempunyai cukai jalan. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Ishak dikatakan mahu menutup pintu pagar tepi masjid berkenaan dan terkejut melihat bungkusan beg kertas mengandungi mayat bayi lelaki masih bertali pusat dibalut dengan kain putih diletakkan di lantai antara pintu bilik air wanita dan kolam mengambil wuduk. Difahamkan, suspek yang meletakkan beg itu mengambil peluang ketika penduduk menunaikan solat Isyak sebelum melarikan diri. Ishak berkata, dia yang baru selesai solat bersama jemaah lain mahu menutup pintu pagar tepi masjid seperti kebiasaannya sebelum ini. "Saya terkejut selepas melihat satu bungkusan mengandungi mayat bayi lelaki dalam beg kertas yang mulanya disangkakan sampah. Mujur saya tidak terus membuang, sebaliknya tergerak untuk membuka dan melihat kandungannya," katanya ketika ditemui di masjid itu, di sini, kelmarin. Katanya, dia kemudian memaklumkan kepada imam serta ahli kariah lain sebelum membuat laporan di Pondok Polis Alor Merah, di sini. "Anggota badan bayi itu kelihatan bersih dan tiada tompokan darah," katanya sambil memberitahu ia kejadian pertama sejak masjid itu dibuka pada 1960. "Hati saya tersentuh sebaik melihat mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu. Tindakan mereka yang membuang bayi ini sangat kejam dan tidak berhati perut," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, wanita terbabit yang bekerja sebagai pencuci rumah kini masih dalam keadaan trauma dan sedang menjalani rawatan. Harian Metro dalam muka depannya kelmarin melaporkan seorang wanita 'diculik' dua lelaki warga Myanmar ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, Sabtu lalu. Berdasarkan laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an di flat berkenaan, Ahad lalu. Adnan berkata, polis kini memburu tiga lagi rakan suspek dan masih menjalankan siasatan bagi mencari rakaman video perbuatan keji 10 suspek terbabit berikutan dakwaan mangsa yang mengatakan beberapa suspek turut merakamkan perbuatan itu dengan telefon bimbit. Oleh Shalfarina Shahriman am@hmetro.com.my Kejadian di Kilometer 102.8, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Jengka Batu 13, di sini, menyebabkan warga emas terbabit, Arsad Sidek, 73, patah kedua-dua kaki manakala cucunya, Danial Hakim Zainudin, 11, cedera di muka serta beberapa bahagian badan selepas dirempuh lori yang datang dari arah bertentangan. Kedua-duanya dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh dan dilaporkan stabil. Pemandu lori berusia 20-an itu tidak cedera dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran selepas polis menemui peralatan menghisap syabu di dalam kenderaan berat berkenaan manakala ujian air kencing ke atas pemandu itu juga mendapati dia positif dadah. Difahamkan, ketika kejadian jam 7.05 pagi itu, Arsad dalam perjalanan menghantar Danial Hakim ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jengka Batu 13 kerana cucunya dijadualkan menduduki peperiksaan akhir tahun yang bermula semalam. Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my Serbuan jam 12 tengah hari itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan, Deputi Superintendan David Ajek yang menemui pasangan kekasih sedang berasmara, manakala seorang lagi lelaki berbogel dikesan bersembunyi di bawah katil dalam bilik sama. David berkata, serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengekori kumpulan terbabit sejak Isnin lalu, sebelum mengenal pasti kedudukan mereka berdasarkan Toyota Wish digunakan ketika melakukan jenayah. Menurutnya, kumpulan dianggotai dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun itu dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah di sekitar bandar ini. "Dalam sekatan jalan raya Isnin lalu, suspek berjaya meloloskan diri, namun hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelibat suspek berjaya dikesan. SYDNEY: Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai. Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah. "Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini," kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu. "Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya," kata Anne. - DM |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan