13 di jabor - Google Blog Search |
BICARA PERJUANGAN: 6 TERMASUK IBU DAN 3 ANAK MAUT <b>...</b> Posted: 11 Oct 2012 01:10 AM PDT KEBUMI...jenazah Noran dan tiga anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, semalam. CHUKAI: "Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi." Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam. Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan. Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta. ***Al-Fatihah kepada semua mangsa, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas semua roh mangsa dan ditempat bersama-sama roh orang-orang yang soleh dan beriman. Salam takziah buat keluarga mangsa. |
teganuku: Bandar Baru Bakal 'Hidupkan' Semula Ekonomi <b>Di</b> Ajil Posted: 17 Oct 2012 10:14 AM PDT Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu 'menghidupkan' semula aktiviti ekonomi di pekan itu yang dikatakan suram sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mula beroperasi akhir tahun lalu. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ada peniaga mengadu perniagaan mereka merosot hingga 40 peratus apabila jalan alternatif Jerangau-Jabor tidak lagi menjadi pilihan utama pengguna yang lebih selesa menggunakan LPT. "Bandar Baharu Ajil yang menelan belanja RM4 juta akan menjadi pusat sehenti yang menempatkan 70 lot kedai dua tingkat, medan selera, stesen bas dan teksi dijangka siap awal 2014," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kampung Landas di Hulu Terengganu, semalam. Bandar Baharu Ajil itu kelak dijangka mampu menarik pelabur ke pekan ini, katanya. Mengenai penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Ara, Rosol berkata ia adalah penempatan tersusun yang mampu menampung 100 keluarga. Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah memperuntukkan sebanyak RM800,000 kepada 3,416 penduduk wilayah itu yang layak menerima bantuan pada tahun ini. "Tahun ini menyaksikan peningkatan sumbangan ke dalam tabung berkenaan sebanyak RM100,000 berbanding RM700,000 yang kita serahkan kepada orang miskin pada tahun lalu. "Sumbangan ini adalah hasil keuntungan anak-anak syarikat Ketengah dengan sumbangan terbesar adalah dari syarikat perladangan milik kami," katanya. Pada majlis itu, seramai 81 penduduk miskin menerima RM300 setiap orang manakala 245 anak yatim dan pelajar miskin pula menerima RM100 atau RM200 seorang. |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan