Khamis, 11 Oktober 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Diana's : 6 Maut Kemalangan Ngeri

Posted: 10 Oct 2012 10:43 PM PDT

CHUKAI: "Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi." Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.
Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan. Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta.

Nota FD: kesian family ni. baru nak pi jumpa anak, dah kemalangan dan kemudian meninggal dunia. teruk juga kereta tu lepas accident. moga roh mereka dicucuri rahmat. amin :)



CINTA ITU MENGASYIKKAN 1: BILA ALLAH BERI UJIAN...MAKA <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 02:59 AM PDT

CHUKAI: "Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi."
Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.
Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan.


Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta.
CHUKAI: Hajat Khairudi Omar, 31, untuk membaiki bumbung rumah ibunya yang dipukul ribut tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan yang meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, semalam.
Adik bongsunya, Nor Amylieya 20, berkata abangnya itu berjanji dengan ibunya, Atikah Ali, 60, kelmarin untuk membaiki bumbung rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, yang dipukul ribut dalam kejadian pada Jumaat lalu.

"Ketika itu kira-kira jam 3 petang, arwah sedang menggosok bajunya dan ibu ada bertanya hendak ke mana, tetapi abang hanya menjawab 'adalah' kerana sudah menjadi kebiasaan dia tidak memaklumkan kepada kami jika hendak ke mana-mana pun.
"Lagipun arwah memang rapat dengan ahli keluarga Noran Ali yang lebih mesra dipanggil Kak Nor di kalangan kami.

"Cuma arwah abang ada janji dengan ibu yang dia hendak tolong baiki bumbung rumah petang ini (semalam). Malah, ibu pun ada beri wang RM10 kepada arwah untuk beli paku.

"Tetapi apakan daya, hajat arwah untuk membantu kami tidak kesampaian apabila dia terbabit dalam kemalangan itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, semalam.

Menurut Nor Amylieya, dia dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 7 pagi semalam oleh bapa saudaranya sebelum bergegas ke Hospital Kemaman untuk melihat keadaan arwah.

Jenazah Khairudi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, di sini, selepas solat Zuhur, semalam.

CHUKAI: "Hati saya terasa berat untuk mengambilnya pulang ke rumah seperti ada sesuatu yang menghalang saya," kata Khatombi Yusuf, 51, nenek angkat Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, seorang daripada enam mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, semalam.
Khatombi yang tinggal di Kampung Tengah, di sini, berkata, dia menjaga Nurkhairatul Najiha sejak kecil selepas hak jagaan kanak-kanak terbabit diberikan ibunya, Noran Ali, 39, kerana kehidupan wanita terbabit yang mempunyai lapan anak itu agak susah.

"Sejak dia lahir, saya dan anak (Nur Khazimah Ramli) menjaganya manakala Noran jarang berjumpa dengannya, namun Isnin lalu dia datang menjemput anak bongsunya itu untuk dibawa bersiar-siar.
"Semalam (kelmarin), saya pergi ke rumah ibunya di Kampung Gong Pauh untuk menjemputnya semula, tetapi tidak sampai hati apabila melihat kemesraan Nurkhairatul Najiha dengan ibu kandungnya itu," katanya yang ditemui Bilik Forensik Hospital Kemaman, di sini, semalam.

Khatombi berkata, dia tambah tidak tergamak mengambil cucu angkatnya itu apabila kanak-kanak terbabit dilihatnya gembira bermain air bersama adik-beradiknya.

CHUKAI: "Saya tengok budak perempuan yang duduk di tempat duduk belakang kereta itu meraung ketakutan selepas mendapati semua penumpang lain tidak sedarkan diri," kata saksi kemalangan ngeri, Khalid Mamat, 62.
Khalid yang juga pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, Kijal, dekat sini, adalah saksi pertama yang tiba di lokasi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, jam 4.30 pagi semalam.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku di hadapan sekolah tempat dia bertugas dan ketika kejadian, dia bersama rakan, Mohd Zulkarnain Mohamad, 23, melakukan rondaan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.
"Saya terdengar bunyi brek disusuli dentuman kuat lalu menjenguk ke luar pagar sekolah dan mendapati sebuah kereta Perodua Viva putih melekat di bahagian depan bas ekspres," katanya.

Khalid berkata, dia dan Mohd Zulkarnain berlari ke tempat kejadian kira-kira 10 meter di hadapan sekolah berkenaan dan ketika itu terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong dan penumpang depan kenderaan itu mengadu sakit dalam keadaan suara yang lemah.

"Kami berjaya mengeluarkan wanita yang meraung itu dan meletakkannya di tepi jalan sebelum saya bergegas ke sekolah untuk mengambil lampu suluh kerana tidak tahu jumlah sebenar mangsa. Kawasan itu gelap kerana lampu jalan agak jauh," katanya.

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my
ALOR SETAR: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan 'kertas karbon' bagi mengelak dikesan mesin pengimbas berjaya dikesan pihak berkuasa selepas seorang wanita warga Thailand ditahan kerana didapati membawa dua bungkusan dadah jenis syabu seberat 2.1 kilogram (kg) bernilai RM400,000 disimpan dalam beg pakaiannya, Isnin lalu.
Suspek berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari di Perhentian Bas Ekspres, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bukit Kayu Hitam oleh sepasukan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Unit Narkotik Alor Setar sebaik wanita itu melepasi kompleks berkenaan.

Difahamkan, wanita itu turut menggunakan perkhidmatan kereta sewa di Danok, Thailand bagi mengurangkan risiko diberkas pihak berkuasa walaupun dadah berkenaan sudah dibungkus dengan kertas karbon, namun usaha suspek tetap gagal.
Pengarah KDRM Kedah, Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, siasatan terhadap beg wanita itu menemui dua bungkusan dadah jenis syabu dibalut menggunakan kertas karbon biru yang disimpan di bahagian bawah beg berkenaan.

"Pemeriksaan awal Unit Narkotik KDRM terhadap beg pakaian wanita itu menemui dua bungkusan kertas karbon mengandungi hablur putih dipercayai dadah jenis syabu.

"Kami percaya kertas karbon digunakan memang bertujuan mengelak dikesan mesin pengimbas kerana jika menggunakan kertas itu, paparan pada skrin imbasan akan menjadi gelap tetapi taktik berkenaan sudah diketahui pihak berkuasa," katanya di sini, semalam.

Abd Aziz berkata, bungkusan hablur itu ditemui tersorok di bahagian bawah beg wanita itu selain dilindungi dengan lapisan atas beg dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

Beliau berkata, suspek ketika itu menaiki bas dari Hatyai, Thailand dikatakan mahu menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama beg pakaiannya dipercayai untuk pasaran Lembah Klang.

"Berdasarkan soal siasat dijalankan, wanita itu yang bekerja sebagai tukang urut di Kuala Lumpur mempunyai seorang anak di Thailand dan mengikut rekod pasportnya, suspek sudah empat kali masuk ke negara ini sejak 2006," katanya.

Katanya, wanita itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, kejayaan itu yang ketujuh tahun ini membabitkan cubaan penyeludupan dadah jenis syabu bernilai lebih RM3 juta dari Januari hingga Oktober.

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
KULAIJAYA: Seorang lelaki dipercayai dibunuh kejam dengan lehernya dikelar sebelum mayat disumbat ke dalam sebuah beg yang kemudian dicampak ke dalam Sungai Skudai, Tampoi Indah, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, mayat lelaki di dalam beg itu ditemui orang awam kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu.
Menurutnya, orang ramai yang melalui kawasan itu terlihat objek mencurigakan di dalam sebuah beg berikutan zipnya terbuka lalu memeriksanya sebelum terkejut apabila mendapati ia mayat manusia.

"Mayat mangsa dibalut dengan tuala sebelum disumbat ke dalam beg berkenaan. Pemeriksaan terhadap mayat itu menemui kesan kelaran pada lehernya dan mayat itu juga sudah kembung apabila ditemui.


"Bedah siasat dijalankan pakar patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengesahkan mangsa mati akibat dibunuh dengan kesan kelaran pada leher selain penemuan kesan parut lama pada tapak tangan kanannya," katanya, di sini, semalam.
Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Tindakan sebuah syarikat pemaju perumahan dan komersial membuat sambungan paip haram di kawasan rumah contoh di Jalan Duta, di sini, sejak 2007 menyebabkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berdepan kerugian bernilai RM99,627.30.
Sambungan haram itu dikesan menerusi serbuan Syabas dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) semalam selepas menerima aduan orang awam yang tinggal berdekatan kawasan terbabit.

Penolong Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, sambungan sepanjang 50 meter itu dipercayai dilakukan selepas akaun pemaju perumahan di situ ditutup sebaik kerja pembinaan rumah selesai.
Bagaimanapun, disebabkan pemaju memulakan satu lagi projek berhampirannya, sambungan paip dilakukan secara haram dipercayai bagi menyalurkan bekalan air ke empat rumah contoh banglo tiga tingkat serta landskap di sekitarnya.

"Sambungan paip bersaiz 50 milimeter (mm) itu diletakkan mengikut saluran longkang sedalam 1.2 meter di bawah tanah menyebabkan anggaran kerugian yang ditanggung berjumlah RM99,627.30.

"Pada hari ini (semalam), kami memotong sambungan berkenaan bagi mengelakkan lebih banyak kerugian, malah ia sudah menjejaskan tekanan air kepada penduduk sekitar yang mendakwa air semakin perlahan pada 3 Oktober lalu," katanya pada sidang media di lokasi serbuan, semalam.

Sehubungan itu, kata Priscilla, pihaknya mengeluarkan notis untuk menuntut semua jumlah ini supaya dibayar balik kepada Syabas manakala pihak Span mengeluarkan notis bagi mendakwa pemaju dan tindakan denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun diambil mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 di bawah Seksyen 123 (1) dan (3). Menurutnya, bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Oktober lalu, sebanyak 2,841 aduan berhubung kes kecurian air diterima dan disiasat Syabas dengan 578 daripadanya didapati sahih berbanding 3,775 aduan pada 2011 dengan kesahihan kes sebanyak 534.

"Anggaran keseluruhan kerugian yang ditanggung pada tahun ini bernilai RM5,852,070.87 dan sebanyak 154 kes juga sudah dirujuk kepada pihak Span untuk tujuan pendakwaan. Jumlah ini meningkat daripada tuntutan tahun lalu iaitu sebanyak RM2,824, 039.20," katanya.

Katanya, pihaknya berharap orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan sebegini, mereka boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian 1-800-88-5252 beroperasi selama 24 jam atau menghantar khidmat pesanan ringkas ke talian 39222.
JASIN: Lima lelaki dipercayai baru selesai melakukan upacara sembahyang di Pulau Besar dengan menaiki bot penambang tersentak dan gagal meloloskan diri apabila dicekup polis di Jeti Anjung Batu, Umbai di sini, kelmarin, bagi membantu siasatan kes samun di sebuah pusat pameran Honda di Kajang, Selangor, bulan lalu.
Difahamkan, semua suspek berusia antara 20 dan 40 tahun yang datang dari sekitar Lembah Klang itu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta di kawasan itu, kira-kira jam 10 pagi.

Sejurus pulang bersembahyang di pulau itu, beberapa suspek terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa cuba meloloskan diri namun mereka ditahan bagi membantu siasatan. Pemeriksaan lanjut mendapati dua kereta Honda Accord dikatakan dinaiki mereka mempunyai kaitan dengan kes samun berkenaan. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhd Nur Hisamuddin Hashim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Asisten Superintendan Jasmani Othman pergi ke jeti itu dan menemui dua kereta mencurigakan, kira-kira jam 4.20 petang kelmarin "Sejurus tiba, polis menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua kereta Honda Accord berwarna putih dan hitam di tempat letak kereta itu yang didapati tidak mempunyai cukai jalan.
"Hasil semakan kemudian mendapati dua kereta berkenaan turut dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

ALOR SETAR: "Saya ingatkan bungkusan sampah, mujur saya tidak membuangnya kerana beg kertas itu agak berat. Saya tergerak hati melihat kandungannya sebelum terkejut mendapati ada mayat bayi lelaki yang cukup sifat," kata Ishak Chik, 54, siak Masjid Ar-Rahman, Alor Merah, di sini, yang menemui mayat bayi berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Ishak dikatakan mahu menutup pintu pagar tepi masjid berkenaan dan terkejut melihat bungkusan beg kertas mengandungi mayat bayi lelaki masih bertali pusat dibalut dengan kain putih diletakkan di lantai antara pintu bilik air wanita dan kolam mengambil wuduk.

Difahamkan, suspek yang meletakkan beg itu mengambil peluang ketika penduduk menunaikan solat Isyak sebelum melarikan diri.
Mayat bayi itu yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditinggalkan tanpa sebarang nota atau dokumen.

Ishak berkata, dia yang baru selesai solat bersama jemaah lain mahu menutup pintu pagar tepi masjid seperti kebiasaannya sebelum ini.

"Saya terkejut selepas melihat satu bungkusan mengandungi mayat bayi lelaki dalam beg kertas yang mulanya disangkakan sampah. Mujur saya tidak terus membuang, sebaliknya tergerak untuk membuka dan melihat kandungannya," katanya ketika ditemui di masjid itu, di sini, kelmarin.

"Apabila dibelek terdapat satu bungkusan kain putih. Saya kemudian menyelak kain dan terkejut apabila ternampak muka bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, di sini, kelmarin.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kepada imam serta ahli kariah lain sebelum membuat laporan di Pondok Polis Alor Merah, di sini.

"Mayat bayi itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang dipercayai beragama Islam kerana kemungkinan pihak yang membuangnya mahu ia diuruskan dengan baik," katanya.

"Anggota badan bayi itu kelihatan bersih dan tiada tompokan darah," katanya sambil memberitahu ia kejadian pertama sejak masjid itu dibuka pada 1960.

"Hati saya tersentuh sebaik melihat mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu. Tindakan mereka yang membuang bayi ini sangat kejam dan tidak berhati perut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

SHAH ALAM: Wanita berusia 28 tahun yang menjadi mangsa dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar di Puchong Perdana, Sabtu lalu bukan warga tempatan seperti yang didakwa sebaliknya warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala 10 lelaki terbabit memegang status pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, wanita terbabit yang bekerja sebagai pencuci rumah kini masih dalam keadaan trauma dan sedang menjalani rawatan.

Harian Metro dalam muka depannya kelmarin melaporkan seorang wanita 'diculik' dua lelaki warga Myanmar ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa kemudian dibawa ke sebuah flat berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. Mangsa kemudian diikat dan dirogol secara bergilir-gilir dan dilepaskan kira-kira jam 7 malam sebelum dibawa rakannya membuat laporan di Balai Polis Puchong.

Berdasarkan laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an di flat berkenaan, Ahad lalu.

Adnan berkata, polis kini memburu tiga lagi rakan suspek dan masih menjalankan siasatan bagi mencari rakaman video perbuatan keji 10 suspek terbabit berikutan dakwaan mangsa yang mengatakan beberapa suspek turut merakamkan perbuatan itu dengan telefon bimbit.

"Kita belum menemui rakaman berkenaan di dalam telefon bimbit milik tiga suspek yang ditahan kerana telefon bimbit yang dimiliki mereka adalah model lama dan tidak mempunyai aplikasi rakaman video," katanya.
Oleh Shalfarina Shahriman
am@hmetro.com.my
MARAN: Seorang warga emas dan cucunya berusia 11 tahun parah selepas Perodua Kancil yang mereka naiki dirempuh sebelum diseret lebih 20 meter oleh lori tangki yang dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, semalam.
Kejadian di Kilometer 102.8, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Jengka Batu 13, di sini, menyebabkan warga emas terbabit, Arsad Sidek, 73, patah kedua-dua kaki manakala cucunya, Danial Hakim Zainudin, 11, cedera di muka serta beberapa bahagian badan selepas dirempuh lori yang datang dari arah bertentangan.

Kedua-duanya dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh dan dilaporkan stabil.

Pemandu lori berusia 20-an itu tidak cedera dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran selepas polis menemui peralatan menghisap syabu di dalam kenderaan berat berkenaan manakala ujian air kencing ke atas pemandu itu juga mendapati dia positif dadah.


Difahamkan, ketika kejadian jam 7.05 pagi itu, Arsad dalam perjalanan menghantar Danial Hakim ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jengka Batu 13 kerana cucunya dijadualkan menduduki peperiksaan akhir tahun yang bermula semalam.
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my
SIBU: Dua lelaki dan seorang wanita yang paling dikehendaki polis kerana disyaki menjadi dalang aktiviti pecah rumah di sekitar bandar ini, dicekup dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah ketika asyik melakukan aksi ranjang sesama mereka di sebuah rumah di Jalan Nangka, di sini, semalam.
Serbuan jam 12 tengah hari itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan, Deputi Superintendan David Ajek yang menemui pasangan kekasih sedang berasmara, manakala seorang lagi lelaki berbogel dikesan bersembunyi di bawah katil dalam bilik sama.

David berkata, serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengekori kumpulan terbabit sejak Isnin lalu, sebelum mengenal pasti kedudukan mereka berdasarkan Toyota Wish digunakan ketika melakukan jenayah.

Menurutnya, kumpulan dianggotai dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun itu dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah di sekitar bandar ini.


"Dalam sekatan jalan raya Isnin lalu, suspek berjaya meloloskan diri, namun hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelibat suspek berjaya dikesan.
SYDNEY: Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai.
Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah.

"Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini," kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu.
Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk kencing itu sebagai 'tidak mengejutkan.' Bagaimanapun, aktivis wanita dan bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu menjijikkan.

"Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya," kata Anne. - DM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads