Ahad, 30 September 2012

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Cuti-Cuti <b>Kuala Terengganu</b> | Amirez (dot) com

Posted: 23 Sep 2012 01:41 AM PDT

Sekali-sekala pergi bercuti best jugak, bolehlah buat tenangkan fikiran sikit. Bila ingat-ingat balik dah lama sebenarnya tak pergi bercuti. Kali terakhir masa pergi Gambang Water Park kat Kuantan. Kali ni ke Kuala Terengganu pulak. Pergi bercuti dekat-dekat je sebab tak plan betul-betul pun sebenarnya ni. Kiranya sekadar nak tukar angin je hehe. Lagipun bukan tak biasa pergi KT, lebih daripada selalu dah.

Saya sekeluarga bertolak dalam pukul 9:30 pagi dari rumah. Sampai kat KT dalam pukul 12:30 tengah hari. Disebabkan hari Jumaat, pukul 1 tengah hari saya pergi solat Jumaat dulu kat Masjid Abidin. Tak jauh dari hotel. Kami menginap di K.T. Travellers Inn, dekat dengan Dataran Shahbandar dan Pasar Payang. Hotel bajet, RM98 untuk Deluxe Room tapi bagi saya dah cukup puas hati dah. Selesa, WiFi pun laju. Download rate boleh cecah sampai 500Kbps!! Sedut jdrama je sepanjang hari hehe.

Masjid Abidin Kuala Terengganu

Balik solat, lepas makan kami ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dengan nama Masjid Terapung. Tak tahu nak ke mana sebenarnya dalam KT ni. Jadi saya buat pilihan ke Masjid Terapung jelah, masjid yang selalu jadi tempat persinggahan saya bila nak balik kampung dari Johor dulu. Sepanjang 5 tahun kat Johor, setiap kali balik kampung saya mesti singgah Masjid Terapung untuk solat walaupun banyak lagi masjid lain tapi masjid inilah yang selalu jadi pilihan.

Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu

Niat saya nak shoot gambar refleksi Masjid Terapung ni akhirnya tertunai jugak. Dah lama nak try teknik ni. Tapi masih ada banyak lagi nak kena perbaiki untuk dapatkan hasil shot yang lebih menarik.

Masjid Terapung Kuala Terengganu

Eh, lupa nak betulkan horizon haha. Tersenget sikit. Biarlah :P

Agak-agak dah teduh sikit kami ke Pantai Batu Burok bawak 'Iffah naik kereta kuda. Teruja betul bila dia nampak kuda. Bila besar nanti boleh jadi equastarian ni hehe.

Sewa untuk naik kereta kuda ni RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak. Total RM13 tapi dia cincai bagi RM10 je. Dapatlah pusing 3 kali naik kereta kuda. Sayang pulak takde gambar. Yang ada gambar budak kat bawah ni…

Lepas ke Pantai Batu Burok, kami ke Taman Tamadun Islam pulak. Nak bawak 'Iffah masuk Masjid Kristal tapi dia boleh tidur pulak dalam kereta. Merajuk sebenarnya sebab tak puas main gelongsor kat Pantai Batu Burok tadi hehe.

Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Masa datang Masjid Kristal ni dulu banyak lagi yang tak siap. Sekarang ni dah banyak kawasan menarik untuk jalan-jalan. Tapi disebabkan 'Iffah tidur, lepas tu pulak nak cari kedai cermin mata betulkan cermin mata isteri saya yang patah, saya cuma singgah untuk solat Asar jelah kat sini sambil shoot beberapa tempat.

Masjid Kristal

Masjid Kristal Taman Tamadun Islam

Lepas makan malam kami ke i-City KT pulak untuk mengubat 'Iffah yang merajuk tadi hehe. Sebelum ni pergi waktu petang. Kali ni dapat tengok sendiri warna-warni cahaya pokok yang ada kat sini macam pokok-pokok kat i-City Shah Alam. Gembira betul 'Iffah jalan-jalan kat sini.

i-City Kuala Terengganu

Meriah jugak malam tu, ramai orang yang datang. Sayang tak bawak DSLR pulak malam tu. Dah lepas makan baru plan nak ke i-City. Kalau tak, boleh ambik gambar bokeh yang cantik-cantik berlatarbelakangkan cahaya pokok-pokok ni. Itu pentingnya rancang dulu sebelum keluar jalan-jalan. Mujurlah bawak cik IXUS sebagai backup.

Taman i-City Kuala Terengganu

Esoknya pulak kami ke Muzium Negeri Terengganu, muzium terbesar di Asia Tenggara. Tertunai jugak hajat saya nak tengok sendiri Batu Bersurat. Pada permukaan Batu Bersurat tu ada ukiran tulisan jawi yang agak susah nak dibaca. Tapi terjemahannya ada ditulis kat bawah kotak kaca tu. Gambar takde sebab kamera tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam muzium.

Sedikit sejarah tentang Batu Bersurat yang saya baca kat Muzium Negeri Terengganu, Batu Bersurat ni adalah tanda bukti kedatangan awal Islam ke Terengganu sebelum tahun 1326 atau 1386. Batu Bersurat ini ditemui semula oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari pada 1899 di bawah tangga. Apabila Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari menyedari terdapatnya tulisan jawi pada batu tersebut, beliau membawanya menghadap KDYMM Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu Bersurat tersebut diletakkan di atas Bukit Puteri.

Batu Bersurat ni dipinjamkan ke Singapura, kemudian ke Kuala Lumpur sehinggalah pada tahun 1991 Batu Bersurat dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Isi kandungan 4 muka Batu Bersurat ni boleh baca kat sini. Persoalan sekarang, kat mana letaknya sebahagian lagi Batu Bersurat ni?

Dekat-dekat tengahari, kami bertolak balik ke Kelantan. Panas sangat masa tu, takut 'Iffah demam pulak kalau lama-lama berjalan sekitar Muzium Negeri Terengganu. Dalam perjalanan saya terlintas nak ke Tasik Kenyir tapi disebabkan dah petang, niat ke Tasik Kenyir terpaksa saya tunda ke hari yang lain. Sepatutnya kalau betul-betul nak bercuti kena terus bermalam kat Tasik Kenyir baru best. Lagipun kebanyakan tempat menarik kat Terengganu ni adalah pulau dan gua. Cuma buat masa sekarang saya tak berani nak bawak 'Iffah yang baru nak cecah 2 tahun ni untuk bermalam kat pulau. Nanti dah besar sikit bolehlah.

Keropok Lekor Tok Bali

Dah menjadi kewajipan kami bila balik dari Terengganu mesti kena beli keropok lekor. Biasanya kami beli kat Kampung Losong, KT, tapi entah kenapa sekarang ni rasanya dah tak berapa sedap. Dulu-dulu memang sedap. Kalau makan tu rasa nak lagi. Sebut je Kampung Losong mesti orang kenal.

Oleh kerana tak beli kat Kampung Losong, kami beli keropok lekor kat Tok Bali. Kat sini pun popular dengan keropok lekor yang sedap-sedap. Biasanya saya beli kat kedai Keropok Lekor Mak Dho ni. Baru pasang signboard kot, sebelum ni rasanya takde hehe.

InsyaAllah ada peluang dan masa nanti nak pergi Tasik Kenyir pulak. Dulu pergi masa lawatan ilmiah subjek Elektrik, masuk dalam stesen jana kuasa hidroelectric. Kebetulan masa tu banjir sampaikan terjadinya kejadian air limpah kat empangan. Itu yang pertama kali dalam 10 tahun kebelakangan. Lama dah, tak silap saya masa tu tahun 2005 atau 2006.

Oh ye, kat Tasik Kenyir pernah satu ketika popular dengan cerita misteri iaitu Sulur Bidar. Korang pernah dengar pasal Sulur Bidar? Nanti dalam entri akan datang saya akan cerita pasal Sulur Bidar ni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads