Rabu, 26 September 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Presiden Pas perlu ditumbangkan <b>di Marang</b>

Posted: 23 Sep 2012 10:52 PM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman

Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang selaku ketua pembangkang di parlimen perlu ditumbangkan terlebih dahulu sebelum `mencantas' pengikut-pengikut bawahan beliau.

Senator Dato' Abdul Rahman Bakar, berkata apabila kepala `hancur', pasti ekor hilang arah dan tidak boleh berjalan dengan betul.

 "Ketua seperti Abdul Hadi perlu ditewaskan memandangkan dia Presiden Pas. Kalau Abdul Hadi kalah bererti kepala macam sudah hancur. Tiada kepala, tidak boleh berjalan . Kita bukan kerat ekor (dahulu), bukan kerat badan, cantas kepala terus.

 "Jadi, di Marang merupakan satu tempat, satu Parlimen yang amat penting menjadi penghulu segala Parlimen di Malaysia kerana ketua Pas ada di sini (Marang)," katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.


Dato' Abdul Rahman yang pernah digelar `giant killer' berkata, calon BN perlu mengalahkan Abdul Hadi demi menyelamatkan bukan sahaja Parlimen dan negeri, bahkan negara daripada jatuh ke tangan pemimpin yang berpengaruh dalam Pakatan Rakyat itu.

 Katanya, apabila di peringkat negara tiada presiden (Pas), secara automatik dalam Dewan Rakyat juga tiada lagi suara pembangkang. Bagaimanapun, calon BN yang boleh menumpaskan pemimpin pembangkang yang berpengaruh itu perlulah memiliki kredibiliti dan pemilihannya dapat memberi impak positif kepada pengundi.

 "Dengan tumbangnya Abdul Hadi, membolehkan tiga lokaliti utama, Marang, Terengganu dan juga Malaysia dapat diselamatkan.

 "Jadi, kita harap pihak-pihak berkenaan betul-betul fokus di Marang. Saya kira kalau BN Marang boleh menang, boleh menaikkan lagi moral dan imej BN di Terengganum malah akan menghakiskan pengaruh Pas di negara ini," katanya.

 Beliau juga menganggap kemenangan calon BN menumbangkan Abdul Hadi tidak sama dengan kemenangan BN di 10 kerusi Parlimen lain.

Katanya, kemenangan BN di Parlimen Marang sesuatu yang sangat penting dan istimewa berikutan menjadi kubu utama Pas di negara ini.

 "Jadi, kena pilih calon yang betul-betul layak, yang betul-betul ada rekod, yang betul-betul rakyat terima, yang betul-betul boleh menang. Pilihan calon jangan ikut emosi, jangan ikut suka tidak suka, jangan ikut individu, tapi ikut suara rakyat. Kena pilih hati-hati. Perlu menanyakan semua orang Marang. Buat bancian perlu melibatkan ramai pengundi, mungkin 5,000- 6,000 orang dan jangan hanya merujuk kepada sepuluh orang sahaja (contohnya) sebelum membuat kesimpulan," katanya.

 Dalam pada itu, beliau berpendapat Parlimen Marang perlu diberi peluang sekurang-kurangnya kepada dua muka baru, selain selebihnya mengekalkan pemimpin lama.

 

2 Sepupu Maut Disambar Petir <b>Di Marang</b> | MyNewsHub

Posted: 15 Aug 2012 07:11 PM PDT

MARANG – Dua sepupu maut disambar petir di Kampung Pengkalan Berangan, di sini, Rabu.

Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, mati di tempat kejadian.

Kedua-dua murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan itu dikatakan disambar petir ketika mereka mengikut bapa Ahmad Salihin ke ladang ternakan di Kampung Felda Cadur, kira-kira lima kilometer dari rumah mereka untuk menangkap lembu dan kerbau.

Menurut ibu Ahmad Salihin, Noor Hayati Mohd Noor, 37, suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 1 tengah hari diikuti anak dan anak saudaranya yang baru pulang dari sekolah.

Noor Hayati berkata anaknya dan Mohd Azhar memang rapat dan sentiasa mengikut suaminya Tan Ibrahim Tan Senik, 51, ke ladang untuk menangkap haiwan ternakan itu.

"Semasa mereka keluar rumah cuaca agak baik tapi selepas itu hujan turun dengan lebat beserta ribut dan kilat," katanya.Sementara itu ibu Tuan Mohd Azhar, Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38, berkata anak keempat dari tujuh beradik itu agak manja kebelakangan ini dan rajin berbanding sebelum ini.

"Walaupun sedih namun saya reda dengan pemergian dua sepupu ini di saat beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya," katanya yang terkilan kerana anaknya tidak sempat memakai baju Melayu yang dipilihnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat kedua-dua sepupu itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Remaja Lelaki Maut Dipanah Petir

Pelajar KUIM Maut Dipanah Petir

Seorang Pelajar Maut Dipanah Petir

Dua Warga Bangladesh Maut Dipanah Petir

17 Cedera Disambar Kilat Di Kanada

13 Maut Dipanah Petir Selepas Tarawih

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads