13 di marang - Google Blog Search |
Dua Sepupu Maut Disambar Petir <b>Di Marang</b> - Syarak Mengata <b>...</b> Posted: 16 Aug 2012 12:44 AM PDT Khamis Ogos 16, 2012 MARANG: Dua sepupu maut disambar petir di Kampung Pengkalan Berangan, di sini, Rabu. Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, mati di tempat kejadian. Kedua-dua murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan itu dikatakan disambar petir ketika mereka mengikut bapa Ahmad Salihin ke ladang ternakan di Kampung Felda Cadur, kira-kira lima kilometer dari rumah mereka untuk menangkap lembu dan kerbau. Menurut ibu Ahmad Salihin, Noor Hayati Mohd Noor, 37, suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 1 tengah hari diikuti anak dan anak saudaranya yang baru pulang dari sekolah. Noor Hayati berkata anaknya dan Mohd Azhar memang rapat dan sentiasa mengikut suaminya Tan Ibrahim Tan Senik, 51, ke ladang untuk menangkap haiwan ternakan itu. "Semasa mereka keluar rumah cuaca agak baik tapi selepas itu hujan turun dengan lebat beserta ribut dan kilat," katanya.Sementara itu ibu Tuan Mohd Azhar, Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38, berkata anak keempat dari tujuh beradik itu agak manja kebelakangan ini dan rajin berbanding sebelum ini. "Walaupun sedih namun saya reda dengan pemergian dua sepupu ini di saat beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya," katanya yang terkilan kerana anaknya tidak sempat memakai baju Melayu yang dipilihnya sendiri. Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Mayat kedua-dua sepupu itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. -BERNAMA MARANG: "Saya sempat melihat cahaya merah memanah ke pokok tempat anak dan anak saudara berteduh sebelum nampak mereka berdua tercampak," kata Tuan Ibrahim Tuan Senik, 51, bapa kepada Tuan Ahmad Sholihin, 8, yang terbunuh bersama sepupunya, Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, akibat dipanah petir di Felda Chador, Marang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Tuan Ahmad Sholihin meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Azhar mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan, akibat melecur teruk di badan dan kepala. Sebelum kejadian itu, dua kanak-kanak itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan pergi ke hutan berkenaan bersama Tuan Ibrahim serta dua lagi rakannya yang mengambil upah menangkap kerbau dengan sebuah van kira-kira jam 2.30 petang. Setiba di tempat kejadian, Tuan Ahmad Sholihin dan sepupunya, Mohd Azhar berteduh di pokok kelapa sawit kerana hujan renyai dan mereka melihat Tuan Ibrahim bersama rakannya menangkap kerbau dari jauh apabila petir menyambar pokok kelapa sawit itu. Menurut Tuan Ibrahim, dia yang berada kira-kira enam meter dari tempat anak dan anak saudaranya berteduh, bergegas untuk melihat keadaan mereka. "Kami dapati Tuan Ahmad Sholihin sudah tidak bernyawa. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya melihat tubuhnya yang melecur teruk selain kesan terbakar pada bajunya. "Saya melihat Mohd Azhar terbaring tidak jauh dari pokok kelapa sawit yang dipanah petir itu. Saya ingatkan dia tidak cedera dan terkejut apabila mendapati dia lemah dan melecur teruk. "Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya dan dua rakan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan untuk mendapatkan bantuan," katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)) di sini, semalam. Tuan Ahmad Sholihin Tuan Ibrahim, 8, and Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, were with Ahmad's father, Tuan Ibrahim Tuan Senik, to search for one of the buffaloes to be slaughtered for Hari Raya Aidilfitri They abandoned the search midway when it rained at 3.30pm and rushed for shelter at a makeshift hut nearby. However, a lightning bolt struck a tree as the boys were passing by, killing them instantly. "We were already nearing the hut when the lightning struck." Tuan Ibrahim, 51, who was slightly injured, said he saw a bright red flash and the boys were flung three metres away. |
Tawaran 'Hebat' UMNO Untuk Kalahkan Haji Hadi <b>di Marang</b> <b>...</b> Posted: 02 Jul 2012 12:00 AM PDT Mat Said, MB Terengganu membuat tawaran hebat kepada orang Marang sekiranya Haji Hadi kalah di Marang dalam PRU akan datang. Sebuah litar motorcross akan dibina dan Mat Said akan menyokong cadangan untuk membangunkan kawasan berbukit bukau di Gong Cempedak di sini, menjadi sebuah litar tetap kejohanan lumba motor lasak pada masa akan datang. Ditambah lagi penyedap cerita "akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan". Perkataan 'akan' begitu popular menjelang pilihanraya. Semua pihak akan menggunakan 'akan' sebagai modal dan akan menjadi atau tidak belum tentu!! Sebelum ini tawaran 'hebat' datang dari Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad yang akan membina kem tentera di Marang, yang akan menempatkan 5,000 anggota tentera. Kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 800 hektar di Kampung Tebuang Jenang bagi pembinaan kem berkenaan. Cara untuk menambah undi pos di Marang!! Tawaran masjid juga modal pilihanraya. Yahya berkata kerajaan negeri juga telah meluluskan pembinaan sebuah masjid baru berharga RM5 juta yang dapat menampung lebih 1,000 jemaah tahun ini di kampung Pengkalan Berangan, juga di Marang. Institut Latihan Perindustrian (ILP) juga terdapat di Marang. Nampaknya UMNO begitu bersungguh-sungguh mengumpan modal untuk mendapatkan semula Marang dari Haji Hadi Awang. Tentu Haji Hadi bersedia dengan tawarannya juga untuk PAS kembali memerintah Terengganu. Baca Juga:KULI Akan Dipencenkan Najib & UMNO Gua Musang Dua Anak Tun Mahathir Kroni Lynas Nik Aziz Ucap 'Tahniah', Modal Baru UMNO!! Sekolah Larang Pelajar Bawa Netbook Betul!!! Jadual Gred Gaji Terkini Perkhidmatan Pendidikan Sesat Berhujah Guna Al Quran dan Hadis, Pulak!! Gambar Kaki Pukul Ibrahim Ali Diedar Jamal, Amy Search Marah Lim Kit Siang Duit Baru Tiru Duit Cina Mati? Baca Juga Ek!!! |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan