Jumaat, 14 September 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


2 Sepupu Maut Disambar Petir <b>Di Marang</b> | MyNewsHub

Posted: 15 Aug 2012 07:11 PM PDT

MARANG – Dua sepupu maut disambar petir di Kampung Pengkalan Berangan, di sini, Rabu.

Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, mati di tempat kejadian.

Kedua-dua murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan itu dikatakan disambar petir ketika mereka mengikut bapa Ahmad Salihin ke ladang ternakan di Kampung Felda Cadur, kira-kira lima kilometer dari rumah mereka untuk menangkap lembu dan kerbau.

Menurut ibu Ahmad Salihin, Noor Hayati Mohd Noor, 37, suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 1 tengah hari diikuti anak dan anak saudaranya yang baru pulang dari sekolah.

Noor Hayati berkata anaknya dan Mohd Azhar memang rapat dan sentiasa mengikut suaminya Tan Ibrahim Tan Senik, 51, ke ladang untuk menangkap haiwan ternakan itu.

"Semasa mereka keluar rumah cuaca agak baik tapi selepas itu hujan turun dengan lebat beserta ribut dan kilat," katanya.Sementara itu ibu Tuan Mohd Azhar, Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38, berkata anak keempat dari tujuh beradik itu agak manja kebelakangan ini dan rajin berbanding sebelum ini.

"Walaupun sedih namun saya reda dengan pemergian dua sepupu ini di saat beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya," katanya yang terkilan kerana anaknya tidak sempat memakai baju Melayu yang dipilihnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat kedua-dua sepupu itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Remaja Lelaki Maut Dipanah Petir

Pelajar KUIM Maut Dipanah Petir

Seorang Pelajar Maut Dipanah Petir

Dua Warga Bangladesh Maut Dipanah Petir

17 Cedera Disambar Kilat Di Kanada

13 Maut Dipanah Petir Selepas Tarawih

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Biaqpila™: Peniaga mati ditembak di depan kedai <b>di Marang</b>

Posted: 27 Aug 2012 03:00 PM PDT

MARANG: Seorang peniaga yang leka bermain dam, mati ditembak dalam satu kejadian di Kampung Bukit Cempedak di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian berlaku pada 11.30 malam ketika mangsa, Mat Keya Jusoh, 54, bermain dam dengan seorang rakan yang berusia 51 tahun di depan rumah kedai miliknya.
"Ketika itu, datang sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga lelaki yang mencari lelaki bernama 'Pok Mat' dan kemudian berpura-pura meminta untuk diberikan minuman.

"Bagaimanapun, salah seorang suspek telah melepaskan dua das tembakan dari dalam kereta yang jaraknya kira-kira lima meter sehingga mangsa rebah dan ketiga-tiga suspek terus melarikan diri," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata tembakan itu mengenai rusuk belakang sebelah kanan dan rusuk depan sebelah kiri mangsa, yang dikejarkan ke Hospital Daerah Hulu Terengganu untuk menerima rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Manoharan berkata motif sebenar kejadian masih disiasat dan gerakan memburu suspek yang berumur lingkungan 25 dan 30 tahun itu sedang giat dilakukan.

Beliau meminta orang ramai yang mempuyai maklumat berhubung kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Sementara itu, isteri mangsa, Sepiah Mamat, 53, berkata ketika kejadian, beliau berada di dapur dan sedang menyiapkan kuih untuk jualan.

Sepiah berkata selepas terdengar dua das tembakan yang disangkakan bunyi mercun, beliau mendengar teriakan rakan mangsa yang mengatakan suaminya ditembak.

"Saya, anak dan beberapa orang yang berada di dalam kedai terus meluru keluar dan melihat dia terbaring dan bergegas menghantarnya ke hospital," katanya. - Bernama

HM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

myMetroPeniaga mati ditembak di depan kedai <b>di Marang</b>

Posted: 27 Aug 2012 03:20 AM PDT

thumbnail

MELANGKAH era baru penuh cabaran, sektor pendidikan negara juga bergerak seiring bagi menjadikannya lebih proaktif, dinamik, profesional serta menepati standard global.

»

LAGI . BESTARI
  • Dua dalam satu

    ALAM kehidupan pelajar pasti menyeronokkan. Itulah dirasai pelajar Seni Rekaan Fesyen, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC), Kuraisa Banu mengenai kehidupannya di kampus.

  • Sasband kumpul dana

    BERTUJUAN memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasi kemahiran muzik dalam pelbagai bentuk persembahan, satu konsert khas dipersembahkan pasukan Pancaragam SMK Sultanah Asma (SMKSA) (Sasband), baru-baru ini. Konsert bertemakan 'Down the memory lane' itu menarik minat penonton dengan persembahan lagu-lagu klasik pada era 70-an, 80-an, 90-an serta himpunan lagu baru oleh 88 ahli pasukan.

  • Tiga pelajar raih Grand Award

    TIGA pelajar SMK Tanjung Datuk, Pengerang, Johor, iaitu Goh Zheng Yuen,16, Noor Faridah Ali,17, dan Farhan Yahya,16, mencipta kejayaan gemilang apabila mendapat tempat kedua dan membawa pulang anugerah Grand Award dalam Pertandingan Pereka Cipta Muda Peringkat Antarabangsa 2012, baru-baru ini.

thumbnail

LOGO Singa tertera pada model Peugeot memang unik kerana ia mempamerkan kegagahan dan kekuasaan ...

»

LAGI . VROOM
  • Kompak ada tarikan

    INDUSTRI automotif kini berlumba-lumba dalam menghasilkan kenderaan kompak selepas kereta kategori itu mendapat sambutan positif kerana ia dipenuhi karektor pemanduan yang praktikal.

  • Dua model watak baru

    WATAK baru dua model motosikal keluaran Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd (Suzuki) memberi gambaran positif mengenai imejnya yang semakin bergaya.

  • Kembali ke era perang

    PERTAMA kali melihatnya, ramai peminat motosikal berkuasa tinggi 'menggaru kepala' kerana langsung tidak menyangka jentera itu jenama tersohor di pasaran dunia sejak 121 tahun lalu.

thumbnail

E-SUKAN atau nama Sukan Elektronik yang dimainkan secara besar-besaran dengan pelbagai segmen ...

»

LAGI . it@METRO
  • Produk Baru: Galaxy Note baru lebih besar

    SAMSUNG memperhebatkan jenama telefon pintarnya dengan memperbaharui Galaxy Note menerusi versi kedua yang bakal diperkenalkan pada suku keempat tahun ini.

  • Produk Baru: Nokia cantik dengan 920

    NOKIA melancarkan gajet panas dengan model terbaru Lumia 920 yang kembali kepada kekuatan mereka iaitu fungsi kamera dengan teknologi PureView dipasang bersama Penstabilan Imej Optikal dan lensa Carl Zeiss.

  • Produk Baru: Kuasa fon telinga

    JENAMA Razer, yang terkemuka di dunia untuk aksessori muzik melancarkan model baru iaitu fon telinga Electra direka untuk menyampaikan kedalaman bunyi bass kuat dan muzik secara langsung dengan lebih jelas.

thumbnail

PEMANDANGAN mempesona di ladang lembu New Zealand memang terkenal di seluruh dunia apatah lagi ...

»

LAGI . SANTAI
  • Cuti belajar bahasa

    BERCUTI sambil belajar bahasa asing cukup menguntungkan, bak kata pepatah 'menyelam sambil minum air'.

  • Jamu selera dilatari KLCC

    SENYUMAN manis yang terukir ketika kaki melangkah ke ruangan lobi cukup menyenangkan hati.

  • Enam pakej cuti berbasikal di Raub

    MENGAYUH basikal sambil menghirup udara segar sesuatu yang mengujakan apatah lagi laluan menarik, menjadikan aktiviti berbasikal bukan sekadar mengayuh tetapi satu percutian.

thumbnail

SUKAR untuk menerima golongan yang sanggup membelakangkan agama serta menolak norma kehidupan waras ...

»

LAGI . AD-DIN
  • Kejayaan tak datang bergolek

    MUSIM peperiksaan datang lagi, bermula dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), anda kini semakin berdebar, begitu juga dengan ibu bapa.

  • Jihad rakyat Palestin

    HAMPIR setiap hari, rejim Zionis membunuh, memusnahkan tempat tinggal serta melakukan pelbagai kerosakan lain di bumi Palestin.

  • Ulasan Buku: Panduan atasi kenakalan remaja

    "HAI orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu". (surahal-Tahrim: 6)

thumbnail

DALAM melewati penghujung Syawal tentunya kemeriahan sambutan rumah terbuka Aidilfitri masih ...

»

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads