13 di kuala terengganu - Google Blog Search |
Riadah <b>di</b> Pantai Batu Buruk, <b>Kuala Terengganu</b> - Sop Nama Saya <b>...</b> Posted: 31 Aug 2012 05:30 PM PDT Selamat sejahtera kepada semua rakan. Entry masih bercerita tentang Aidilfitri 2012 di Kuala Terengganu. Harap tidak jemu membacanya kerana agak lewat untuk dibuat entry. Masa di kampung, Sop sangat sibuk dengan persiapan kenduri dan tidak sempat untuk menulis. Siapa suka ke Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu? Sejak zaman sekolah lagi Pantai Batu Buruk menjadi tempat bersantai Sop. Biasa melepak di situ malam minggu dan juga hari minggu. Jika ada pesta pantai, lagi kerap singgah ke Pantai Batu Buruk. Apa yang best melepak di Pantai Batu Buruk? Itu dulu, tetapi sekarang datang dengan keluarga. Anak-anak seronok bermain pasir dan layang-layang. Bukan senang hendak main pasir tau? Tak percaya, tanya Azfar dan Azwar [hehehehe] Sekarang ini, Pantai Batu Buruk telah lebih maju kerana banyak aktiviti yang disediakan untuk menarik pelancong dan pengunjung seperti aktiviti berkuda, tapak permainan, astaka untuk persembahan, gerai makanan, pasar malam dan sebagainya. Sungguh meriah Pantai Batu Buruk sekarang ini. Paling kurang best ialah pantai Batu Buruk tidak boleh mandi-manda kerana pantainya tidak sesuai. Bukan kotor atau tercemar tetapi arus deras pantai serta muka pantai yang cerun. Ramai yang lemas apabila bermandi manda di Pantai Batu Buruk sejak dulu lagi. Oleh kerana itu, Pantai Batu Buruk dilarang mandi-manda. Jika pantai Batu Buruk boleh mandi manda, pasti lebih meriah dan lebih ramai pengunjung! Bagi yang melawat Kuala Terengganu, pastikan singgah ke Pantai Batu Buruk. Galeri gambar: Description: Riadah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Riadah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu |
You are subscribed to email updates from di kuala terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan