Sabtu, 15 September 2012

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Nota Tercicir...: Anak Jerung Paus (Whale Shark) <b>di Dungun</b>

Posted: 26 Aug 2012 10:26 PM PDT


Seminggu sebelum raya anak saudara aku Ezri Firdaus mengajak aku berbuka puasa di rumah Pak Saudaranya (bukan rumah ayahnya) untuk perkenakan Nasi Berayani Gam. Di Dungun jarang aku makan nasi berayani yang benar-benar ori.

Terkenang nasi berayani masakan ayah aku. Memang dia pakar masak berayani gam. Rempahnya digiling sendiri dan semasa memasak sebahagian bara api diletakkan atas tudung periuk untuk dapatkan masakan mantap atas dan bawah.

Gandum yang diletakkan keliling tudung periuk adalah 'tanda aras' untuk menentukan daging dan nasi di dalam periuk masak sepenuhnya.

Semasa makan abang aku ada beritahu, nelayan Dungun tertangkap Jerung Paus hampir 600kg. Jerung Paus itu dah mati, jika hidup dia orang nak lepas semula. Oleh kerana mati abang aku bayar RM1200.00 dan menarik dengan Hilux daripada Jati ke Pasar Dungun melalui jalan rasa tanpa alas. Teruk juga Hilux itu nak menarik Jerung Paus ini.
Ikan ini dibeli oleh seorang Cina untuk diberikan kepada rumah orang tua (kaum Tiong Hua) di Kuala Lumpur.
Dulu tahun 2010 heboh di Mukah Sarawak pasal ikan keli gergasi. Tapi sebenarnya adalah ikan Jerung Paus yang mungkin tersesat masuk ke sungai Rejang dan menjadi 'mabuk' akibat pertukaran air masin dan tawar akhirnya tersandai di Jeti Mukah. Perairan Sabah dan Sarawak adalah tempat laluan Jerung Paus ini.

Ikan itu yang beratnya 2 tan dan telah dijual dengan harga RM6 sekilo di Pekan Mukah dan sebahagian yang saksi peritiwa ini telah diberikan sekilo seorang oleh Tokey ikan di Mukah tersebut.

Jerung Paus (whale shark) ini juga pernah tersangkut dipukat nelayan pantai Kota Kuala Muda, Seberang Perai pada Jun 2009.
Februari 2012 seekor Jerung Paus panjang 40 kaki telah ditangkap oleh nelayan Pakistan. Ini adalah antara yang terbesar ditangkap. Sebelum ini rekod paling panjang adalah 41 kaki.
Jerung Paus adalah spesis yang menyedup makanan melalui mulut dan pernah ditangkap gambar ketika mengambil makanan pukat.

Di Filipina lain pula, jerung paus ini dijadikan kawan untuk bermain. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads