Rabu, 8 Ogos 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Blog Anak Jati Negeri Perak: KAMPAR DAERAH BONGSU PERAK

Posted: 02 Aug 2012 05:32 AM PDT

Lama sungguh tak gunakan ayat diatas bagi setiap entry-entry DM.Apa khabar semua? anda sihat? Ramadhan anda bagaimana? Harap semua baik-baik belaka.
Kali ini DM ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai Daerah Bongsu Perak,iaitu DAERAH KAMPAR.
DM baru sahaja dilantik menjadi Pembantu Kesihatan Awam yang bergred U17 .Alhamdulillah DM kini telah mula bertugas di Negeri DM sendiri.Biasalah anak jati Perak Senantiasa Bersama PERAK DARUL RIDZUAN.Kini DM bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kampar .Pejabat ini terletak di Klinik Kesihatan Kampar yang terletak di sebelah jalan untuk ke Mambang Di Awan ataupun Teluk Intan.Sudah dua hari DM berulang dari Ulu Kuang ke Kampar sejauh 60km..Memang penat rasanya.Namun Jiwa remaja tetap menganggap bahawa 60km hanyalah dekat sahaja. 
Menurut Wikipedia Tentang Daerah Bongsu Perak ini :
Kampar terletak di negeri PerakMalaysia kira-kira 40 km dari bandaraya Ipoh dan 16 km dari pekan Tapah.
Nama pekan Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di SumateraIndonesia. Ini diakui oleh para sejarawan Malaysia bahawa nama pekan ini diambil sempena nama Kampar, Indonesia. Wujudnya kaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.
Kedatangan orang Kampar (Indonesia) yang paling ramai sekali ke sini ialah pada tahun 1880-1900. Mereka datang melalui beberapa batang sungai utama seperti Sungai Kuala DipangSungai KamparSungai Kinta dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan jong iaitu sebuah sampan besar yang diperbuat daripada kayu keras dan diukir menyerupai itik. Tempat persinggahan mereka adalah di tebing-tebing sungai. Maka, wujudlah beberapa buah Kampung Jeram di tebing Sungai Keboi.
Selain itu, ada juga yang masuk melalui Teluk Intan dan mudik ke Sungai Perak hingga ke Kuala Kampar di mana Kuala Kampar inilah wujudnya pekan Malim Nawar yang masih ada hingga kini. Mereka datang adalah untuk berniaga. Dari Kuala Kampar mereka singgah ke beberapa buah kampung untuk menjual barang-barang mereka kepada penduduk tempatan.
Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan hingga ke Kuala Keboi. Perniagaan mereka di sini bertambah maju kerana terdapat kerabat diRaja dan Sultan tinggal di Kuala Keboi. Di daerah inilah juga lahirnya Sultan Alang Iskandar dan Panglima Megat Terawis(salah seorang tokoh Negeri Perak).
Setelah habis barang-barang perniagaan mereka dijual di tempat tersebut, mereka pun meneruskan perjalanan ke Batang Tonggangdengan berjalan kaki. Di sini jugalah bermulanya bandar Kampar yang ada hingga kini. Di Batang Tonggang (sekarang Kampar) inilah orang-orang Kampar itu (dari Indonesia) mendirikan kedai sederet atap.
Penduduk dari kampung berhampiran dengan Batang Tonggang seperti Kampung Sultan (sekarang Jalan Baru) membawa hasil-hasil pertanian mereka ke Batang Tonggang untuk dijual kepada orang Kampar (Indonesia) ini.
Tahun demi tahun, kedai sederet atap orang Kampar ini bertambah maju. Setelah perniagaan mereka maju, akhirnya mereka membuat keputusan untuk menetap di sini kerana jarak antara Kampar (Perak) dengan Kampar (Indonesia) adalah jauh. Ini menyukarkan mereka untuk berulang-alik. Selain itu, terdapat bencana di lautan seperti ombak yang besar dan lanun-lanun yang pada masa itu bermaharajalela. Ada sesetengah orang Kampar ini berkahwin dengan penduduk tempatan dan terus bermastautin di sini.
Pada peringkat awal, aktiviti perlombongan di Kampar dijalankan secara mengorek lubang-lubang kecil untuk mendapatkan tanah yang mengandungi bijih dan mendulangnya di tebing-tebing Sungai Keranji dan Sungai Kampar serta di kawasan-kawasan rendah yang mengandungi takungan air. Kegiatan tradisional ini kebanyakannya dilakukan oleh orang-orang Cina dan Eropah. Bagi menambahkan kepesatan kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah, kaum Cina dan Eropah ini telah memperkenalkan kaedah perlombongan moden dengan menggunakan pam palong dan Kapal korek. Kedua-dua cara perlombongan ini telah mengeluarkan hasil bijih timah dalam jumlah yang berlipat ganda banyaknya serta dapat menyumbangkan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk Kampar dan kawasan-kawasan sekitarnya. Keadaan ini berterusan sehinggalah menjelangnya kemerosotan pasaran timah pada awal tahun 1983.
Penempatan awal Kampar dan kepesatan industri perlombongan mendorong kedatangan orang-orang dari luar terutamanya orang-orang Cina dari Tanah Besar China, terdapat juga orang-orang Cina yang datang ke Kampar ialah mereka yang telah bermastautin di Pulau Pinang dan Taiping untuk memulakan hidup baru di Kampar sebagai pekerja lombong, peniaga dan sebagainya.
Hari ini Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Gopeng dan Kampar serta menjadi pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitarnya. Berbagai-bagai kemudahan dan infrastruktur telah disalurkan oleh pihak kerajaan untuk penduduk Kampar seperti hospital, sekolah, bekalan air, elektrik dan sebagainya.
Jumlah penduduk Kampar sekarang dan kawasan sekitarnya di bawah MDKS berjumlah kira-kira 98,534 (setakat 1993) penduduknya terdiri dari orang Cina, Melayu, India dan sebagainya. Kepesatan pembangunan Kampar setaraf dengan bandar-bandar lain di negeri Perak malah pada satu ketika dahulu Kampar adalah Bandar yang keempat besarnya di Perak selepas Ipoh, Taiping dan Teluk Intan. Ini membuktikan bijih timah menjadi sumber yang memainkan peranan penting menentukan kepesatan Kampar seperti juga Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan Taiping.

[sunting]Kampar era perlombongan

Dalam tahun 1880-an, suatu migrasi besar-besaran pelombong-pelombong Cina dari Pulau Pinang telah datang ke Kampar berikutan pembukaan lombong bijih timah di daerah Larut dan Matang di Utara Perak di Lembah Kinta. Kegiatan perlombongan ini telah dimulakan di kaki bukit di sekitar Bandar IpohPapanJelapangLahat dan Batu Gajah. Namun pada masa itu, masih belum wujud lagi bandar yang dikenali sekarang sebagai Bandar Kampar.
Berdasarkan artikel Datuk Hashim bin Sam Abdul Latif (cucu Ngah Jabor, Pengasas Kampar) penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch sebagai Residen British di Perak kerana Ngah Jabor sebagai peneroka awal Kampar adalah salah seorang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, yang lain-lainnya termasuklah Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Putum dan sebagainya. Bagaimanapun, Ngah Jabor terlepas dari sebarang hukuman apabila Raja Idris (Dris) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak pada tahun 1887 menjadi hakim mengadili orang-orang yang terlibat dalam Pembunuhan Birch pada 1876.
Raja Idris dan Ngah Jabor mempunyai hubungan kekeluargaan sebagai saudara sesusu, kerana semasa kecil Raja Idris disusui oleh ibu Ngah Jabor dan menjadi amalan biasa bagi keluarga DiRaja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan.
Antara tahun 1876 sehingga 1886 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk betapa/menuntut ilmu bagi memperlengkapkan diri dan muncul kembali di kalangan umum dengan satu identiti yang baru sebagai Mohamad Jabor. Kemungkinan pada masa menyepikan diri beliau telah membuka penempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan pihak British.
Apabila daerah Kampar dibuka dengan rasmi untuk pajakan lombong pada 1894, Mohamad Jabor adalah salah seorang dari orang yang terawal memililki lombong-lombong tersebut dengan pajakan lombong yang bernombor ML 882 bertarikh 18hb November 1894, seluas 25 ekar dengan pekerja seramai 167 orang. Pada tahun yang sama juga beliau telah memiliki 2 pajakan lombong melibatkan keluasan 55 ekar dan 10 ekar, di mana keseluruhannya berjumlah 90 ekar. Daripada keluasan tanah tersebut Mohamad Jabor menjalankan kegiatan perlombongan sehingga ke tahun 1910.
Menurut kajian pakar sejarawan Encik Chye Kooi Loong pula, menyifatkan Imam Prang Jabor seorang pemimpin Melayu yang berkaliber dan dinamik bertanggungjawab membuka perkampungan Melayu di hilir Sungai Keranji berdekatan pasar lama Kampar pada tahun 1886. Perkampungan asal ini dikenali sebagai Mambang Diawan sempena nama Gunung Mambang Diawan yang tingginya 1,455 kaki yang bermakna ' Fairies among the Cloud'.
Suatu hasil kajian oleh jurutera perlombongan Perancis mendapati kawasan Lembah Kinta termasuk Kampar kaya dengan bijih timah dan ini menjadikan Kampar sebagai satu penempatan yang berfaedah untuk diterokai.
Imam Prang Jabor menggalakkan para pengikutnya melombong dengan cara mengorek lubang-lubang kecil di kaki-kaki bukit dan mendulangnya di tebing-tebing sungai. Di samping itu Imam Prang Jabor turut memberitahu pihak pentadbiran British iaitu J.B.M Leechsebagai Pegawai Daerah dan Majistret di Kinta akan potensi perlombongan timah di Kampar. Leech kagum dengan keterangan tersebut seterusnya mengajak Maxwell seorang kader M.C.S dan Bramforth seorang juruukur melawat ke tempat di mana aktiviti perlombongan itu dijalankan.
Seterusnya Leech memilih satu kawasan di tebing kanan Sungai Keranji untuk tapak lot kedai. Bermula dari sinilah usaha-usaha perlombongan telah giat dijalankan dengan kehadiran pelombong Cina dan Eropah. Leech berpendapat nama Mambang Diawan terlalu panjang untuk sebuah pekan yang sedang membangun lalu mengambil nama Sungai Kampar yang mengalir berhampiran untuk menggantikan nama asalnya menjadi Kampar. Masyarakat Cina tempatan yang kebanyakkan dari kalangan para pelombong, menamakan ia sebagai "kam Pou" datang dari bahasa Kantonis yang bermaksud "emas yang berharga".
Dari sumber-sumber Arkib Negara Malaysia membuktikan Kampar telah dibuka dengan rasminya pada 1886 berpandukan minit yang tercatat dalam fail KLO 523/1900 mengenai bayaran cukai tanah yang dikenakan ke atas pihak Sultan yang belum dijelaskan. Walaupun dari sumber-sumber Arkib tidak dijelaskan peneroka awalnya, namun semestinya dari kalangan pihak Istana ataupun orang-orang kenamaan yang ada kaitan dengan Istana, kita ketahui Ngah Jabor adalah seorang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak Istana terutama dengan Sultan Idris.
Dari Artikel Datuk Hashim dan Kajian Encik Chye Kooi Loong menjelaskan peneroka awal Kampar ialah adalah Imam Prang Jabor dan para pengikutnya di sekitar tahun-tahun 1886 dan 1887.
Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Arkib Negara Malaysia yang boleh dijadikan bukti-bukti penempatan awal Kampar adalah seperti berikut:
  • Berdasarkan minit dari fail KLO 523/1900 bertarikh 20 Julai 1900 bertajuk 'Sultan's Mining Land at Kampar, payment of arrears of rent on' dari Pemungut Hasil Tanah (CLR) menyatakan pada tahun 1891 telah lima tahun sejak 1886 cukai tanah seluas 160 ekar telah tidak dijelaskan sehingga kini (1900) telah 14 tahun cukai tersebut sebanyak $ 2,240.00 telah tidak dijelaskan.
  • Berdasarkan Galian Perak 1059-48, Book No 64, Mines Record Book of Mining Leases, tarikh awal pajakan lombong dikeluarkan adalah pada 17 Januari 1888, No Pajakannya adalah ML 4290 seluas 23 A. 3R.2P atas nama Eu Tong Seu yang terletak di Kanggor, Kampar. Bagaimanapun, lombong tersebut hanya beroperasi pada 1904 apabila seramai 5 orang pekerja diambil bekerja semasa catatan diambil pada 19 November 1904. Lombong tersebut beroperasi sehingga 27 Mac 1911 iaitu sehingga tamat tempoh pajakannya.
  • Bagi perbandaran (township) pertama kali disebut, berdasarkan fail KLO No 976/97 bertarikh 5 November 1897 mengenai permohonan Imam Perang Jabor mengenai pembinaan pentas dan pasar di Mambang Diawan.
Sebagai maklumat, individu yang memakai gelaran "Imam Prang Jabor" adalah individu yang sama dengan Ngah Jabor, berdasarkan sumber-sumber yang diberikan diatas, adalah amat dipercayai beliau adalah pengasas bandar Kampar, Perak sejak era perlombongan.
Sejarah yang agak lengkap mengenai Daerah Kampar.
Semoga DM dapat terus berkhidmat demi bangsa dan negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads