Khamis, 16 Ogos 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


WAN HAIRUL ANUAR kepada DR KHATA <b>JABOR</b>

Posted: 15 Aug 2012 03:29 PM PDT

With Greetings (Dengan ucapan): Pohon saga tangkainya berayun,
Bijinya indah merah menyala,
Menyala seri di tepi paya,
Kami sekeluarga memohon ampun,
Silap dan salah jangan dicela,
Moga berbahagia di Hari Raya.

Salam Aidilfitri,
Ikhlas dari kami sekeluarga:

Wan Hairul Anuar Kamaruddin
Sh. Rabi'atul Adawiyyah Sy Abd Azam
Wan Nur Humairah
Wan Uzair Faaris
Wan Umar Hariz

Reply WAN HAIRUL ANUAR

Sekadar Berkongsi: Panduan Dan Jalan Alternatif Menuju Ke <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2012 03:35 PM PDT

Trafik jam pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang paling perit untuk ditempuhi oleh pemandu di Kelantan. Kesesakan merangkumi pemanduan dari luar negeri menuju ke negeri Kelantan dan juga kesesakan yang terjadi di jalan antara bandar di Kelantan.
Ruangan kali ini, CutiKelantan akan memberi sedikit panduan serta jalan alternatif yang melibatkan perjalanan dari negeri-negeri di Utara, Barat serta Selatan menuju ke Kelantan.
Anda dinasihatkan mengikuti panduan di bawah sebelum memulakan perjalanan.
  1. Rancang perjalanan dengan baik yang merangkumi masa memulakan perjalanan dan persinggahan berhenti rehat.
  2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Eloklah sentiasa mengisi minyak petrol penuh bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.
  3. Bertolak seawal pagi, diantara jam 12 hingga 4 pagi, di mana waktu ini biasanya kenderaan tidak sebanyak waktu siang.
  4. Telefon ibu pejabat polis trafik negeri atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengetahui laluan yang ingin dilalui dan trafik semasa. Tip ini sangat berguna, kerana anda boleh mengelakkan kesesakan jika mengetahui status terkini trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah atau LLM. Senarai telefon adalah seperti yang tertera di bawah:
Senarai No. Telefon yang boleh dihubungi untuk maklumat trafik terkini
  1. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) -  1800887752
  2. IPD Bentong  09-2222222
  3. IPD Raub 09-3562003
  4. IPD Gua Musang 09-9125428
  5. IPD Kuala Krai 09-9660675
  6. IPD Jeli 09-9440204
  7. IPD Kota Bharu 09-7485522
  8. IPD Tanah Merah 09-9556222


DARI KUALA LUMPUR KE KELANTAN

Perjalanan dari barat semenanjung seperti dari Kuala Lumpur, Selangor dan Perak yang menuju ke Gua Musang selalunya sesak teruk di Karak, Bentong dan Raub. Perjalanan yang biasanya 8 jam balik Kota Bharu, boleh menjadi 16 jam dan begitulah sebaliknya. Laluan ini adalah paling dekat, tetapi paling kritikal. Mereka yang ingin menuju ke Gua Musang dan Kuala Krai sesuai menggunakan laluan ini.

A) Dari KL ke Gua Musang melalui Highway Karak, Bentong, Raub, K.Lipis, Gua Musang.

Laluan utama – Laluan utama dengan melalui Karak, bandar Bentong, bandar Raub terus ke G.Musang, jarak lebih kurang 456KM dari KL sampai ke Kota Bharu. Jika memilih laluan ini, kadar kesesakan sememangnya sangat tinggi terutamanya pada waktu puncak. Dinasihatkan hubungi LLM atau IPD negeri untuk mengetahui status trafik semasa sebelum memulakan perjalanan.
Alternatif bypass bandar Bentong

Laluan alternatif ini boleh bypass bandar Bentong. Selepas tol Bentong, jangan terus exit Bentong Barat, sebaliknya boleh teruskan perjalanan sehingga melihat papan tanda "Sertik", "Kg. Cinta Manis" atau "Mempaga". Ambil susur keluar ke kiri. Susur ini adalah sebelum masuk LPT. Selepas masuk susur ini, teruskan perjalanan melalui Felda Mempaga, Kampung Lebu sehingga sampai ke simpang keluar ke jalan utama Bentong-Raub.
 
Alternatif bypass bandar Bentong dan bandar Raub

Anda juga boleh bypass bandar Raub jika mengambil laluan alternatif di atas, iaitu ambil simpang ke kanan selepas melepasi Felda Mempaga. Ada papan tanda jalan alternatif ke Gua Musang. Jalan ini merentasi Felda Krau, Felda Lembah Klau dan Ulu Gali. Teruskan perjalanan dengan mengikuti papan tanda yang disediakan sehingga sampai tiga Sekolah Sains Raub (SEMESTA) dan ambil laluan kanan untuk terus ke Lipis.
Alternatif dari Bandar Raub ke Sungai Koyan
Jika sudah memasuki bandar Raub, alternatif lain yang ada adalah melalui Sungai Koyan. Selepas melepasi Bandar Raub, pilih laluan kiri melalui Jalan Cheroh dan teruskan perjalanan sehingga sampai di simpang Sungai Koyan, ambil laluan kanan. Teruskan perjalanan sehingga sampai di simpang laluan utama di Padang Tengku. Jarak bandar Raub ke Sungai Koyan adalah lebih kurang 50km.
Laluan-laluan alternatif diatas hanya dicadangkan jika memandu waktu siang hari kecuali jika anda sudah biasa menggunakan laluan ini, atau memandu secara berkonvoi. Untuk mendapatkan gambaran lebih lengkap jalan alternatif lain dari Bentong dan Raub ke Gua Musang, klik di Sini.

 

B) Dari KL ke Gua Musang melalui Simpang Pulai, Cameron Highland, Lojing.

KL-Simpang Pulai-Lojing-GuaMusang-Kota Bharu = 536km
Laluan ini sesuai bagi mereka yang berada di sekitar Ipoh, dan juga ingin elak kesesakan waktu puncak di jalan utama Karak-Bentong-Raub. Bermula dengan melalui PLUS menuju ke Ipoh dan Simpang Pulai sehingga ke simpang tiga Kg Raja, Cameron Highlands. Jarak Simpang Pulai ke Kg Raja lebih kurang 57km. Sampai ke Kg Raja, boleh terus ke Gua Musang melalui Lojing.

Laluan ini juga agak tinggi kadar kesesakan terutamanya selepas perantau pulang bercuti dari Kelantan, iaitu dari Gua Musang menghala ke Kuala Lumpur. Ramai yang menggunakan laluan ini pada waktu tersebut. Kelebihan laluan ini, anda tidak perlu menempuh kesesakan di Karak. Tetapi, kadar kesesakan tetap ada di laluan PLUS. Selain jarak perjalanan agak panjang, bayaran tol juga lebih tinggi. Jika ingin menggunakan laluan ini, dinasihat menghubungi LLM terlebih dahulu untuk mengetahui status trafik terkini apabila memasuki lebuhraya PLUS.

C) Dari KL ke Kelantan melalui KARAK, LPT 1 dan LPT Fasa 2

KL-Karak-LPT 1-Bukit Besi-LPT 2-Jertih-K.Bharu = 575km
Laluan ini laluan pilihan yang paling ideal pada musim hari Raya. Di tambah lagi dengan siapnya lebuhraya LPT Fasa 2 dari Bukit Besi ke Kuala Terengganu, pemanduan menjadi lebih cepat. Boleh jimat 1-2 jam perjalanan. Laluan ini sesuai bagi mereka yang balik ke Pasir Putih, Machang atau Tanah Merah.

Dari KL, boleh terus melalui lebuhraya Karak, terus ke LPT ke Gambang sehingga sampai di roundabout selepas tol Jabor. Dari roundabout tersebut, ambil laluan ke Al Muktafi Billah Shah dan teruskan perjalanan menuju ke Bukit Besi hingga sampai di simpang tiga. Di simpang tiga Bukit Besi, belok kanan, jalan terus lebih kurang 1km, anda boleh masuk ke LPT Fasa 2 dari sebelah kiri. Tidak perlu risau kerana terdapat papan tanda LPT ke K.Terengganu/Kota Bharu.

Dari lebuhraya LPT tersebut, boleh teruskan perjalanan sehingga persimpangan K.Terengganu di Kg Gemuruh. Dan bolehlah teruskan perjalanan ke Jertih melalui jalan utama.

Untuk makluman, laluan LPT Fasa 2 dari persimpangan Ajil ke persimpangan Telemong dan persimpangan K.Terengganu di Kg Gemuruh baru sahaja dibuka, dimana pengguna tidak perlu lagi exit di persimpangan Ajil melalui bandar Kuala Berang hingga ke simpang Sungai Tong. Manakala lebuhraya LPT Fasa 2 dari Jabor ke Bukit Besi masih belum siap sepenuhnya.

Jika melalui laluan ini, perlu berhati-hati pada waktu malam di jalan dari Jabor ke  Bukit Besi kerana terdapat haiwan melintas. Jalan juga sering berlubang terutamanya selepas hujan.

DARI UTARA KE KELANTAN (Lebuhraya Timur Barat)

Dari Utara (Penang, Kedah, Perlis), tiada pilihan selain 3 laluan yang bertemu di simpang 4 Grik iaitu dari Kulim, Baling dan Lenggong. Kesesakan teruk biasanya berlaku bermula di jalan Gerik-Jeli. Satu lagi alternatif adalah dengan memasuki Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dan keluar ke Rantau Panjang (hanya yang sudah biasa).

DARI SELATAN (JOHOR/MELAKA) KE KELANTAN

Dari arah selatan seperti Johor, biasanya sedikit kesesakan akan berlaku di PLUS terutamanya waktu puncak.  Bila sampai di Kuantan (tidak masuk bandar), terus ambil jalan ke Bukit Besi melalui Muktafi Billah Shah, seterusnya ke LPT Fasa 2, exit ke persimpangan Kuala Terengganu dan boleh terus ke Machang/Pasir Putih. Laluan Jabor-Bukit besi jika memandu pada waktu malam perlu berhati-hati, banyak haiwan melintas, sering berlaku kemalangan dan jalan berlubang jika waktu hujan.

A) JB – Segamat – Muadzam – Gambang – Jabor – Bukit Besi – LPT 2 – Jertih– Pasir Putih – Kota Bharu = 700km

Laluan ini bermula di lebuhraya PLUS di JB menuju ke Segamat dengan exit di Yong Peng. Terus ke Gambang dan akan melalui Muadzam Shah. Bila sampai di simpang traffic light Gambang, ambil laluan ke kanan dan teruskan perjalanan dan masuk susur ke kiri (papan tanda ke UIAM/Kemaman). Teruskan perjalanan sehingga susur ke Jabor iaitu menuju ke Muktafi Billah Shah dan Bukit Besi, di situ akan melalui roundabout. Jika tidak, anda akan melalui jalan tepi pantai Cherating, Kemaman hingga ke K. Terengganu.

Di simpang tiga Bukit Besi, belok kanan sehingga 1km, masuk LPT Fasa 2. Terus sahaja sehingga persimpangan K.Terengganu di Kg. Gemuruh (tanpa perlu exit persimpangan Ajil atau persimpangan Telemong). Laluan ini sama dengan laluan dari KL ke Kelantan melalui LPT.

Laluan ini sesuai jika perantau di Johor balik ke Kelantan. Apabila pulang bercuti dari Kelantan ke Johor, dicadangkan menggunakan laluan Mersing untuk balik ke Johor, di mana kesesakan teruk biasanya berlaku di lebuhraya PLUS jika melalui jalan Segamat.

B) JB-Mersing-Pekan-Permatang Badak-Jabor-Muktafi Billah Shah – Bukit Besi – LPT Fasa 2 –  Jertih– Pasir Putih.

Laluan ini sama sahaja dengan laluan A di atas, cuma melalui Mersing. Sangat dicadangkan menggunakan laluan Mersing jika dalam perjalanan dari Kelantan ke Johor pada cuti perayaan Aidilfitri. Jika melalui laluan ini, apabila sampai berdekatan dengan Kuantan, ambil laluan ke Permatang Badak dan boleh terus ke Jabor.

C) JB-Kemaman-K.Terengganu-Pasir Putih

Laluan ini melalui tepi pantai. Sesuai jika tidak biasa di laluan Jerangau-Jabor. Tetapi, kadar kesesakan agak tinggi kerana ramai menggunakan laluan ini dan banyak traffic light. Masa perjalanan juga menjadi panjang.
Dengan adanya pelbagai jalan alternatif yang boleh dilalui, diharap dapat membantu anda dalam merancang serta menentukan jalan mana yang ingin dilalui sesuai denga keadaan semasa.
Selamat balik ke Kelantan kepada anak perantauan dan pandulah kenderaan dengan cermat.
Nota penafian: Segala maklumat dan panduan yang disampaikan adalah umum. Pihak kami tidak bertanggungjawabdi atas segala kerosakan, kemalangan atau perkara yang tidak diingini akibat dari penggunaan panduan yang dipaparkan di web ini. Anda disyorkan menghubungi pihak berwajib seperti LLM atau IPD negeri untuk mengetahui jalan dan trafik terkini sebelum memulakan perjalanan.
 
Sumber:
  1. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  2. Polis Diraja Malaysia
  3. Jabatan Kerja Raya Malaysia

.bercuti | Khairie Rahman ™

Posted: 15 Aug 2012 08:10 AM PDT

assalamualaikum,

.

hari ne merupakan hari terakhir aku berkerja di dalam bulan puasa ne, sebabnya esok aku dah bercuti dan insyaAllah akan terus bergerak pulang ke kampung halaman yang nun jauh di pantai timur tanah air. rasanya dah berbulan-bulan tak balik ke kampung, entah-entah rumah pun tak kenal aku dah. huh.

.

kepada para perantau seperti aku ne, bawa la kenderaan kau orang semua secara berhati-hati. tak mau la dengar nanti di kaca tv, si polan bin si polan nahas dalam kemalangan, syahdu keluarga si polan dipagi raya nanti. dan kepada yang balik ke pantai timur esok [baca: Khamis], kalau jumpa kereta kecil warna hitam di Karak ke, LPT ke, Jabor ke, Highway Bukit Besi ke, say la hi. eceh. camana nak say hi kat aku kalau dalam kereta kan? cubaan buat kelakar yang hambar. ok la pom pom pom kan saje kereta aku yang bernombor plate W*M9*6 (teka la sendiri haha).

.

 

.

sebagai mana gambar kat atas, camtu lah dress code aku hari ne. baju coklat, seluar hitam, beg hijau yang dari jauh lagi orang dah nampak. oh, tangan aku tak segemok tu, ramping-ramping saje sebenarnya, tadi lupa dan malas nak edit balik. hahaha. ok la, selamat berhari raya semua. maaf zahir dan batin (aww batin katanya). jika dipanjangkan umur, kita bertemu lagi di entri yang seterusnya. aku sayang kau orang semua!

.

ps:- tadi berbuka dengan MuMu, Jon, Kak Mas, Kiza, Ayu, Zati, Fafau dan IzyanaZin. personally aku terlalu gembira sebab dapat berkumpul camtu kerana mereka ne adalah antara insan yang terapat dengan aku sepanjang aku berkerja di Pretty People Limited *heart*

.

.

Khairie Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads