Rabu, 1 Ogos 2012

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


1 DUN Rhu Rendang: Pembantu Penyelia DUN <b>Ajil</b> Didakwa Buat <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 02:00 AM PDT


Seorang Pembantu Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, semalam atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu RM1 juta, empat tahun lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, Md Sayuti Daud, 52, didakwa memberi dokumen mengandungi senarai nama penerima Dana Kebajikan LRTSB dengan jumlah 500 orang iaitu sebanyak RM2,000 untuk setiap seorang, yang keseluruhannya berjumlah RM1 juta kepada seorang ejen iaitu Che Nor Aidah Aman, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan LRTSB di Pejabat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) yang beralamat di No. 1797, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di Kuala Terengganu, antara Feb hingga Mei 2008.
Tertuduh bagaimanapun mengetahui dokumen itu mempunyai butiran palsu mengenai senarai nama penerima, iaitu seramai 30 orang penama didapati meninggal dunia dan 40 penama lagi tidak wujud.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.
Md Sayuti juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu pada tempat dan tarikh yang sama, memalsukan satu dokumen iaitu senarai nama penerima Dana Kebajikan LRTSB dengan jumlah keseluruhan 500 orang iaitu sebanyak RM2,000 untuk setiap seorang, yang keseluruhannya berjumlah RM1 juta dengan niat hendak menggunakan dokumen terbabit untuk tujuan menipu.

Hampir jual bayi RM1,800 - Ebeep Media

Posted: 26 Jul 2012 06:30 PM PDT

bayi

Dr Mustapha (kiri) bergambar bersama Dr Raj dan selebriti Sokongan Reben Merah yang hadir pada majlis itu.


KUALA TERENGGANU – Desakan hidup kadangkala menjadikan manusia hilang pertimbangan dan kewarasan akal.

Itulah yang berlaku kepada seorang ibu muda apabila sanggup menjual bayi lelakinya yang ketika itu baru berusia beberapa bulan pada harga kira-kira RM1,800.

Semuanya disebabkan faktor kemiskinan hidup selain menghidap HIV. Apatah lagi bapa bayi berkenaan tidak dapat dikesan selepas mereka menjalinkan hubungan sehingga wanita terbabit hamil.

Bagaimanapun keprihatinan Komuniti Cakna Terengganu (KCT) berjaya menyelamatkan bayi malang terbabit daripada diperdagangkan oleh ibu sendiri demi mendapatkan wang.

Presiden KCT, Dr Mustapha Che Omar berkata, pihaknya bertindak menjaga bayi tersebut sejak setahun lalu di rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak di Ajil, Hulu Terengganu.

"Setakat ini dia masih sihat tetapi masih awal untuk kesan sama ada dia dijangkiti HIV atau tidak," katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan di Hotel Primula di sini, kelmarin.

Hadir sama, Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Dr Raj Karim dan beberapa selebriti Sokongan Riben Merah seperti Fahrin Ahmad, Dayang Nurfaezah dan Bob Yusof.

KCT yang ditubuhkan pada 2009 merupakan sebuah pertubuhan menjalankan program sokong bantu, penjagaan dan rawatan untuk penghidap HIV yang memerlukan bantuan serta sokongan.

Dengan bantuan Majlis Aids Malaysia dan Jabatan Kesihatan negeri Terengganu, KCT telah berjaya menubuhkan sebuah rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak bagi menempatkan wanita dan kanak-kanak yang positif HIV.

Sementara itu, menurut Raj, tindakan yang dilakukan KCT membela bayi tersebut dan penghidap HIV lain yang tidak mempunyai keluarga adalah tindakan terpuji bagi memberi mereka semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Pusat seperti ini beri suasana kekeluargaan sebab ada antara mereka di kalangan kanak-kanak dan remaja yatim piatu.

"Sekiranya ada pusat perlindungan seperti ini, ia akan bantu mereka dapat pendidikan, kaunseling dan dilatih dengan pelbagai kemahiran," katanya. – Sinar Harian

Lagi Berita Menarik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads