Rabu, 4 Julai 2012

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Jefridin buat laporan palsu kena lima bulan – Perak Today

Posted: 04 Jul 2012 02:50 AM PDT

Jefridin Manan

Kuala Terengganu: Seorang tukang masak dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu kecurian motosikalnya.

Sebaliknya, motosikal berkenaan digunakannya untuk melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Wakaf Tapai, Marang, pada November tahun lalu.

Tertuduh, Jefridin Manan , 31, dari Jalan Tok Lam, di sini, yang juga pemilik motosikal berkenaan adalah antara lima suspek termasuk tiga anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun Kedai Emas Swee Heng di Taman Bestari, Wakaf Tapai, pada 28 November 2011.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Mengikut pertuduhan, Jefridin didakwa dengan sengaja membuat laporan palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 1.15 tengahari pada 10 Disember 2011.

Bagi kesalahan itu, Jefridin boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Jefridin yang berbaju-T warna merah jambu tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pegawai penyiasat bertugas mendapati tertuduh membuat laporan polis palsu kerana berdasarkan siasatan dijalankan, motosikal jenis Honda Icon tidak dilaporkan hilang, sebaliknya digunakan Jefridin sendiri dalam kejadian rompakan yang menggunakan senjata api.

-Berita Harian Online

Dipenjara akibat buat laporan palsu | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 03 Jul 2012 08:40 PM PDT

14 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang masak yang juga pemilik motosikal dalam kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Pekan Wakaf Tapai, Marang, November tahun lalu dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh, Jefridin Manan, 31, dari Jalan Tok Lam, di sini, mengaku membuat laporan tidak benar dengan menyatakan motosikal miliknya telah dicuri sedangkan hasil siasatan mendapati motosikal itu telah digunakan oleh tertuduh sendiri dalam rompakan berkenaan.

Jefridin adalah antara lima suspek termasuk tiga anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes samun Kedai Emas Swee Heng di Taman Bestari, Wakaf Tapai, Marang, 28 November tahun lalu.

Dia mengaku pada 10 Disember 2011 jam lebih kurang 1.15 tengah hari di Balai Polis Kuala Terengganu dengan sengaja membuat maklumat palsu dengan niat menyebabkan penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain.

Dengan itu, Jefridin mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang jika disabitkan kesalahan boleh di penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan seorang pemilik kedai emas dan dua kanak-kanak nyaris terkena tembakan dalam satu kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Pekan Wakaf Tapai, Marang.

Sinar Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads