13 di jabor - Google Blog Search |
雅姆华小 SJKC <b>JABOR</b>: Temasya Sukan SJKC SKM KEMAMAN Posted: 06 Jul 2012 08:55 AM PDT Setiap 2 SJKC gred SKM di daerah Kemaman akan bergilir-gilir mengadakan temasya sukan. Tujuan utama kami mengadakan sukan adalah seruan dasar 1M1S, temasya sukan ini memberi peluang kepada semua murid ketiga-tiga sekolah untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Temasya kali ini disertai oleh seramai 188 murid yang terdiri daripada bangsa Cina, Melayu, India dan Siam. Pegawai temasya ini terdiri daripada semua guru ketiga-tiga sekolah dan dibantu oleh PIBG dan JK Lembaga Pengurus Sekolah. Temasya ini dimulakan dengan perbarisan masuk para peserta diikuti dengan bacaan ikrar pada pukul 4 petang. Perasmian disempurnakan oleh pengerusi PIBG SJKC Lok Khoon Encik Lee Siew Choy. Dapat dilihat dari gambar, kesemua murid memakai baju t yang sama. Semua baju ini ditaja oleh P. OSJ SDN BHD yang beroperasidi Chukai. Disebabkan kawasan padang yang terhad, acara yang dipertandingkan telah diubahsuai. Antaranya ialah lari 80m, lari ulang alik 80m dan lari berganti-ganti. Pelbagai telematch juga dipertandingkan, antaranya ialah berjalan denan menggunakan tempurung, lompat sebelah kaki dan sebagainya. Sukan diakhiri dengan pertunjukkan Diabolo oleh murid SJKC Kuala Kemaman dan ucapan penutupan oleh pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJKC Kuala Kemaman Encik Tan Ying Siang. Dalam ucapan beliau, masalah yang paling ketara di SKM SJKC adalah enrolmen murid. Beliau juga menyeru ibubapa untuk menitikberatkan aktiviti sukan selain daripada pembelajaran anak-anak. | ||
Atlet Sukma Terlibat Nahas | BERITA TERBARU! Posted: 01 Jul 2012 07:45 PM PDT Bahagian hadapan bas SUK terperosok masuk ke dalam parit kecil di tepi jalan. KEMAMAN – Seramai 20 pemain hoki Terengganu yang dalam perjalanan ke Kuantan untuk mengadakan latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang, berdepan detik cemas apabila bas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan. Kejadian berlaku di Kilometer 166 Jalan Jerangau–Jabor, berhadapan Pejabat Felcra Sungai Pergam, Air Putih, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, bas yang dinaiki kesemua atlet lelaki itu berlanggar dengan sebuah kereta Proton Perdana, mengakibatkan pemandu kereta berumur 34 tahun yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu mengalami kecederaan dan patah kaki kanan. Bagaimanapun, kesemua atlet dan pemandu bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat keluar dari bas. Isteri pemandu kereta terbabit yang berusia 25 tahun dan duduk di kerusi penumpang hadapan juga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta yang dinaiki mereka remuk teruk di bahagian hadapan. Sinar Harian difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta terbabit cuba mengelak dua kenderaan dari arah bertentangan yang memotong dua bas di hadapan. Ia menyebabkan bas itu terbabas masuk ke dalam parit hingga cermin hadapannya tercabut. Dalam kejadian itu, bas yang membawa atlet hoki lelaki itu sedang berkonvoi bersama sebuah lagi bas SUK yang membawa atlet hoki wanita yang berada di belakang. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kejadian itu berkata, pemandu kereta yang cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut. About The AuthorRelated posts |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan