Sabtu, 21 Julai 2012

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: Bulan &#39;mengambang&#39; <b>di</b> Dun <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2012 08:30 AM PDT

SALAM FOR ALL & FOR RAMADAN KEMAMAN: Salam Ramadan khas untuk umat Islam khususnya kepada rakyat dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, Kemaman yang akan berpuasa bersama-sama umat Islam seluruhnya. Ini bermakna, 1 Ramadan yang bakal disambut pada hari Sabtu (21 Julai 2012) menjadi bulan tarbiyyah kepada umat Islam khususnya para pejuang agama Allah swt. Apa yang menariknya, sehari sebelum Ramadan dalam kesibukkan pihak berkuasa melihat dan menentukan nampaknya 'anak bulan' bagi membolehkan umat Islam di negara ini berpuasa. Di Bandar Chukai Kemaman, telah muncul 'ibu bulan' yang amat besar dan setakat ini paling besar pernah dinaikkan khususnya di Dun Chukai ini. Besarnya, 'ibu bulan' tersebut diterjemahkan dalam bentuk bendera sebuah wadah perjuangan Islam yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata setakat ini pihak Dun Chukai telah berjaya memasang hampir 25 buah bendera 'gergasi' dan yang ini paling besar berbanding sebelumnya. Menurutnya, bendera ini bersaiz 16 x 20 kaki yang dipasang di hadapan Pasar Besar Chukai di Kampung Tengah, Chukai Kemaman. "Insya'Allah, setakat ini kita (PAS) telah pasang hampir 25 buah bendera besar di Dun Chukai ini dan mungkin kita akan buat lagi yang lebih besar dari ini jika pilihan raya masih jauh. "Ini semua, semangat anak-anak muda yang inginkan perubahan. Kita (PAS) ikut 'mood' orang muda yang mahukan bendera kita bagi bendera," ujarnya ketika ditemui selepas menaikkan bendera tersebut. Katanya, bendera PAS yang besar itu seolah-olah sedang 'mengambang' dan petanda kemenangan Islam semakin dekat. Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin Umno semakin lumpuh di negeri ini dan Barisan Nasional (BN) akan 'stroke'. "Marilah kita (rakyat) sama-sama berdoakan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Terengganu dan amnya berjaya ke Putrajaya. "Umno nampak sudah lumpuh dan BN juga bakal terkena 'stroke' berhadapan dengan kuasa rakyat pada PRU13 ini, Insya'Allah," tegasnya. Justeru, Haji Hanafiah menyarankan agar rakyat meletakkan dalam minda masing-masing yang Umno-BN sudah kalah dan digantikan dengan PAS. Menurutnya, sudah tiba masa pengundi pula mempergunakan Umno-BN dan bukan lagi membiarkan parti itu mempermainkan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads