13 di chukai - Google Blog Search |
keluargaku: TAN SRI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR <b>DI CHUKAI</b> Posted: 04 May 2012 09:35 PM PDT Selepas solat Jumaat Tan Sri mengambil masa 10 minit untuk menyatakan keperluan Bersih dalam pilihanraya di Malaysia dan ketirisan dalam pemerintahan BN. Perlunya rakyat menolak BN dalam PRU13 nanti. 4 Mei 2012 Jumaat jam 5 petang diperkarangan Pejabat PAS kawasan Kemaman. Hi Tea bersama Tan Sri Abdul kadir Dari kiri Ustaz Alias, Tuan Haji Ismail pengerusi Hi Tea, Tan Sri dan Tuan Haji Hanafiah. Ucapan ringkas daripada Ustaz Azman Sapawi yang memberi maklumat terkini tentang perkembangan hijrah artis dan ahli sukan kepada PAS. Terima kasih juga ucapan Ustaz Azman yang memberi arah tujuan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat dan ikrar setia PAS dalam memperjuangan Islam di Malaysia melalui Pilihanraya secara demokrasi. Sekiranya DAP tidak ingin HUDUD, DAP boleh keluar dalam Pakatan Rakyat. Dalam ucapan ini, Tan Sri memberi pujian kepada Tokoh UMNO lama yang katanya betul-betul berkhidmat untuk rakyat. Dan juga kepada ahli bawahan UMNO yang tidak tahu menahu tentang politik atasan. Bagi Tan Sri, ahli UMNO bawahan tidak berdosa. Oleh itu perlulah Pakatan Rakyat mengajak dan membawa mereka-mereka ini kepada kumpulan PR untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU13 nanti. Kepada yang belum lagi mendengar ucapannya silalah hadir untuk lebih jelas lagi apa yang hendak disampaikan. Selepas itu fikir-fikirkanlah apa yang patut anda lakukan. Jangan cepat melatah.... Sekitar Hi Tea bersama Tan Sri Abdul Kadir. |
You are subscribed to email updates from di chukai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan