13 di setiu - Google Blog Search |
- 3 sekeluarga maut, 4 cedera kemalangan <b>di Setiu</b> | Blog Berita Online
- Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan <b>di Setiu</b> | Malaysian <b>...</b>
- Toyota Avanza Remuk Teruk Dalam Kemalangan <b>Di Setiu</b> <b>...</b>
3 sekeluarga maut, 4 cedera kemalangan <b>di Setiu</b> | Blog Berita Online Posted: 09 Jun 2012 05:09 PM PDT Hasrat tujuh sekeluarga dari Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melawat Terengganu sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila tiga daripada mereka maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan, di Setiu petang semalam. Mereka yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya Siti Suraya, 14 dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, manakala yang cedera isterinya Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, dua anak mereka Siti Raihana, 12 dan Mohamad Adam, 16, serta seorang lagi kakak Abdul Razak, Rosidah, 55. Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Setiu. Ketua Polis Daerah Setiu Rohaizat Abd Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku di KM 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu itu. Kemalangan berlaku jam 5 petang ketika hujan lebat, apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu Abdul Razak bergesel dengan sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun. Toyota Hilux itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika melalui kawasan selekoh tersebut dan bergesel dengan Toyota Avanza menyebabkan MPV berkenaan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali. Kejadian mengakibatkan Siti Suraya dan ibu saudaranya Fathilah tercampak keluar daripada MPV. Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Abdul Razak yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu ketika menerima rawatan, manakala isterinya dilapor berada dalam keadaan koma. Rohaizat berkata pemandu Toyota Hilux yang menghilangkan diri dari tempat kejadian telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah pukul 10 malam tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sign up free email newsletterStay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:Don't forget to confirm your email subcription Leave a Reply to this Post |
Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan <b>di Setiu</b> | Malaysian <b>...</b> Posted: 09 Jun 2012 02:48 AM PDT |
Toyota Avanza Remuk Teruk Dalam Kemalangan <b>Di Setiu</b> <b>...</b> Posted: 09 Jun 2012 07:50 PM PDT KUALA TERENGGANU – Jurutera di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, Shairyzal Mohamad Azizan, 30, begitu seronok dengan berita kunjungan keluarga bapa saudaranya dari Permatang Pauh, Pulau Pinang ke rumahnya di sini sehingga dia membuat beberapa panggilan telefon untuk mengetahui keadaan perjalanan mereka. Namun, tanpa diduga, panggilan yang dibuatnya pada pukul 4.25 petang kelmarin untuk bertanyakan mengenai perjalanan bapa saudaranya itu, Abdul Razak Othman, 49, atau Pak Su bersama enam lagi ahli keluarga mereka rupa-rupanya perbualan yang terakhir. Lima minit kemudian, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dikatakan terbabas memasuki laluan Toyota Avanza yang dipandu oleh Abdul Razak sebelum kedua-duanya bergesel dan berpusing di Kilometer 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu. Lokasi kejadian itu hanya kira-kira 40 kilometer dari rumah Shairyzal. "Ketika dalam perjalanan, saya beberapa kali menghubungi mereka untuk bertanyakan keadaan dan kali terakhir saya menghubungi mereka lima minit sebelum kejadian. "Selepas itu, saya cuba hubungi mereka sekali lagi tetapi tidak dijawab sehinggalah ada orang telefon saya memberitahu bapa saudara saya terlibat dalam kemalangan," ceritanya ketika ditemui di Balai Polis Setiu sejurus selepas kejadian. Insiden yang berlaku dalam hujan lebat itu menyebabkan anak Abdul Razak iaitu Siti Suraya, 14, dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian. (Sinar) p/s: Berhati-hatilah ketika memandu, jangan terlampau seronok ketika memandu kedenderaan. |
You are subscribed to email updates from di setiu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan