Isnin, 18 Jun 2012

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Holiday <b>Pulau Kapas</b> | Blog Cikgu Hairul

Posted: 08 Jun 2012 04:36 PM PDT

Sedar tak sedar dah nak habis cuti sekolah. Bila bertanya ke mana nak pergi untuk manafaatkan cuti sekolah masa awal-awal cuti haritu macam- macam tempat yang boleh disenaraikan, tapi tempat yang betul-betul memenuhi citarasa kadang-kadang tak bersesuaian dengan bajet. Ingatkan nak ke Cameron, tapi bila dengar cerita kawan-kawan yang naik ke sana jalan jem yang amat tak jadi saya nak pegi.

Untuk segmen jalan-jalan ukur jalan sempena cuti sekolah kali ni, tempat yang saya pilih adalah sebuah pulau yang terletak di timur semenanjung Malaysia iaitu Pulau Kapas. Pulau Kapas ni terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Sebenarnya, perjalanan ke Pulau Kapas ni bukanlah dirancang malah memang tak terfikir pun nak ke sini pada musim cuti ni. Tapi itulah yang dinamakan rezeki.

Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Kuala Lumpur ke jeti Pulau Kapas dengan dibantu oleh "Gadis Pilihan Saya" atau nama manjanya GPS. Sebagai panduan bagi rakan-rakan yang mungkin nak pergi bercuti ke Pulau Kapas, korang boleh ambil highway Pantai Timur dan exit tol Jabor dengan kadar tol sebanyak RM 21. Kemudian, ikut je signboard menuju ke Kuala Terengganu. Bila dah masuk ke jajahan takluk Terengganu, baru ikut signboard ke Dungun seterusnya ke Marang. Bila berada di daerah Marang, cari signboard ke Jeti Pulau Kapas. Ingat,JETI PULAU KAPAS ye, bukan Jeti Marang! Jeti tu berada di sebelah kanan jalan. Kena masuk sikit la ke dalam.

Dah sampai kat jeti ni, korang boleh tengok, banding beza harga pakej yang bersesuaian dengan bajet korang. Itu kalau datang terjah macam saya. Kalau dah tempah awal-awal teruslah ke kaunter dan tunggu feri. Nasib baik masih ada tempat. Kalau tak balik melopong la nak sampai Pulau Kapas. Tapi, macam biasalah..musim cuti sekolah ni harga boleh dikatakan naik berganda. Hotel atau chalet memang banyak. Saya pilih Kapas Coral Beach Resort dengan pakej 3D2N. Pakej ni termasuk bot pergi balik, makan 3 kali sehari, snorkeling trip dan equipment. Apa yang menarik, KCB ni terletak betul-betul depan pantai. Bagi yang sukakan aktiviti BBQ tempat turut disediakan. Tak semua chalet yang dibenarkan masak/BBQ. Yang penting, di sini tak banyak kedai makan. Oleh itu dinasihatkan baik ambil je pakej makan yang disediakan. Makanan kat sini sangat mahal. Musim cuti ke tak musim cuti ke, harga memang maintain mahal. Jadi ambiklah pakej yang ada makan sekali.

3 hari di sini memang menyeronokkan. Penat memang penat. Layan karenah isteri yang berpenyakit "hyperactive" ni.. snorkelling, berkayak, join Island tour, mandi manda, jalan-jalan…macam-macam ada. Kulitku yang tak berapa putih ni jadi bertambah tinted daa..apa-apa pun percutian yang amat menyeronokkan..sebenarnya, percutian ni adalah hadiah sempena Hari Lahirku dari seorang Isteri..terima kasih sayang……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads