Jumaat, 1 Jun 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


2 maut, 2 parah kereta bertembung <b>di Marang</b> – Perak Today

Posted: 01 Jun 2012 11:07 AM PDT

Gambar Hiasan-

MARANG: Dua maut manakala dua lagi parah apabila apabila kereta yang mereka naiki bertembung di Kilometer 23, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, hari ini.

Mereka yang maut ialah Minah Abdullah, 64, dari Dungun dan Mohammad Wahyuddin Yahya, 23, dari Kuala Terengganu, manakala yang cedera ialah anak dan cucu Minah iaitu Norzura A Manan, 30, dan Muhammad Wafiy Zakwan Sabaruddin, 3.

Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan keadaan mereka dilapor stabil.

Kemalangan pada 12.20 tengah hari itu dikatakan berlaku apabila Proton Wira yang dipandu Mohammad Wahyuddin gagal memotong sebuah kenderaan di hadapannya menyebabkannya bertembung dengan kereta Honda Jazz yang dinaiki keluarga berkenaan.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahya, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Ketika kejadian, Mohammad Wahyuddin yang bekerja sebagai penyelia sebuah butik peralatan sukan di Kemaman, dalam perjalanan ke tempat kerjanya manakala Norzura bersama ibu dan anaknya dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu untuk menghadiri kenduri saudara mereka.

Ibu Mohammad Wahyuddin, Che Safinah Abu Bakar, 56, berkata kali terakhir berjumpa anak sulungnya dari empat beradik itu ialah pada Ahad lalu selepas dia menghadiri mesyuarat di Kuala Terengganu.
Che Safinah berkata, anaknya baru dinaikkan pangkat sebagai penyelia butik sukan itu.

"Saya tahu berita kemalangan ini melalui seorang rakannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ hari ini.

Sementara itu, seorang daripada anak Minah, Norhayati A Manan, 41, berkata ibu, adik dan anak saudaranya bertolak dari rumah kira-kira 10.30 pagi untuk menghadiri kenduri saudara mereka di Kampung Kubang Tangga, di Kuala Terengganu.

"Sebelum itu saya ada menghantar SMS kepada adik namun tidak dibalas sebelum menerima satu panggilan mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan," katanya.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads