13 di kuala berang - Google Blog Search |
HANNA RAZ: Hari Pertama <b>di Kuala Berang</b> Posted: 17 May 2012 05:52 AM PDT Jumaat, 16 Mac 2012 : Kembali ke rumah sewa di Batu Rakit, Terengganu bersama abang. Sekitar pukul 11 pagi tiba. Kali ini terpaksa kembali awal. Masih ada beberapa persiapan perlu dilakukan untuk 'perpindahan selama sebulan ke Kuala Berang'. Sesampai di rumah sewa, aku bersihkan rumah terlebih dahulu. Baru seminggu tinggal, habuk dan debu sudah memenuhi lantai. Nasib baik rumah ini berkeluasan sedang-sedang saja. Kalau tidak, maunya tergeliat pinggang buat kerja pembersihan. Usai bersihkan rumah dan bersihkan diri sendiri, barulah aku simpan kain baju dalam beg. Baju kurung untuk waktu pengajaran dan pembelajaran (PnP) sebanyak 4 helai seminggu, uniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk hari unit beruniform (no. 3 sahaja), pakaian riadah (kalau-kalau kena mengajar Pendidikan Jasmani atau PJ), dan pakaian semasa di rumah sewa nanti. Kena kira betul-betul berapa pasang, berapa helai setiap satu sebab aku tak mahu pulang semula ke sini sebelum tempoh praktikum yang 4 minggu itu selesai. Kononnya la. Hasilnya .. 1 luggage dan 1 beg balik kampung yang kembung! Haha .. gaya macam nak merantau setahun je. Sabtu, 17 Mac 2012 : Bertolak ke rumah sewa di Kuala Berang. Aku naik Honda Stream housemate yang sama-sama praktikum di Kuala Berang. Sebenarnya kami berempat semuanya dapat kawasan Kuala Berang. 1 sekolah 2 orang. Cadangnya nak tinggal sekali selama 4 minggu ni, tapi disebabkan jarak yang keterlaluan, terbatal niat. Terpisahlah kami. 2 orang 'bermastautin' di asrama SK Cheting, 2 orang lagi (dalam keterpaksaan) dengan gaya ala-ala 'Orang Kaya Baru', menyewa sebuah rumah berkembar 3 bilik, 2 bilik air (1 dalam bilik, 1 bersebelahan dapur), 1 dapur di sebuah taman perumahan. RM 300, tanpa sebarang kelengkapan. Walaupun terpaksa menyandang gelaran yang superb bilamana menjejakkan kaki ke Hulu Terengganu ini, namun aku berasa sangat bersyukur. Berbaloi menyewa sebuah Viva dengan kos RM 6 per jam datang buat tinjauan awal dan terus mencari rumah sewa sebelum cuti sekolah hari tu. Sekali datang sahaja, kami sudah bertemu seorang wanita yang peramah dan mesra, orang tengah yang memegang amanah untuk rumah sewa itu. Tidak ada deposit. Sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran, DIA selamatkan kami daripada menghulurkan wang kami dengan hati yang tidak ikhlas untuk unsur riba yang haram dalam Islam itu. Sesampai di sana, aku melihat-lihat kawasan sekeliling. Rumah ini tidak berpagar. Bersetentang dengannya sebuah tanah lapang terbiar. Ada khabar angin mengatakan tanah itu nanti akan dijadikan padang permainan. Tidak ada jiran yang terdekat, melainkan rumah sebelah yang jarang-jarang sekali berpenghuni pada malamnya. Rumah sebelah kanan yang jaraknya dalam 15 kaki sedang dalam proses pembinaan dan pengubahsuaian. Sebelah kiri sana ada beberapa buah rumah, tetapi terbiar kosong. Atau dalam erti kata lain, sepanjang lajuran rumah ini tidak ada penghuni. Rumah belakang juga kosong. Yang berpenghuni ialah rumah yang lebih ke sebelah kiri sana. Sangat jauh daripada rumahku. Tapi jujur .. tidak ada sebarang perasaan yang bukan-bukan menjentik naluriku. Kerna aku yakin, DIA sentiasa bersamaku. Tiada yang lain yang berkuasa, melainkan DIA, yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. 6. 30 petang : Rakanku dihantar emak, ayah dan adik perempuannya. Saat ini, mereka satu keluarga sedang bersantai di ruang tamu rumah. Cuma ayahnya tertidur. Mungkin kepenatan. Aku bersendirian dalam bilik pertama untuk menunaikan solat. Mungkin kerana terlalu lama berdiam diri di dalam bilik yang bertutup rapat, emak rakanku memanggilku. Ya, aku dengar suara mak cik. Tapi aku tidak terus menjawab kerana sedang berdoa (nampak sangat tak khusyuk. Ampuniku, ya TUHAN!). Akan tetapi, mereka bertiga terdengar suaraku menyahut! Dan suaraku lain! Okey .. memang aku menyahut. Tetapi dalam jangka masa 5 minit selepas ditanya, bukan serta-merta! Ya, TUHAN pemilik kerajaan langit dan bumi! Sesungguhnya ENGKAU Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Malamnya, aku tidur bersama rakanku dalam master bedroom. Ruangnya sangat luas, dilengkapi dengan bilik air. Dan seperti selalu, aku mengalami mimpi ngeri. Berkaitan kematian. Tapi aku tak fikirkan sangat sebab sudah selalu sangat bermimpi buruk. "Mimpi itu mainan tidur". Aku pegang kata-kata itu. Hari Pertama di Kuala Berang. Sekian. |
You are subscribed to email updates from di kuala berang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan